Saturday, 13 July 2013

DITIKAM HANYA KERANA MENGGIGIT TETEK!!!


Bayi ditikam kerana ' GIGIT ' semasa 

menyusu susu ibu !!!

















Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu 
badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam 
sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan 
menggunakan gunting.


Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan.



Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa 
saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan 
mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.


Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudara
nya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan 
berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.


Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia 
menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigit
nya ketika sedang menyusu.


Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami 
sebarang penyakit mental.


Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak 
berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian 
sama tidak berulang.


Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan 
di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan 
oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan 
dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91
 peratus daripada 173 juta penduduk di China 
dipercayai mengalami masalah mental.


Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan 
professional.

No comments: