Tuesday, 16 July 2013

Zizan Mengaku Tag Pada Emma Maembong.




Zizan Mengaku Tag Pada Emma Maembong-Pengakuan pelawak, pengacara, Zizan Razak bahawa dirinya sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29 lalu, sehingga kini mengundang teka-teki ramai siapakah gerangan wanita bertuah itu. 

Namun dalam pada ramai yang cuba meneka tidak kurang menunggu penjelasan lanjut dari Zizan, timbul gosip kononnya gadis yang dimaksudkan itu adalah pelakon yang sedang meningkat popular, Emma Maembong.



 Walaupun sebelum ini Zizan pernah menafikan hal tersebut, tetapi lain pula cerita apabila baru-baru ini sewaktu beliau berada di Paris sempena perlantikkannya sebagai duta Sony, Zizan ada berkongsi gambarnya di sana menerusi Instagram, buat tatapan para peminat di tanah. 

Apa yang menjadi perhatian ramai, dua daripada gambar tersebut turut di tag-kan kepada Emma. Lantas menguatkan lagi spekualsi, betullah mereka sebenar bercinta selama ini?


“Dia (Emma) suka banggunan-banggunan di Paris. Jadi saya tag-kan lah gambar-gambar tu pada dia. Tak ada isu pun. Sama juga kalau saya tag gambar pada orang lain. Emma pun hanya sebagai artis dibawah syarikat pengurusan saya”, jelas Zizan ketika ditemui pada rakaman Kecoh Pengacara Beraya bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.



Sebelum dengan Emma, Zizan sebelum ini juga dikatakan pernah bercinta dengan pelakon Juliana Evans atau Jue malah hubungan mereka sehingga kini masih terjalin meskipun aktres itu sekarang berada di luar Michigan, Amerika Syarikat kerana menyambung pelajarannya.



Untuk sekian kalinya menyangkal dakwaan itu, kata Zizan, dia dan Jue tidak pernah bercinta sebaliknya hubungan mereka berkekalan sehingga kini sebagai teman rapat.



“Saya dengan Jue tak pernah bercinta. Kami rapat. Memang tak dinafi, ciri-ciri yang ada pada dia, saya suka.



Tapi untuk melamarnya sebagai kekasih, belum lagi.

“Sekarang ni banyak perkara lain yang harus saya fikirkan. Bukan masanya bercinta. Kerana kalau saya sudah mula bercinta, tumpuan saya hanya pada kekasih saya dan itu yang memungkinkan saya lalai dan mengabaikan tanggungjawab saya pada perkara lain”, katanya dan menyerahkan soal jodoh pada takdir.

Dalam masa sama Zizan diminta mengulas mengenai isu dia kini dikatakan mempunyai masalah disiplin dan tidak memberikan kerjasama yang baik dengan pihak produksi.

“Kalau soal saya lambat ke set, saya akui perkara itu. Kadang-kadang saya terlewat disebabkan kesesakan jalan raya dan kerana terlalu letih. Tapi setakag ini saya sedaya upaya memberikan kerjasama yang baik kepada semua produksi.

Kalau saya lewat, saya akan beritahu mereka. Kalau saya betul-betul letih, saya minta kebenaran utuk sampai lambat sikit dan mereka benarkan. Itu perkara biasa. Kalau saya ada salah dengan mana-mana pihak, saya minta maaf”, katanya.


Sumber : ohmymedia.net

No comments: