Thursday, 23 May 2013

Sampai Bila Melayu Nak Jadi BARUA ?




Sampai Bila Melayu Nak Jadi BARUA ?


INILAH MELAYU YANG JADI BARUA DAP!!!

Semasa PRU13, dah puas dah jadi BARUA, pakai serban pakai kopiah putih tapi arak bendera DAP ke hulu ke hilir dalam kumpulan motosikal dan kereta sampai mencecah beratus-ratus buah. 

Sedangkan kita tak nampak pun cina arak bendera Pas semacam itu, jangankan nak cari 10 buah kenderaan motosikal + kereta, nak cari 3 buah basikal pun tak kan berjumpa ada orang cina yang sanggup arak bendera Pas semacam orang Pas arak bendera DAP. Ini cerita betul yang saya saksikan di kawasan saya.

Tak kan tak rasa letih DIBARUAKAN, sebelum PRU13 dah kena BARUA, lepas PRU13 kena BARUA lagi, tak rasa jemu ke ?

Sedih lagi menyedihkan, pilu lagi memilukan kerana ada melayu yang mengaku pandai, mengaku cerdik tetapi berjaya di BODOH-BODOHKAN oleh DAP, berjaya di BARUA-BARUAKAN oleh DAP. 

Matlamat pertama DAP adalah menawan Putrajaya secara halus pada PRU13. Tetapi nampaknya orang melayu disaat akhir PRU13 tersedar daripada seruan ” INI KALI LA “. Nasib baik, jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13, pasti akan tamat lah hayat politik orang melayu.

Ya, ya, memang betul jika Pakatan Rakyat menang PM nya orang melayu, itu sudah tentu, sebab budak dalam buaian pun tahu cina susah nak jadi PM. 

Sama lah seperti di Perak dulu, cina tak boleh jadi MB, so MB nya orang melayu lah. Tapi sekadar jadi BARUA kepada DAP saja. 

Di Perak semasa Nizar jadi MB, cantik memang cantik, adil memang adil pentadbiran Nizar, adilnya Nizar Jamaludin sampai tercatat dalam Guiness Book Of Record dan Malaysia Book Of Record .. 

Melayu di beri pajakan tanah kerajaan selama 99 tahun, sedangkan cina diberi pejakan tanah kerajaan selama 999 SAHAJA. Ini lah bukti terang MELAYU akan jadi BARUA saja walaupun pegang jawatan Ketua Kerajaan.

Terima kasih Allah kerana Kau telah selamatkan orang melayu. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!

No comments: