Thursday 9 May 2013

PENUNGGU-PENUNGGU BANGUNAN DEWAN MAJLIS DAERAH JERANTUT BERKELIARAN!!!


EJEN CALON MASIH KEPUNG PETI UNDI !!!

                Kebuntuan 66 jam, ejen syaki berlaku penipuan p'raya

Mengesyaki berlaku penipuan pilihan raya dan keengganan menerima 
keputusanpilihan raya, sekumpulan ejen mengira bagi seorang calon 
Bebas di Pahang telah mengawal peti undi di pusat penjumlahan undi 
selama lebih 66 jam sejak malam hari pengundian Ahad lalu.

Ejen-ejen bagi Koh Boon Heng, yang bertanding calon Bebas di kerusi 
DUN Damak, enggan membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa keluar peti undi itu dari pusat penjumlahan tersebut kerana mereka mengesyaki ada unsur jenayah dalam proses pengiraan undi.

Salah seorang daripada ejen tersebut, Koh Xiao Fang, memberitahuMalaysiakini bahawa semasa pegawai SPR meninggalkan
pusat penjumlahan undi itu, ejen-ejen tersebut masih bersama dengan 
peti undi di bawah pemantauan sepuluh anggota polis.


Beliau berkata mereka terkejut apabila mengetahui keputusan 
diumumkan olehSPR kerana keputusan tidak 
rasmi yang mereka perolehi sebelum itu menunjukkan Boon Heng 
sedang mendahului.


Bon Heng  memperolehi 7,841 undi dantewas kepadacalon BN Lau 

Lee dengan majoriti 64 undi dalam pilihan raya Ahad lalu.


Tidak percaya dengan keputusan tersebut, penyokong Boon Heng berdepan 
dengan pegawai SPR dan minat diadakan pengiraan semula undi.

Bagaimanapun, salah seorang pegawai SPR didakwa memberitahu mereka 
bahawa tiada lagi pengiraan semula selepas peti undi ditutup dan dipindahkan 
ke pusat penjumlahan undi daripada saluran mengundi 

masing-masing.


Di bawah peraturan pilihan raya semasa, jika perbezaan undi di

 saluran pengundian tunggal adalah kurang daripada empat peratus,

 maka pengiraan semula boleh diadakan di saluran tersebut.


Bagaimanapun, tidak ada pengiraan semula boleh dibuat apabila peti


 undi sudah disel dan Borang 14 telah ditandatangani oleh ejen.


Damak adalah kerusi DUN di bawah Parlimen Jerantut, dan bangunan 

Majlis Daerah Jerantut telah digunakan sebagai pusat penjumlahan
 undi semasa pilihan raya itu.

Xiao Fang, yang merupakan
 anak perempuan Boon Heng, berkata sekurang-kurangnya 
empat ejen masih mengawal 
pusat penjumlahan undi itu, 
dan mengambil giliran dengan rakan-rakan yang lain apabila mereka perlu berehat dan 
menjamu selera.

"Sekumpulan penduduk 

tempatan turut mengawal 
di luar pusat penjumlahan itu itu. Kami akan menunggu di sana 
sehingga Boon Heng mendapat sesuatu petisyen pilihan raya dari mahkamah," ikrarnya.
Seorang tokoh yang menarik

Boon Heng adalah bekas naib pengerusi DAP Pahang dan ketua 

badan perhubungan parlimen Jerantut. Beliau dipecat oleh parti 
itu apabila bertanding kerusi DUN Damak sebagai calon Bebas 
selepas DAP memberi laluan kepada PKR untuk bertanding 
kerusi tersebut.

Beliau mendapat 7,841 undi, dan kalah kepada calon BN Lau Lee 

dengan majoriti 64 undi dalam pertarungan empat penjuru. Dua 
lagi calon ialah calon Bebas Mohd Nor Jaafar dan calon PKR 
Jamaluddin Abd Rahim, yang masing-masing mengumpul 174 
dan 2,435 undi.

Sepanjang tempoh berkempen, Boon Heng menerima sokongan 

daripada Setiausaha DAP negeri, Choong Siew Onn dan juga
 beberapa ahli PAS, termasuk calon PAS Jerantut, Hamzah Jaafar.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi 
Awang (kiri) juga
melancarkan kenderaan pilihan raya 

Boon Heng dan ia satu tindakan yang 
dianggap sebagai menyokong Boon Heng 
dalam pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS 

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menjelaskan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan diHarakahdaily bahawa Hadi 
hanya berada di situ untuk menerima 
borang permohonan dari Boon Heng 
untuk menyertai kongres penyokong parti itu.

"Presiden tidak menyokong mana-mana calon Bebas. Beliau 

(Boon Heng) mahu menyerahkan borang permohonan untuk 
menyertai kongres penyokong kami.

"Dia naik ke pentas selepas menyerahkan borang tersebut. Dan

 atas permintaan orang ramai, mereka mengangkat tangan bersama,
" kata Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang, sambil
 menambah itulah sebabnya terdapat gambar tersebut.

No comments: