Wednesday, 26 June 2013

Ditangkap polis kerana menyelamatkan mangsa rogol...


Satu kejadian jenayah ‘rompak dan rogol’ yang aneh berlaku di negara China. Jenayah itu bagaimanapun berjaya digagalkan selepas pihak polis mendapat maklumat awal daripada seorang lelaki.
Kisahnya begini, pada petang Khamis 3 November yang lalu, seorang wanita yang berusia dua puluhan telah menunjukkan sebuah biliknya di daerah Tianhe, Guangzhou kepada seorang bakal penyewa lelaki. 
Apabila memasuki apartmen, lelaki itu telah menggunakan wayar telefon untuk mengikat tangan wanita itu ke belakang, dan mula mencederakan tangannya dengan pisau sambil memaksanya menyerahkan kata laluan akaun bank.

Lelaki berpakaian hitam ditahan oleh pihak polis.


Lelaki itu juga mengoyakkan kain skirt mangsa dan disumbat ke dalam mulutnya untuk menghalang wanita itu daripada menjerit. Penyerang juga memaksa mangsa menanggalkan baju dan cuba untuk merogolnya.

Sekumpulan anggota polis kemudian bergegas ke apartment tersebut dan menyelamatkan wanita itu. Menurut laporan Nanfang Daily, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki dengan nama keluarga Huang, yang berada di bangunan apartment yang bersebelahan apartmen mangsa.

“Pintu rumah (wanita) itu biasanya terbuka, tetapi ia ditutup pada masa itu,” Huang memberitahu polis. Huang tidak menghubungi pihak polis dengan serta-merta, tetapi meminta jiran yang tinggal di bangunan yang sama dengan mangsa untuk melaporkan kejadian itu.

Keadaan wanita selepas diselamatkan polis.

Polis mendapati bahawa Huang sangat biasa dengan apartmen mangsa dan mula meraguinya kerana tidak terus menghubungi pihak polis dengan serta merta.

Lebih malang lagi, ada jiran yang mendakwa pernah melihat Huang mengendap mangsa ketika berada di bilik mandi. Malah wanita yang diselamatkan Huang itu juga memberitahu polis bahawa dia telah banyak kali merasakan seolah-olah seseorang sedang memerhatikannya. Bagaimanapun Huang menafikan tuduhan itu, dan mendakwa memberikan segala perincian berdasarkan pemerhatiannya ketika itu saja.


Tangan wanita yang dicederakan dirawat sebaik saja diselamatkan polis.







Kasihan Huang. Mesti beliau menyesal kerana membantu wanita itu. Niat hati untuk menyelamatkan wanita itu daripada menjadi mangsa ‘rompak dan rogol’, tetapi dia pula yang dituduh kerana mengendap.
Malah, wanita itu turut mengiyakan tuduhan tersebut. 
Mungkin selepas ini tidak akan ada lagi laporan kepada pihak polis jika seseorang melihat kejadian jenayah yang berlaku di China. Mungkin anda semua masih ingat lagi kejadian seorang kanak-kanak di China yang dilanggar dan dibiarkan oleh orang ramai. Jadi anda sudah faham sekarang?

No comments: