Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan.
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah
sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita
yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk
ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di
tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian
dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut
mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga
berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi
perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula
menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru
yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan
peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru
tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik
baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda
yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan :
“semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan
tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk
mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga
ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat
melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun
tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan
terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana
Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah
memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya
mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur
kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini
menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa
dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya
dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih
mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari
keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
No comments:
Post a Comment