Wednesday, 31 July 2013

ZINA SUDAH JADI AMALAN HARIAN BIASA DI MALAYSIA!!!


GADIS 16 TAHUN MENGAKU PERNAH BERZINA DENGAN LAPAN LELAKI!!!




KUALA LUMPUR: Pengajaran dan 
peringatan buat ibu bapa apabila 
seorang gadis mengaku melakukan 
hubungan seks sehingga lima kali 
seminggu dengan teman lelaki 
seusia di rumah kedua-dua keluarga 
mereka ketika masing-masing baru 
berusia 14 tahun.


Lebih mengejutkan, Azy, kini 
berusia 16 tahun, mengaku pernah 
‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang 
dua tahun terbabit dalam hubungan 
terlarang itu.


Menurut gadis berasal dari Pantai 
Timur itu, kali pertama dia melakukan 
seks di rumah teman lelaki seusia 
dengannya dan sejak itu sering melakukan
nya apabila ada kesempatan.


“Dalam seminggu, boleh dikatakan 
empat hingga lima kali saya 
melakukan hubungan seks dengannya.


“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana 
saya tinggal berdua di rumah nenek, 
ada masanya saya bawa teman lelaki 
pulang atau melakukannya di rumah 
teman lelaki apabila ibu bapanya 
tiada,” katanya ketika ditemui Metro 
Ahad.


Azy berkata, sejak mengenali seks pada 
usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri 
untuk memuaskan nafsunya.


Katanya, sebagai pelajar yang sering 
ponteng dan melepak bersama 
rakan, bertukar teman lelaki 
adalah kebiasaan.


“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada 
masa itu, saya cari yang lain dan tak 
susah mendapat teman baru.


“Cukup dengan menawarkan diri 
untuk ditiduri, senang-senang saya 
dapat teman baru,” katanya yang 
melahirkan anak tidak sah taraf, baru-
baru ini.


Walaupun sering bertukar pasangan 
dan melakukannya dengan rakan rapat 
lain, Azy mengakui tidak pernah hamil 
anak luar nikah, dan ini kali pertama 
dia mengandung hasil hubungan 
dengan teman lelakinya yang tinggal 
berjiran.


“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, 
kami tidak pernah guna kondom atau 
pil pencegah hamil. Saya juga tidak 
pernah terfikir akan hamil kerana hanya 
tahu seronok melakukannya,” katanya.


Menurut Azy, sebelum disahkan 
mengandung, ibu bapanya tidak 
tahu dia terbabit dalam gejala sosial 
dan antara pelajar bermasalah di 
sekolah.


Katanya, oleh kerana melakukannya 
bersama rakan lain, setiap 
perbuatan dilaporkan berjaya 
dirahsiakan daripada pengetahuan 
keluarga.


“Biasanya, bila saya ditahan polis 
seperti bergaduh atau cikgu mengadu 
kepada ibu bapa… kawan 
menjadi penyelamat.


“Saya dan rakan berpakat untuk mereka 
cerita lain hinggalah ibu bapa kami 
percaya kami tidak bersalah. Sama seperti 
bila ditahan kerana bergaduh, kami 
berpakat bahawa kami bergaduh 
untuk mempertahankan rakan yang 
dibuli pelajar lain,” katanya.


Menurut Azy, dia disahkan hamil 
ketika pemeriksaan di klinik selepas 
neneknya mengadu mengenai 
perbezaan bentuk tubuhnya kepada 
ibunya.


“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya 
terbabit dalam perlakuan tidak 
bermoral kerana di rumah, saya lebih 
banyak mendiamkan diri dan 
membantu keluarga bila disuruh 
melakukan kerja rumah.


“Semua perkara buruk itu saya buat 
bila ponteng sekolah dan keluar pada 
waktu malam,” katanya.


Mengakui terkenal sebagai antara 
pelajar bermasalah kerana kerap ponteng 
dan bergaduh hingga beberapa kali 
ditahan polis, Azy turut mengakui 
sering bersembang dan menonton cerita 
lucah dengan rakan lain.


“Asalnya, saya bersama teman lelaki 
dan rakan hanya bersembang 
mengenai perkara lucah. Namun, 
lama-kelamaan ia bertukar menjadi 
tabiat.


“Ada antara kami mengaku pernah 
melakukan seks dan mengajak 
rakan lain mencubanya. Bermula 
daripada situ, kami belajar mengenai 
seks selain kerap bertukar video 
lucah,” katanya.


Laili Qalid (bukan nama sebenar),
20, pula tidak menyangka akan hamil 
selepas kali pertama melakukan 
hubungan terlarang dengan teman 
lelaki.


Dia yang juga berasal dari Pantai 
Timur melahirkan anak di rumah 
teman lelakinya di ibu negara tanpa 
diketahui ahli keluarga lain.

Umur baru 18 tahun tapi dah kahwin 11 kali.Angkara kahwin kontrak!!!




JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.

Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.



Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. 

Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.


Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. 

“Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka.

Saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya. – Agensi

JANGAN SAMPAI MALAYSIA JADI MACAM INI.MAUTLAH YANG MENUNGGU!!!!


Teringat dengan sejarah rusuhan Ambon dimana perkara yang sama juga berlaku, ramai yang mati akibat dari rusuhan itu, sekumpulan jemaah islam yang sedang bersolat telah di bakar hidup-hidup di Ambon.

Ambon maluku
Saya bukanlah seorang yang layak untuk berbicarakan tentang Sejarah Pemberontakan di Ambon. Ambon terletak di Kepulauan Maluku dan majoriti penduduknya adalah Kristian. 

Pada awal tahun 1980an, di sebabkan oleh kepadatan penduduk di kepulauan Jawa, Soeharto pada ketika itu telah menempatkan sebahagian penduduk immigrant Muslim di Kepulauan Maluku khasnya di Ambon. 

Dari situ, terjadi banyak persengketaan wilayah dan sebagainya. Dipendekkan cerita, penduduk disembelih dan dibunuh. Lebih puluhan ribu dibunuh termasuklah kanak-kanak dan wanita.

Ambon  September 2011.

Pemberontakan terjadi lagi di Ambon kali ini mengenai satu perkara yang sangat-sangat lah bodoh. Bagi saya lah, mereka ini tidak layak mewakili agama Islam dan Kristian kerana tiada persefahaman langsung dalam sesebuah daerah itu. Orang Indonesia secara general terlalu bersikap sensitif dan emosional dan membuat sesuatu perkara tanpa usul periksa dan fikiran yang relevan.
Maluku Ambon Rusuhan
Malaysia juga boleh terkena bebenda macam ni jika kita bersikap sambil lewa dalam perpaduan. Kita mempunyai berbilang bangsa dan agama dan menjaga sensitiviti sesuatu agama adalah sangat penting. Orang Islam jangan hina orang agama lain dan juga sebaliknya.
Jangan ada provokasi-provokasi diantara kita. Kerana ia boleh menjurus kepada rusuhan sesebuah negara. Rusuhan boleh melemahkan ekonomi negara. Lihat apa yang telah terjadi di negara-negara Afrika,Latin dan Negara timur tengah dimana mereka berperang sana sini.-tokobakso.

PEMUDA MELAYU BODOH TERAKHIR!!!











INILAH PEMUDA MELAYU BODOH TERAKHIR ABAD INI.NAK SOKONG KOMUNIS ITU KAU PUNYA PASALLAH.SEBAB KAU MEMANG TAK SOKONG ISLAM SUNNAH WALJAMAAH PUN.KAU MEMANG SAH PENGANUT SYIAH.SYIAH MEMANG MEMANG ADIK BERADIK ZIONIS FREEMASON PENYEMBAH SYAITAN.

SATU LAGI PERANGAI MAT SYIAH NI YANG ORANG MENYAMPAH DAN MELUAT IALAH DIA SERING MENYALAHKAN ORANG.DIA NI SUKA MENGHINA ORANG LAIN.

SIAPA GANTI SIAPA


KITA TAK HERAN DENGAN PERANGAI DIA NI.SEDANGKAN NABI PUN DIA BOLEH HINA APA TAH LAGI KITA MANUSIA BIASA.

KALAU KOMUNIS DIA BOLEH SANJUNG SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN BOLEH LAH KITA SAHKAN YANG DIA NI TAK BELAJAR SEJARAH ATAU PUN TAK PERNAH LULUS SUBJEK SEJARAH.

APA YANG PALING JELAS IALAH APA SAJA YANG ORANG ISLAM TAK SETUJU DIA AKAN SOKONG.MANUSIA JENIS NI ADALAH MANUSIA YANG TAK TAHU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH ATAS PERJUANGAN NENEK MOYANG DIA MEMERDEKAKAN NEGARA INI.

LAGI SATU BARU AKU PERASAN,KALAU KITA TENGOK WAJAHNYA MAKA KITA SECARA SPONTAN DAPAT MENGAGAK TAHAP KEBODOHAN DIA YANG SUKA CARI PUBLISITI MURAHAN.INI ADALAH KERANA PAKATAN RAKYAT SUKA MENONJOLKAN MANUSIA PELIK SEBAGAI HERO MEREKA.

WALAU BAGAIMANA TERUK  SEKALIPUN KEPERIBADIAN ORANG YANG DITONJOLKAN NAMUN PENYOKONG MEREKA YANG RATA-RATA PAK TURUT YANG TAK BOLEH BERFIKIR SECARA WARAS TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN YANG TAK BERBELAH BAGI.

ADA PULAK YANG BOLEH MENANG PILIHAN RAYA WALAUPUN SATU DUNIA TAHU AKAN KETERUKAN KEPERIBADIANNYA.PELIK BIN AJAIB.ADA JUGA GOLONGAN MANUSIA MACAM INI.BOLEH MASUK GUINESS BOOK OF RECORD.

TERCERAI KEPALA DARI BADAN, HANTU PENANGGAL PUNYA SIALAN!!!


Hantu Penanggal Di Kuala Kangsar?




Gambar hantu terkini ini dikirimkan 
oleh seorang pembaca. Menurut 
pengirim gambar hantu penanggal 
ini tersebar di laman sosial 
Facebook dan disertakan dengan 
teks berikut:


Astaghfirullah hal azim, masih ada 
lagi manusia yang menggamalkan 
syirik kepada Allah swt.Makhluk 
Penanggal ini berjaya ditangkap 
oleh penduduk di Kuala Kangsar, 
Perak.


Gambar hantu penanggal ini 
menyerupai ciri-ciri hantu 
yang dikatakan sebagai 'Hantu 
Penanggal' dengan isi dalam 
perut yang kelihatan, paru-paru 
dan tali perut jelas dapat dilihat 
dalam gambar ini.


Seperti biasa kesahihan gambar 
ini masih belum dapat dipastikan.


Apa kata anda?-thenewsshoot.

Tuesday, 30 July 2013

ISTERI SERANG DAN TELANJANGKAN PEREMPUAN SIMPANAN SUAMINYA!!!



Di simpang jalan Tancun Road 
dan Machang Road di pedalaman 
Zhujiang xincheng Guangzhou, 
seorang wanita sedang menyerang 
seorang wanita lain di atas jalan 
raya. 


Wanita ini memukul wanita lain itu 
bertubi-tubi. Menurut penduduk 
sekeliling, wanita itu tengah 
memukul perempuan simpanan 
suaminya. 


Ahli keluarga semua pihak 
datang untuk meleraikan pergaduhan 
tersebut tetapi tidak berjaya. Akhirnya 
si suami itu yang settlekan semuanya. 
Memang patut suami dia yang settle. 
Dia yang salah sebenarnya.





Hamba S*e*k*s, Bapa Saudara Barua, Anak Saudara Jadi Mangsa!!!



Hamba Seks, Bapa Saudara Barua, Anak Saudara Jadi Mangsa


 - KUALA TERENGGANU : Pada usia yang 
masih muda, dua beradik terpaksa 
melalui kehidupan yang memeritkan 
apabila mereka menjadi hamba seks 
kepada bapa saudara sendiri yang 
dipanggil Ayah Teh sejak tahun lalu.

Dalam tempoh lapan bulan, mangsa 
berumur 14 tahun mendakwa dirogol 
beberapa kali oleh lelaki berhati 
binatang terbabit, sementara adiknya 
pula dicabul lebih 30 kali di rumah 
mereka di sebuah kampung di Besut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan 
Jenayah (Risikan/Operasi) 
negeri, Superintendan Mohd Zani 
Che Din berkata, mangsa pertama 
kali dirogol pada 28 Mei tahun lalu 
kira-kira jam 4 pagi ketika tidur 
bersama adik dalam bilik.















Menurutnya, bapa saudara mangsa 
kemudian dilaporkan masuk ke bi
lik 
berkenaan dan menyusup ke dalam 
kelambu tempat mereka tidur dan 
membuka pakaian mangsa lalu 
merogolnya.

“Sejak kejadian itu, suspek dikatakan 
terus merogol mangsa beberapa kali 
sehingga 12 Januari lalu, 
sementara adik mangsa berumur 
13 tahun mengadu turut dirogol 
suspek di ruang tamu rumah mereka.

“Selain dirogol, adik mangsa memberitahu 
dia dicabul suspek lebih 30 kali bermula 
18 Disember tahun lalu sehingga 18 April 
lalu, namun kedua-dua beradik 
itu merahsiakannya kerana tidak tahu 
perbuatan itu salah,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, Mohd Zani berkata, 
perlakuan jahat Ayah Teh terbongkar 
apabila mangsa yang tinggal bersama 
nenek uzur dan suspek akhirnya 
membuat laporan di Balai Polis Jerteh 
kira-kira jam 1.57 tengah hari, kelmarin.

Berikutan laporan itu, polis menahan 
bapa saudara mangsa berusia 30 tahun 
yang tidak mempunyai pekerjaan untuk 
siasatan lanjut berhubung kejadian 
berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) 
Kanun Keseksaan kerana merogol.