Monday, 6 May 2013

LONG BERUNDURLAH,BERILAH PELUANG KEPADA ANGAH PULAK!!!


Hari-Hari Terakhir Adnan Yaakob Sebagai MB Pahang...


Politik seperti roda. Ada naik atas, ada turun bawah. Setiap yang naik pasti turun. Begitulah jawatan politik MB bersifat sementara tidak kekal. Cuma Sultan sahaja kekal sampai mati itu pun jika Komunis tidak berjaya dengan Republik Malaya.

Adnan Yaakob sudah hampir 15 tahun MB. Sudah sampai beliau undur bagi peluang pula kepada generasi MB baru Pahang yang sophistikated dan energetik. Adnan perlu akui eranya sudah berlalu. Pahang perlu ubah kepimpinan untuk transformasi.

Adnan harus sedar...bila Tuanku dan Najib sudah tidak berminat dengan kepimpinan beliau mengurus negeri Pahang dan UMNO maka itu tanda signal. Bila EXCO-EXCO dan wakil rakyat 'senior' tidak peduli lagi dan hormat kepadanya itu pun tanda...

Adnan tidak perlu bersilat lagi...tidak perlu mahu mengadap Tuanku kerana Tuanku sudah bulat hati. Adnan tidak perlu jumpa Najib sebab Najib mahu 'groom' budak baru. Budak baru yang Najib percaya boleh tingkatkan pengurusan negeri dan UMNO.

UMNO Pahang dan rakyat Pahang sudah bersedia dengan MB baru....yang diharap boleh memperbaiki prestasi. Adnan Yaakob menghitung hari-hari terakhir sebagai MB Pahang.

1 comment:

Anonymous said...

Dah lama aku tunggu saat along ni nak pencen... Tgk apa dah jadi kat pahang terutama di Kuantan bukannya pasal dia. Hancus dah jadi nya. Bagi lagi kat kroni2 awok skrg apa dah berlaku terduduk dah rasanya.. Tak jadi pengajaran lagi?