Monday, 17 June 2013

Pekeliling Kenaikan Gaji 1 Julai 2013, Dikeluarkan Di Portal JPA.



 

Akhirnya perkara yang dinanti-nanti. Murah rezeki penjawat awam sekarang yang sentiasa diambil berat oleh Kerajaan. Dan berita terkini yang boleh menggembirakan sekaligus meningkatkan motivasi dan mutu perkhidmatan kalangan kakitangan awam apabila akhirnya, Pekeliling Kenaikan Gaji 1 Julai 2013 telah pun dikeluarkan di portal JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

Click Sini Download Pekeliling Kenaikan Gaji 1 Julai 2013 (SSM)

Maknanya berdasarkan pekeliling kenaikan gaji kakitangan awam yang terbaru ini, penjawat awam akan menikmati 2 kali kenaikan gaji untuk tahun 2013 kali ini :
  1. Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (Januari, April, Julai atau Oktober)
  2. Kenaikan Gaji Tahunan Khas (1 Julai 2013)
  3. Kenaikan Gaji Tahunan 2014 : (Januari, April, Julai atau Oktober)
  4. Jadi , untuk tahun 2014, semua kalangan kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji tahunan seperti biasa. Tidak akan terjejas kenaikan gaji pada 2014. Berjalan seperti biasa.
Contoh :
Tahun 2013 = RM250+RM250 = RM500
 
Januari 2013 naik gaji RM250. Pada Julai 2013 juga akan naik lagi RM250. Untuk tahun 2013 kenaikan sebanyak RM500. Kenaikan pada Julai 2013 ini tidak akan menjejaskan kenaikan pada Januari 2014. Bermakna Januari 2014 juga akan ada kenaikan seperti biasa.

No comments: