Wednesday, 15 May 2013

BANGSA MELAYU BAHLOL BANGSA PALING HAPRAK!!!OTAK TU BIAR CERDIK SEBELUM BERHUJAH,BODOH!!!

KEPIMPINAN MELAYU HAPRAK!!!-SEKADAR HIASAN
 
Hari Ibu HARAM disambut. SYIRIK, DOSA BESAR !
Hari Ibu ni Hari Kafir Laknat.


 Jangan ikut jejak langkah Syaitan. Hari Ibu ni ada kaitan dengan hari Mother of Church.... maknanya kuasa terbesar didalam gereja. Diberi penghormatan kepada seorang perempuan dipanggil Mother of Church, diambil sempena Virgin Mary atau Siti Mariam.

 Disambut setiap minggu kedua bulan April.

 Perayaan Hari Ibu adalah hari Perayaan dalam Kristian .... orang Kristian akan buat Mother Cake / Kek Ibu untuk diberi kepada ibu2 mereka setahun sekali.

Islam ajar jengok Ibu bila saja ada kelapangan. Jadi Melayu ni Melayu Haprak, Raya orang semua dia nak tiru belaka.

Orang cina kalau di Beijing tidak akan sambut Deepavali....
Orang Jepun tidak akan sambut Awal Muharam....
Orang Mexico sambut hari krismas ... ia tak sambut Maulidur Rasul ....


Bangsa Melayu yang bahlol ni saja yang nak sambut semua Raya ...
bla bla bla ....
Melayu,Bangsa paling Haprak diatas mukabumi ini ...


Sooo ..... nak komen ke tak ni ?

Semalam saya ada call Mak saya, ucap Selamat Hari Ibu. Sambil tu tanya2 kabar juga .... bukan lah hari Ibu saja baru nak call, call sokmo. Cuma dah Hari Ibu maka call lah juga. 

 Sepanjang2 borak tidak sedikit pun terlintas yang Hari Ibu itu ada kaitan dengan sebarang majlis orang Kristian. Anak saya juga ada buat surprise kat Mak ia, antar kad dan sepotong kek melalui orang tengah ditempat kerja Mak ia. Anak saya tu belajar di Sabah.

Punyalah suka dan bangga dia dapat hadiah surprise tu.... Harijadi ngan Hari Ibu sekali dari anaknya yang jauh. Saya tidak nampak tang mana yang salahnya perbuatan itu ......

 Nak kata tiru perbuatan Kristian ..... hmmmm ... tidak tahu pun ! Sekarang bila dah tahu, sikit pun tak terlintas yang ia meniru orang Kristian. 

Anda pula ?


                                              **********

Soal tuduhan seorang bergelar Ustaz terhadap bangsanya sendiri sebagai bangsa yang paling HAPRAK dalam dunia kerana suka meniru perayaan dan budaya luar ... well..... itu pandangan dia.

Hadirin yang ikut sama mengiyakan dakwaan bengong itu dengan " Betuuuuuul...."  , hanya satu jer nak minta mereka buat kalau mereka baca lah. Tolong pergi ke Pejabat Pendaftaran dan buang nama MELAYU pada bangsa di MyKad anda. Tak malu ker kalau orang tahu yang anda berbangsa Melayu ?


 Kalau tak pun, saya harap anda janganlah hipokrit dengan menerima apasaja kelebihan yang dinikmati atas nama Melayu. Pastikan kemasukan anda ke IPTA jika anda cukup bijak untuk layak, adalah atas dasar Meritokrasi, begitu juga dengan sebarang pembiayaan yang ditawarkan.

 Tolak semuanya jika ia diberikan atas nama Melayu. Dan tuntut permohonan anda dilayan atas dasar Merit.
Oya, kepada Ustaz Azhar, duit ratus2 ribu yang Ustaz dapat sepanjang berceramah adalah hasil kutipan derma dari bangsa yang paling Haprak didunia.

Mereka yang duk layan Ustaz selama ini pun bangsa yang paling haprak didunia .....

 Cuba fikir..... tanpa bangsa yang paling haprak didunia ini, dimanakah Ustaz sekarang ?


PS - Dari Wikipedia 

The modern holiday of Mother's Day was first celebrated in 1908, when Anna Jarvis held a memorial for her mother in Grafton, West Virginia. She then began a campaign to make "Mother's Day" a recognized holiday in the United States. Although she was successful in 1914, she was already disappointed with its commercialization by the 1920s. Jarvis' holiday was adopted by other countries and it is now celebrated all over the world. In this tradition, each person offers a gift, card, or remembrance toward their mothers, grandmothers, and/ or maternal figure on mother's day.

-  She specifically noted that "Mother's" should "be a singular possessive, for each family to honor its mother, not a plural possessive commemorating all mothers of the world."

Secara mudahnya saya terjemahkan, Anna Jarvis memulakan sambutan Hari Ibu pada tahun 1908 untuk memperingati Ibunya yang telah mati, dan berkempen untuk menjadikannya satu hari cuti umum di Amerika bagi setiap orang memperingati ibu masing2.


 Beliau mahukan hari Ibu bersifat INDIVIDU, khas buat ibu masing2 BUKANNYA buat seluruh Ibu didunia.Tiada kaitan dengan perayaan kristian pun-dinturtle.

2 comments:

Anonymous said...

lagi banyak bercakap.. lg banyak bodohnya.. biarkan..

Anonymous said...

Dia sendiri pun hapak bapak habprakkk