Tuesday, 13 September 2011

Hari-Hari Terakhir Adnan Yaakob Sebagai MB Pahang...


Politik seperti roda. Ada naik atas, ada turun bawah. Setiap yang naik pasti turun. Begitulah jawatan politik MB bersifat sementara tidak kekal. Cuma Sultan sahaja kekal sampai mati itu pun jika Komunis tidak berjaya dengan Republik Malaya.

Adnan Yaakob sudah hampir 13 tahun MB. Sudah sampai beliau undur bagi peluang pula kepada generasi MB baru Pahang yang sophistikated dan energetik. Adnan perlu akui eranya sudah berlalu. Pahang perlu ubah kepimpinan untuk transformasi.

Adnan harus sedar...bila Tuanku dan Najib sudah tidak berminat dengan kepimpinan beliau mengurus negeri Pahang dan UMNO maka itu tanda signal. Bila EXCO-EXCO dan wakil rakyat 'senior' tidak peduli lagi dan hormat kepadanya itu pun tanda...

Adnan tidak perlu bersilat lagi...tidak perlu mahu mengadap Tuanku kerana Tuanku sudah bulat hati. Adnan tidak perlu jumpa Najib sebab Najib mahu 'groom' budak baru. Budak baru yang Najib percaya boleh tingkatkan pengurusan negeri dan UMNO.

UMNO Pahang dan rakyat Pahang sudah bersedia dengan MB baru....yang diharap boleh memperbaiki prestasi. Adnan Yaakob menghitung hari-hari terakhir sebagai MB Pahang.

4 comments:

Borokpolitikweh said...

kas suke lagi ke Tok nan ni.

Cikgu Ngah said...

Saya setuju memang Pak Long Nan dah lama dan patut berundur. Tiada siapa yg indispensable, hatta Tun Mahathir pun berhenti sbg PM. Tapi setakat ni tak nampak lagi tokoh berkaliber dlm kalangan UMNO Pahang utk ganti Pak Long Nan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH bersetuju dengan pandangan Cikgu Ngah dan Borokpolitikweh. DSD Adnan Yaakob sebenarnya masih popular dikalangan 1.6 juta rakyat Pahang terutama rakyat marhaien.

Anonymous said...

cheh, celakalah aok wan zuri, pandai mambodek koi tau sebab awok nak mintak lombong,ehehehehe