Wednesday, 12 June 2013

Rahsia Kaabah Yang Menakjubkan.






Alhamdulillah...dah lama rasanya tak 
berkongsi cerita..apa kata hari ini kita 
mencungkil rahsia Allah tentang 
kaabah...jom baca.

Mekah merupakan tanah suci bagi umat 
Islam di mana berdirinya sebuah struktur 
iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang 
dan panduan qiblat untuk semua umat 
Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 
15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains 
yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai 
graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, 
dan di situlah berpusatnya 
bunyi-bunyian yang membina 
yang tidak boleh didengar 
oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi 
kesan langsung kepada sistem imun 
badan untuk bertindak sebagai pertahanan 
daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif
yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema 
yang tidak boleh didengar tetapi boleh 
dikesan frekuensinya. 

Pengaruh elektron menyebabkan 
kekuatan dalaman kembali 
tinggi, penuh bersemangat untuk 
melakukan ibadat, tidak ada sifat 
putus asa, mahu terus hidup, 
penyerahan diri sepenuhnya 
kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh 
mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak 
boleh meneropong apa yang ada di 
dalam Kaabah. 
Frekuensi radio tidak mungkin dapat 
membaca apa-apa yang ada di dalam 
Kaabah kerana tekanan graviti 
yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan 
gravitinya, mempunyai kandungan garam 
dan aliran anak sungai di bawah tanah 
yang banyak. Sebab itu lah jika 
bersembahyang di Masjidilharam walaupun 
di tempat yang terbuka tanpa bumbung 
masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam 
empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib 
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, 
zon magnetisme sifar dan tempat yang 
paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah 
secara automatik otak tengah akan terangsang 
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan 
sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah 
lawan jam memberikan tenaga hayat secara 
semula jadi daripada alam semesta. semua 
yang ada di alam ini bergerak mengikut 
lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya 
begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam 
tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru 
dengan mengelilingi Ka abah mengikut 
lawan jam, bermakna peredaran darah di 
dalam badan meningkat dan sudah tentunya 
akan menambahkan tenaga. Sebab itulah 
orang yang berada di Mekah sentiasa 
bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah 
simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. 
Angka tujuh itu membawa maksud tidak 
terhad atau terlalu banyak. Dengan 
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya 
kita mendapat ibadat yang tidak terhad 
jumlahnya.

 14. Larangan memakai topi, songkok atau 
menutup kepala kerana rambut dan bulu 
roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk 
menerima gelombang yang baik yang di
pancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu 
lah selepas melakukan haji kita seperti 
dilahirkan semula sebagai manusia baru 
kerana segala yang buruk telah ditarik 
keluar dan digantikan dengan nur atau 
cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah 
bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk 
melepaskan diri daripada pantang larang 
dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya
 adalah untuk membersihkan antena atau 
reseptor kita dari segala kekotoran supaya 
hanya gelombang yang baik saja akan 
diterima oleh tubuh.

Sumber :  ohislam.com

No comments: