Friday, 21 June 2013

KANAK-KANAK "LUARBIASA" MENGGEMPARKAN CHINA!!!



TERHARU!! KISAH KANAK-KANAK 

"LUARBIASA" MENGGEMPARKAN 

CHINA.












Ini adalah kisah benar yang menyayat hati 
iaitu kisah seorang kanak-kanak di China 
yang mendapat anugerah tinggi 
dari kerajaannya kerana dikatakan 
telah melakukan “PERBUATAN YANG 
LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah 
itu, dia merupakan satu-satunya kanak-
kanak yang terpilih dari 1.4 billion 
jumlah penduduk China kerana kesukaran 
hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-
kanak ini ditinggal oleh ibunya yang 
sudah tiada akibat tidak tahan hidup 
bersama suaminya yang sakit teruk dan 
sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak
-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang 
tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan 
sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk 
memikul tanggungjawab yang berat itu, 
namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki 
melalui hutan kecil. Oleh kerana 
dia tidak bersarapan, semasa perjalanan 
itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan 
buah-buahan yang dia temui. Dia juga 
mencuba memakan sejenis rumput, 
sehingga dia tahu mana yang masih 
boleh diterima lidahnya dan mana yang 
tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah 
batu-batu besar. Upah sebagai tukang 
pecah batu digunakan untuk membeli 
beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. 
Setiap hari dia mendukung ayahnya ke 
bilik air dan juga memandikan 
ayahnya. Dia membeli beras dan 
membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia 
yang mengerjakannya sendirian. 
Ubat yang mahal dan jauh membuatkan 
Zhang memikir untuk menemukan cara 
terbaik untuk mengubati ayahnya. 
Dia pun belajar tentang ubat-ubatan 
melalui sebuah buku bekas yang ia 
beli.Dia belajar bagaimana seorang 
jururawat memberikan suntikan. 
Setelah berasa dia boleh, dia 
sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut 
berlangsung, pengacara bertanya 
apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada 
banyak pejabat, peniaga, juga ada 
ratusan juta penonton telivision, 
mereka boleh dan bersedia membantumu 
nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da 
sangat sungguh mengejutkan kepada 
siapapun, dia hanya berkata,

”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya 
ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan 
namun juga menimbulkan kekaguman. 
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun 
dapat menjalankan tanggung jawab yang 
berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup 
telah membuatkan kanak-kanak 
tersebut menjadi kuat dan pantang 
menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat 
berbeza dengan anak-anak kita. 
Dengan alasan sayang, kita selalu 
membantu anak-anak sudah 
mampu membuatnya sendiri.Ada 
kanak-kanak yang sudah bersekolah 
rendah pun masih disuap, dan memakai 
bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan 
kepada kita yang berumahtangga 
supaya menyayanyi keluarga masing-
masing. Jangan kerapa pentingkan diri 
sendiri, kanak-kanak yang kecil 
dan tidak berdosa menjadi mangsa.
-dkmsabah

No comments: