Saturday, 15 June 2013

ADAM DAN HAWA SEHATI SEJIWA!!!



Kisah disebalik penciptaan Hawa







Dia memerlukan seorang teman yang akan mendampinginya dalam kesenangan yang tidak terkata itu. Demi memenuhi jiwanya yang kesunyian, Adam akan turun ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan dan mendengar burung-burung bernyanyi indah. Namun.. hatinya tidak tenteram, malah makin tertikam.. tatkala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan dedaunan mendesirkan suara sayup-sayup maka terkesanlah di hati Adam akan perasaan sayu. Dirasakan seperti derita batin disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi..

Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyiannya itu kepada Allah sedangkan Allah Maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi dalam kalbu hambaNya. Ketika Adam sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari sebelah kiri.

Adam tidak terasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh Malaikat Jibril. Dengan kudrat Allah yang apabila ia menghendaki terjadi sesuatu, cukup dgn berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Juga sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam. Justeru Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yang boleh  bermesra dan bergurau senda dengan Adam.

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut, diatas sebuah tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak yang sedang terbaring tidak jauh di depannya. Butir-butir fikiran dan perasaan yang bergelombang dalam sanubari Hawa itu seolah-olah arus elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam. Seolah-olah seperti sebuah mimpi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam..

Ketika terjaga, alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk manusia seperti dirinya tidak jauh dari tempatnya sedang berbaring. Beberapa kali Adam mengosok matanya kerana tidak percaya pada apa yang dilihatnya.

Hawa diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang ternyata memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Sesungguhnya memang diciptakan Hawa itu dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna! Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, peindahan, kasih sayang, kesucian, keibuan, dan segala sifat keperibadian yang terpuji. Ia wanita tercantik yang menghiasi Syurga! dan kecantikan itu yang diwariskan turun-temurun dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada semua wanita yang datang selepasnya..

Adam tidak kurang hebatnya! Dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa walau sekecil cacat pada dirinya. kerana Adam itu makhluk yang dicipta secara langsung oleh Allah SWT tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang ada pada seorang lelaki terhimpun padanya dan kecantikan itu jugalah yang diwariskan kepada semua lelaki selepasnya sebagai anugerah Allah kepada makhlukNya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan, kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..



Kata2 yang pling segar dan diingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus-putus 
"... ku.. a.. ku.. aku.. dijadikan untukmu!"
Kata-kata itu nikmat yang menambah kemeraan Adam dan Hawa. Adam sedar nikmat itu datang daripada Tuhan, dan cinta juga datang daripada Tuhan. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam. Cinta kepada Hawa beerti cinta kepada Pencipta..

Diperintahkan kepada semua malaikat di langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon 'Syajarah Thuba', menjadi saksi atas pernikahan Adam & Hawa..

Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman ..
"Segala puji adalah KepunyaanKu, segala Kebesaran adalah pakaianKu, segala Kemegahan adalah hiasanKu dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah kekuasaanKu. menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua-dua ciptaanKu dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya bertahlil dan bertahmid kepadaKu!"
Subhanallah... Dikatakan pula bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.



Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang rusuknya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).


Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga hati. Oleh kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.


Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang menurut perintah suaminya.

Para doktor pada hari ini telah menjelaskan bahawa sekiranya bukan kerana tulang rusuk tersebut, pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga hati. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi hati tersebut dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. ~ Akal Emosi 

No comments: