Saturday, 29 June 2013

PAS BACUL TAKUT TEGAKKAN ISLAM DI SELANGOR.MUNAFIK ALAF BARU CUCU CICIT ABDULAH UBAY!!!

Nak kata apa lagi...PAS hanya tutup sebelah mata saja.Pura-pura tidak mengetahui semuanya ini kerana kuasa.Dulu bukan main hero ...sebelum memerintah Selangor.Bila terkena batang hidung sendiri..mananya Rumah Urut dan Maksiat langsung tiada diungkitnya..Ini bukan Hipokrit namanya.




Sebab tu, pesan orang tua-tua dulu..jangan kita suka kata kat orang serba serbi salah..padahal Allah SWT nak tunjuk kesilapan kita sekejap je.....CASH TERM beb.


 Nak salahkan umno lagi?...hahaha...kerajaan negeri ada kuasa untuk sekat macam PAS buat kat kelantan...ke tuan guru karpal marah kalo tutup?...kikiki...



Memang masa umno pegang pusat judi, kilang arak ada…tapian siapa yang bagi manifiesto nak hapuskan semua ni…bukan PAS ke?Jadi tunaikan maniefiesto yang di laungkan…janganlah nak spin …kita rakyat pun nak tengok juga berapa berani pas nak tegakkan negara Islam yang benar-benar islam…jangan pandai berkokok aje…tapi bila dapat mandat lari…tak ke bacul…tak ke munafik namanya tu???




Lesen-lesen judi dan rumah urut pihak PBT  yang luluskan dahulu pada zaman BN, sekarang PBT berada di bawah kerajaan negeri PR. Sebegai sebuah kerajaan negeri yang menaungi PBT, kerajaan negeri mempunyai kuasa dan hak untuk membatalkan lesen-lesen yg dikeluarkan oleh kerajaan...


Itulah sebabnya PAS tidak kecoh nak jadi MB...tak berani nak pegang tanggung jawab takut kepada DAP dibelakang.Kalau PAS memegang jawatan MB mereka akan berdepan dengan masalah besar dalam melaksanakan tugas antara prinsip dan kuasa.


Kalau nak laksanakan apa yang PAS cakap nak tegakkan islam,membangun bersama islam,menegakkan hukum islam,PAS akan berdepan dengan tokongnya DAP.Boleh hilang kuasa.

Kalau nak kekalkan kuasa kenalah jual dan lelong prinsip yang dicanang-canang dan dilaung-laungkan ke serata alam selama ini.Jadilah golongan munafik menghuni neraka ke 7.



Jadi tak payahlah mengata orang…kuasa di tangan sendiri…Tak da siapa menentang penubuhan negara islam…tapi kalau setakat berkokok masa PRU…baik lupakan lah…kita nak tengok PAS hapuskan semua maksiat…yang ada di selangor…tunjukkan kami bukti yang PAS benar-benar pejuang islam…bukannya lari selepas dapat mandat…bukan munafik punya orang!!!


The power of hipokrit.Khalid benarkan judi.Teressa Kok Kok kata islam tak payah jadi agama rasmi.Husam mati syahid.Sabu rela makan babi dengan LGE.


2 comments:

Anonymous said...

Ahli Pas Selangor yang beri tazkirah dan ceramah ilmu ,hanya ada telor bila dalam surau dan masjid di selangor kutuk fitnah PHD dalam kuliah tazkirah ceramah ilmu .
serangan sebalah pihak sahaja, tak berani nak berdepan.
Hebat betul .
Dalam pada itu ,Ahli pas pun berpuak dan ada pengikut masing masing dan masing nak berebut peluang atau tidak di jemput .
Hebat betul PAS Selangor dan ahli Pas Selangor.
Bila dapat peruntukan , belanjA SAKAN, majlis keshyukuran, bagi kereta kat penyokong, lebih UMNO dari UMNO.
Hebat betul Pas Selangor.
Sebelum PRU 13, majlis kuliah di sebut sebut akan anak kelehiran tanpa akad nikah ibu bapa, berluasa , 300 orang anak di daftar setiap sebulan.mereka marah marah marah marah dasar kerajaan, wal hal selangor di bawah Pas sebelum pru 505, tiada siapa exsko PAS berani sebut secara resmi
selapas PRU 505 diam menikus.... sebab dapat jawatan ....
arjuna waspada.
changkat lobak

Anonymous said...

Ketua Kampong PAS pun dah pakai Mercedes sekarang. Sebelum PRU 12, instalment kereta Proton Wira pun banyak bulan kantot. Api dan air Markas termasuk rumah dia sendiri pun ada orang sponsor.