Adakah bakal berlaku satu gelombang
kebangkitan Melayu?
Ada kedengaran rayuan dari pihak-pihak tertentu agar tidak menghukum
pengundi Cina atas apa yang berlaku pada PRU13 yang baru berlalu. Strategi
masyarakat Cina untuk mengubah kerajaan gagal apa bila BN masih berdiri
sebagai sebuah kerajaan dengan mandat rakyat.
Ini menyebabkan mereka didalam keadaan gementar kerana mereka mengharapkan
ada berlakunya pertukaran kerajaan bila secara sepontan mereka membuat satu
tsunami menolak calon-calon Barisan Nasional. Mereka sedar yang mereka telah
melakukan satu kesilapan dan kini mereka hanya mampu merayu dan mengharapkan
keajaiban yang akan berlaku.
Disebelah pengundi Melayu pula ada perasaan terkilan dan kecewa apabila untuk
sekian kalinya masyarakat Melayu rasa tertipu dengan apa yang dilakukan oleh pengundi
Cina. Kita dapat menyaksikan pengundi Melayu telah kembali kepada BN dan UMNO
berjaya meningkatkan kedudukan kerusi parlimen melebihin 100 kerusi. Ini membuktikan
UMNO masih relevan dan rakyat masih mengundi UMNO/BN.
Kekecewaan orang Melayu tidak dapat diselubungi lagi dan mungkinkah akan berlaku
satu gelombang kebangkitan dan perpaduan Melayu ISLAM dalam masa yang terdekat.
Situasi diSelangor memungkinkan akan berlaku satu pergolakan dikalangan Pakatan
Rakyat.
PAS menpunyai 15 kerusi DUN dan PKR hanya mempunya 12 kerusi DUN namun
kedudukan MB bagi negeri itu mungkin akan diberikan kepada PKR. Ini percaturan
DAP untuk menafikan kedudukan PAS didalam pakatan pembangkang.
Kita akan dapat menyaksikan ‘power tussle’ dikalangan pakatan pembangkang dan
ini memungkinkan PAS mengisytiharkan keluar dari pakatan. Jika ini benar-benar berlaku
dan terjadinya perpaduan UMNO/PAS satu gelombang kebangkitan umat Melayu
ISLAM bakal terjadi dan masyarakat Cina tidak mempunyai cara lain melainkan menerima
apa yang bakal berlaku dimana kedudukan mereka diparlimen tidak segah sekarang.
Ini yang kita harapkan agar satu perpaduan dan kebangkitan Melayu ISLAM bagi
memelihara keamanan dan kesejahteraan negara kita. Sama-samalah kita berdoa agar
ini menjadi satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment