Saturday, 25 May 2013

TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT:APABILA ANAK HAMBA DAN PENGEMBALA KAMBING DIANGKAT MENJADI PEMERINTAH!!!




Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.  


Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata, “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.”


Lalu Rasulullah SAW bersabda, “lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.


Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.


Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.  
Dia bertanya, “Terangkan kepadaku tentang lman.”


Baginda bersabda, “Bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.”


Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.


Dia berkata lagi, “Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.”


Baginda bersabda, “Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”


Lelaki itu bertanya lagi, “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.”


Baginda bersabda, “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”


Lelaki itu berkata, “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.”


Baginda bersabda, “Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan.”

 
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.


Kemudian Baginda bertanya, “Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”


Aku berkata, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.


Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. 

No comments: