Monday 20 May 2013

EXCO PAHANG: ANTARA KRONI DAN KUALITI!!!

Senarai Penuh Exco Pahang


Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pahang telah mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.
Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar.
Mereka ialah: 
1.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin; 
2.Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak (Benta)
3.Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai)
4.Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura) 
5.Datuk Abu Bakar Harun (Chini)
6.ADUN Tioman, Datuk Mohd. Johari Hussain
7.Norul Azali Sulaiman (Guai)
8.Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul)
9.Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau) dan 
10.Datuk Shahiruddin Ab. Moin (Dong). 
  
Antara Anyer dan Jakarta,antara kasih dan cinta pasti ada yang berbeza.
Persoalannya kita boleh mengkelaskan antara kroni dan kualiti.
Siapa kroni siapa kualiti.Kalau yang dipilih ternyata kurang kualitinya bermakna sudah tentulah kroni.Mudahkan nak membezakan antara kroni dan kualiti.
Yang menanggung akibatnya nanti adalah parti.Pemimpin boleh datang dan pergi.Yang tersungkur dan terpukang adalah ahli dan parti.
Terus terang aku katakan atas kreteria apa seseorang exco itu dipilih?Kalau nak kata kualiti atau karisma jadi taruhan,kita boleh tunjuk exco mana yang datang dari bahagian yang kalah teruk.Tinggal diri sendiri terkonteng-konteng. termasuklah menteri besar sendiri.

Lihatlah exco-exco senior yang hebat-hebat belaka tapi kawasan sendiri tak terjaga hingga tumbang rakan-rakan yang lain.Hebatkah ini?Diri sendiri majoriti pun paras hidung nyawa-nyawa ikan.Inikah pengertian hebat?Mungkinlah kalah itu hebat maknanya.
Ada bahagian yang menang selesa dengan majoriti selesa tidak dipandang sebelah mata pun.Ada dun yang majoritinya membanggakan tidak ternampak di hujung mata.
pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
pusat tak nampak,
negeri tak ingin!  
Kamus bahasa umno adalah bahasa terbalik!Kualiti itu kroni,kroni itu kualiti.
Sedikit demi sedikit pasir pantai runtuh terhakis dek ombak laut.Takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
Takut mengandung jangan lupa pakai sarung!!!!!!  

1 comment:

Anonymous said...

exco zimbabwe,mali,somalia.