Tuesday 18 June 2013

SELANGOR DARUL LGBT!!!

KERAJAAAN NEGERI SELANGOR UMUM BERITA BAIK UNTUK GOLONGAN GAY DAN LESBIAN!!!





















Exco Kerajaan Tempatan bagi Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Teng
 Chang Khim begitu bangga memberitahu bahawa dia mempunyai 
“tonik mujarab” bagi membendung kegiatan maksiat yang berleluasa 
di negeri jajahan rejim pembangkang itu.

Katanya, dia punya idea bagi mengatasi masalah maksiat di negeri 
pimpinan Khalid Ibrahim itu ekoran pertumbuhan rumah-rumah 
urut di seluruh Selangor dan bercambah hingga berjumlah beribu-ribu 
“lemon”!

Dengan serius dan bangga dia berkata, dia akan mengesyorkan pada
 Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetatkan undang-undang 
rumah urut di negeri itu di mana tukang urut lelaki hanya dibenarkan 
mengurut pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

“Saya ada idea ini… untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. 
(Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu 
akan dizonkan sebagai zon lelaki…Tiada wanita dibenarkan, 
walaupun tukang cuci,” – Exco Kerajaan Pakatan Haram Selangor, 
Teng Chang Khim, 17 Jun 2013.

Saya ketawa besar mendengar “idea bernas” dari Chang Khim ini. 
Boleh pula dia buat lawak tentang perkara begini? Lelaki urut lelaki, 
perempuan urut perempuan. Peraturan ini dilaksanaka untuk 
selamatkan perniagaan DAP yang paling menguntungkan di Selangor, 
kah?

Ketika membayangkan saranan Chang Khim itu, saya terbayang muka 
Anwar Ibrahim yang menyeringai tersengih-sengih mendengar “idea” 
tersebut. Rasanya, “idea” tersebut mampu membuat air liur Anwar 
meleleh..!

Saya tidak pasti sama ada Chang Khim itu mengikuti perkembangan 
semasa atau tidak. Tapi untuk pengetahuan Exco itu, undang-undang 
“bernas” darinya itu akan membuat golongan LGBT yang ada 
di Selangor melompat kegirangan.

Mungkin selepas ini golongan laknatullah itu akan berpindah dan 
bertumpu di Selangor dan menjadikannya sebagai “sarang” 
kegiatan tidak bermoral mereka. Bayangkan lelaki gay diurut 
lelaki dengan minyak urut atau lebih tepat lagi, KY Jelly…
apa akan jadi seterusnya?

Chang Khim perlu tahu bahawa Exco terdahulu, Ronnie Liu 
bersusah payah menarik pelabur-pelabur maksiat itu untuk bertapak di 
Selangor. Jenuh dia membela mereka siang dan malam dari serbuan 
Hasan Ali dan JAIS. Tiba-tiba Chang Khim nak “potong jalan”?


Rasanya Chang Khim perlu ambil iktibar atas apa yang berlaku 
terhadap mendiang Teoh Beng Hock. Chang Khim suka peristiwa itu 
berulang? Berapa batang lilin yang Chang Khim mahu dinyalakan 
untuknya?

Exco Kerajaan Tempata Selangor itu perlu tahu bahawa apa saja cara 
yang dia lakukan, ia tidak akan mengurangkan jumlah premis rumah 
urut haram yang tumbuh di Selangor. Mengatur rumah urut mengikut 
jantina tidak akan menjadikan sebuah premis haram kepada premis 
berlesen, bukan?

Patutnya, Chang Khim akur dengan undang-undang tabii manusia 
bahawa apa jua jenis maksiat boleh berlaku sewenang-wenangnya 
di rumah-rumah urut berkenaan. Sama ada maksiat secara “straight” 
atau LGBT, ia sama sekali salah dari sudut agama mahupun moral 
manusia normal.

Chang Khim juga perlu tahu bahawa mengurut tidak sama dengan 
memotong rambut. Di Kelantan, memang boleh diasingkan lelaki 
potong rambut lelaki dan sebaliknya mengikut jantina. Tapi kalau 
bab urut, ia melibatkan aurat lelaki dengan lelaki!

Kalau benar Chang Khim mahu membendung maksiat dari terus 
berlaku di Selangor, dia sepatutnya arahkan semua PBT supaya sita 
dan tutup semua pusat-pusat urut haram berkenaan secepat mungkin. 
Mana yang ada lesen, usah perbaharui lesen tersebut.

Kalau betul nak bendung maksiat, Chang Khim boleh anjurkan bengkel 
atau kelas mengurut bagi untuk suami isteri. Ajar suami urut isteri dan 
begitu juga sebaliknya. Teknik mengajar pun perlu ada batasnya 
supaya kekal bermoral dan berfaedah untuk pasangan yang hadir.

Bagi yang belum berumahtangga, rasanya tak payahlah mereka 
mengurut. Kalau terseliuh kaki, mereka boleh jumpa tukang urut 
tradisional. Kalau patah, boleh jumpa tukang urut patah. Dan 
kalau sakit-sakit badan, boleh saja ke hospital untuk dapatkan 
rawatan.

Tak payah mengada-ngada nak buat dosa, kan?

1 comment:

Tasek Gelugor Portal said...

slm mohon dipautkan blog Tasek Gelugor Portal... Blog tuan telah pun dipautkan...