Thursday 6 June 2013

PERISTIWA KIAMAT DAN PERISTIWA DI PADANG MAHSYAR YANG MENGGERUNKAN!!!BACALAH WAHAI ORANG BERIMAN!!!

Mesti Baca!!



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk 
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & 
beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa 
malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya 
"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. 
Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah 
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & 
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, 
tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup 
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas 
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata 
tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz 
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia 
umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. 
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut 
dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh 
yang 
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. 
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), 
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi 
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan 
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan 
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah 
huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu 
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk 
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. 
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala 
mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya 
naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur 
dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan 
peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam 
mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka 
berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama 
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang 
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang 
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam 
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air 
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan 
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir 
dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan 
berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang 
ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air 
matanya kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua 
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, 
kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para 
Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali 
kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka 
gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan 
kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya 
berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. 
(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya 
mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan 
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. 
Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga 
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. 
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat 
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil 
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah 
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa di
oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia 
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan 
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya 
yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 
4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama 
cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana 
yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan 
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing 
turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan 
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan 
ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- 
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang 
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, 
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum 
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat 
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil 
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika 
orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai 
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang 
gelap untuk menimbang dosa.




✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, 
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk 
tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- 
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua 
akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang 
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang 
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya 
menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan

 mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari 
neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh 
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini 
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 
70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga 
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang 
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai 
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi 
orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun 
menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, 
menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat 
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu 
mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk 
yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja 
yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah 
ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara 
yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


No comments: