Friday 5 July 2013

FIDA IBRAHIM

fida-masuk-af

Kontroversi Fida Ibrahim masuk AF Akademi 
Fantasia 2013. Setelah ujibakat berlansung, 
Fida dikatakan telah berjaya melepasi Ujibakat 
AF dan kini tersenarai nama dalam senarai 
pendek yang akan masuk AF 2013. 

Cikgu Syafi 
selaku juri ujibakat AF merasakan Fida 
seharusnya tidak berada dalam Akademi 
Fantasia. 

Menurut Syafi lagi, suara atau vokal 
Fida adalah sekadar biasa sahaja dan Fida 
harus memberi peluang kepada peserta lain 
untuk sertai AF. Pada masa sama, Fida sudah 
pun terkenal dan mempunyai peminat yang 
tersendiri.

Penjelasan Cikgu Syafi
“Sebenarnya dia mendapat markah yang 
paling rendah daripada saya dan markah 
tinggi daripada 2 juri lain oleh kerana itu 
dia dipilih untuk menjadi peserta yang 
disenarai pendekkan. 


Saya bukan tidak 
menyukainya tetapi saya rasa dia boleh 
dapat peluang yang lebih besar di luar 
kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu 
penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya 
vokalnya biasa sahaja. 


Kalau boleh saya 
mahu peserta yang berbakat dan belum 
pernah diberi peluang untuk menghadiri 
ujibakat seterusnya diserap masuk ke AF 
2013. 

Bukan apa, kasihan kepada mereka 
yang benar-benar mahu mendapat peluang 
ini,” kata Cikgu Syafi.

No comments: