Wednesday, 1 May 2013

TERIMA LAH QADA' DAN QADAR ALLAH SEADANYA DAN PENUH DENGAN KEIMANAN!!!!




Di dalam Kitab Ruhul Bayan terdapat satu hadis yang dipetik dari Jami'

 Ussaghir oleh Imam Sayuti rah. dan Maqasid oleh Sakhawi rah. yang 
diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra bahawa Nabi Saw telah bersabda, 


"sentiasa terdapat dikalangan umatku 500 orang yang terpilih dan 40

 abdal. Apabila ada sesiapa yang meninggal dunia dikalangan mereka 
maka terus ada orang lain yang menggantikan tempatnya." 


Para sahabat radiallahuanhum bertanya, 


"Apakah amalan amalan mereka yang khusus?" 



Rasulullah saw menjawab, 


"Mereka memaafkan orang orang yang zalim, berbuat baik walaupun 

kepada orang yang melakukan kejahatan dan mereka bersimpati serta 
berbuat baik terhadap orang ramai dengan rezeki yang telah dikurniakan 
oleh Allah kepada mereka."







BERSANDARKAN HADIS DI ATAS SIAPALAH ANTARA MEREKA BERDUA AGAKNYA YANG AKAN DIANGKAT OLEH ALLAH MENJADI PEMIMPIN @ AHLI PARLIMEN JERANTUT.


DR HAMZAH DAN CIKGU NAZLAN BANYAK PERSAMAANNYA.KEDUA-DUA MEREKA ADALAH AKTIVIS MASYARAKAT DI JERANTUT.MEREKA BANYAK JUGA AMAL BAKTI YANG DISUMBANGKAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT.


CIKGU NAZLAN SEORANG WARGA PENDIDIK YANG BERJASA KEPADA ANAK BANGSA.MENJADI GURU BESAR BEBERAPA BUAH SEKOLAH DAN BERSARA SEBAGAI PESARA PPD JERANTUT.SELAIN ITU BELIAU JUGA AKTIVIS UMNO SEJAK SEKIAN LAMA.BELIAU JUGA BOLEH DIBAWA KE TENGAH KE TEPI.

BOLEH JADI IMAM,BOLEH JADI PENGACARA MAJLIS,BOLEH JADI KETUA NGO,DAN BOLEH JADI APA SAJA.

DR HAMZAH JUGA BANYAK BERJASA KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT.DENGAN KELULUSANNYA YANG TINGGI BELIAU BANYAK MEMBANTU DARI SEGI KHIDMAT NASIHAT DAN AKITIVITI KEMASYARAKATAN.

JADI MEREKA BERDUA ADALAH PEMIMPIN YANG BOLEH DIKETENGAHKAN.CAMPAK KE LAUT JADI PULAU,CAMPAK KE DARAT JADI GUNUNG,LEMPAR KE UDARA JADI AWAN,HUMBAN KE TEPI JADI BENTENG.

YANG JADI FAKTOR KEMENANGAN ADALAH PARTI YANG MEREKA SOKONG.

KESIMPULANNYA ANTARA PAS DAN UMNO SIAPA YANG LEBIH MENJADI PERHATIAN RAKYAT,PILIHAN RAKYAT DAN KEUPAYAAN MEMENUHI IMPIAN RAKYAT.

KEPADA DUA PENDEKAR INI SAYA UCAPAN SELAMAT BERTARUNG DAN TUNJUKKAN KEHANDALAN ILMU SILAT MASING-MASING.

SEMOGA BERJAYA!!!!!



6 comments:

Anonymous said...

ada bezanya wahai terkutuk dewata,

dr. hamzah duduk di gombak dan berniaga di sana manakala bekas cikgu nazlan duduk setiap masa di jerantut. cik gu nazlan anak jati pahang manakala dr hamzah generasi pertama pahang. banyak beza tu. denyut nadi ornang jerantut lebih dirasai oleh cikgu nazlan. fikirkan lah

Kutukandewata said...

marah nampak sampai keluar kata-kata cacian.aku cuma membuat perbandingan antara mereka berdua.jadi terserahlah kepada rakyat yang memilihnya.

keluarkan hujah yang meyakinkan.kalau kata-kata makian awak keluar dari awak sendiri orang dah dapat menilai setakat mana kredibiliti calon yang awak sokong.

memang aku ni orang yang terkutuk bak kata awak tu.awk aje yang mulia tanpa dosa.

kesian ahmad nazlan dikelilingi orang yang biadap macam awak.

aku kempen kat blog aku secara berhemah untuk kedua belah pihak.malangnya puak ahmad nazlan ini berperangai macam yahudi.

rakyat jerantut fikirkanlah.nilai lah sendiri perangai orang umno yang angkuh yang menyokong ahmad nazlan!!!

Anonymous said...

anon tu memang kurang ajar.bodoh sombong.suka maki orang.aku nak undi mat lan tapi anon biadap ni telah berjaya mengubah pendirian aku.kutukan dewata,memang betul cakap kau tu.orang umno mat lan memang ramai yang berlagak.sampai kau yang berkempen percuma di blog kau pun kena maki.berterima kasih pun tidak.
aku akan undi pas.ini kali lah kasi orang angkuh tersungkur di tepi longkang!!!

Anonymous said...

anon di atas tu tak sedar dan masih angkuh lagi.dia tak tau bn jerantut dah paras hidung nyawa-nyawa ikan tapi masih nak rileks lagi.duduklah di zon selesa kau orang nanti taulah nasib kau orang.angkuh dan sombong!

Anonymous said...

Kutukan Dewata,
Kutukan Dewata itu sama terkutuk dewata.

Aku tiak mencaci atau maki sesiapa, cuma tersilap taip nama samaran mu.

Aku kata nak memilih AhParlimen Jerantut pilihlah orang yang bermukim di Jerantut, bukan duduk di tempat lain di luar jerantut, melainkan dia pegang jawatan pentadbiran, Yang penting siapa yang dapat merasai denyut nadi orang jerantut, tentu lah cik gu Ahmad NAZLAN. Soal kau nak undi siapa itu hak kau wahai anom di atas. tapi jangan sesal kemudian sudah lah.

Kutukandewata said...

Ok lah.aku terima penjelasan kau walaupun hukum DM bahasa melayu kau tu jauh dari betul.aku maafkan sbb kau bukan pakar bahasa.

cakap kau tu betul,pangkah lah ikut suka.tapi yang menyesal diri sendiri kalau pilihan itu tidak tepat'

undi ikut akal bukan ikut perasaan.

hidup melayu islam!nyah kau melayu makan babi!!!