Tuesday, 30 July 2013

SADIS! SADIS! SADIS!!!



KEJAM!!!


Lepas Bunuh Remaja Perempuan, 

Si Pembunuh Update Facebook 

Mangsa.






“Hehe...tiada siapa boleh jumpa 
saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur” 
ini paparan Facebook (FB) milik 
mangsa bunuh, 

Parhwine Lucia 

Mejia Kaur, 18, yang 
tersebar 
di laman sosial itu sejak 
semalam.


Status FB yang ditulis dalam 
bahasa 
Inggeris itu dikemas 

kini 
jam 3.33 
petang kelmarin 
oleh orang yang 
disyaki 
bertanggungjawab terhadap 
pembunuhan remaja malang 
itu.



Dalam paparan itu, terdapat juga 
komen 
balas daripada dua 
individu dipercayai 
rakan 
mangsa mengecam perbuatan 
pelaku terbabit namun, dia 
dengan 
selamba membalas 
“bapak dia selalu 
cakap lebih...
suruh ah tangkap aku...” 
dan “
kenapa tangkap orang yang 
tak bersalah...!!!!?!?” seolah
-olah mengejek 
pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, 
Asisten Komisioner Abdul 
Razak Elias ketika 
dihubungi 
berkata, pihaknya menyiasat 
status laman sosial yang 
tersebar itu 
bagi memastikan 
sama ada ia benar 
atau palsu.

“Kita menahan seorang lelaki 
yang 
juga teman lelaki mangsa 
kelmarin 
dan kini direman 
empat hari bagi 
membantu 
siasatan mengikut 
Seksyen 
302 Kanun Keseksaan (KK) 
kerana membunuh.

“Sesiapa yang mempunyai 
maklumat 
berkenaan kes ini 
diminta tampil ke 
balai polis 
berdekatan bagi membantu 
siasatan,” katanya.

Harian Metro Rabu lalu 
melaporkan, 
seorang remaja 
perempuan ditemui 
maut 
dengan kesan luka kecil 
berlubang di lehernya dalam 
longkang 
padang bola sepak 
sebuah kawasan 
perumahan 
di Jalan Tiung 5, Puchong 
Jaya, dekat Serdang.

Mayatnya ditemui tertiarap 
dengan 
lengkap berpakaian 
oleh beberapa 
penduduk 
kawasan berkenaan yang 
bermain bola sebelum 
mereka 
menghubungi polis.
- Harian Metro

No comments: