Tuesday, 28 May 2013

JURANG PERKAUMAN SEMAKIN LEBAR.KAUM CINA DAH TUNJUK WARNA,KAUM MELAYU MENUNGGU MASA!!!





Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong 
menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri 
Anwar Ibrahim dilihat berjaya memperkudakan 
masyarakat Cina menerusi retorik kosong beliau 
iaitu ‘Ubah’ dan ‘Ini Kalilah’ dalam PRU-13.

Menurut beliau, dengan bantuan parti cauvinis, 
DAP, masyarakat itu akhirnya termakan janji 
Ketua Pembangkang tersebut yang kononnya akan 
melakukan perubahan besar terhadap kehidupan 
mereka.

“Najib telah melakukan pelbagai perubahan untuk 
kaum Cina seperti menaikkan taraf empat buah 
kolej ke universiti termasuk Kolej Han Chiang.

\
“Najib juga memansuhkan akta seperti Akta 
KeselamatanDalam Negeri (ISA) tetapi kenapa 
hanya lapan peratus kaum itu yang mengundi 
Barisan Nasional (BN)," soalnya.

Malah menurut Lum Yong, tidak cukup dengan 
itu, pembangkang melalui tentera siber telah bergiat 
aktif menaburkan penipuan terhadap masyarakat 
Cina yang rata-rata merupakan pengguna Internet 
tegar.

Sememangnya perkembangan ini bukanlah sesuatu 
yang sihat kepada politik negara kerana ia boleh 
menjurus kepada politik berasaskan polarisasi kaum. 
Apatah lagi keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan 
dengan jelas bagaimana yang meraih keuntungan 
ialah DAP.

MCA yang bertanding di 37 kerusi Parlimen hanya 
menang lima kerusi sahaja. DAP pula menjadi 
dominan dalam pakatan pembangkang yang turut 
disertai oleh Pas apabila memperolehi 38 kerusi 
meningkat 10 kerusi daripada pilihan raya umum lalu. 
PKR pula 30 kerusi dan Pas 21 kerusi.

DAP dan pembangkang cuba menafikan ia ada kaitan
dengan tsunami Cina yang dimaksudkan oleh Perdana 
Menteri tetapi semua orang tahu siapa yang menjadi 
sasaran pembangkang untuk menumbangkan kerajaan 
BN yang UMNO menjadi tunjangnya.

Dan jika kita melihat wajah-wajah yang hadir dalam 
perhimpunan haram anjuran pembangkang, kita pasti 
tahu jawapannya.

Mungkin hak mereka untuk menyokong sesiapa 
sahaja tetapi dalam masa yang sama jangan kerana 
keghairahan terpengaruh dengan politik kemaruk kuasa
 pembangkang, keharmonian kaum yang kita bina sejak 
berpuluh tahun lalu menjadi taruhan. 
- Utusan Malaysia.

.






No comments: