Sunday, 16 June 2013

MALANG SUNGGUH LAHIR SEBAGAI MELAYU DI MALAYSIA INI!!!


Kenapa Double Standard Dalam Tindakan Hina Sultan Bila Babitkan Cina?



98898898


Penghinaan terhadap raja-raja Melayu semakin keterlaluan dan aktif kebelakangan ini. Walaupun ramai yang mengarah kepada Red Bean Army yang didalangi oleh DAP, hakikatnya pembabitan Melayu-Bumiputera terhadap perbuatan tersebut, menunjukkan bahawa ia adalah disebabkan ‘keseronokan’ dan ‘keterujaan’ yang keterlaluan apabila melakukan penghinaan terhadap raja-raja Melayu.

Apatah lagi, perbuatan tersebut akan disambut dengan penuh meriah oleh para penyokong dan penjilat Pakatan Rakyat.

Seorang wanita Cina menyerah diri kepada pihak berkuasa hari ini setelah tulisan menghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Kedah, didedahkan oleh media. Dia hadir ke balai polis bersama-sama seorang peguam.

Di Johor, seorang lelaki Melayu telah diperintahkan membela diri kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina DYMM Sultan Johor setelah pembelaannya gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan yang dibuat terhadapnya.

Dalam beberapa kes yang lain, lebih banyak pendakwaan dibuat terhadap Melayu berbanding Cina dan India sungguhpun kes yang melibatkan perlanggaran Akta Hasutan dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang kalau disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM50,000 atau tiga tahun penjara.

Namun timbul pertanyaan, berapa ramaikah Cina dan India yang telah dikenakan hukuman atas kesalahan yang sama berbanding Melayu?
Kita melihat bagaimana pelaku-pelaku dari kalangan Melayu diheret ke mahkamah tetapi kita juga melihat bagaimana pelaku Cina atau India akan ke balai polis untuk memberi keterangan bersama-sama peguam masing-masing dan selepas itu, mereka pun terlepas daripada dikenakan sebarang hukuman berat.

Kepantasan mengambil tindakan walaupun tidak secara rasmi, tetapi boleh dilihat menerusi perbezaan kulit dan mata. Kalau mata sepet, lambatlah tindakannya tetapi kalau ianya Melayu atau Bumiputera, mereka akan cepat-cepat diseret ke mahkamah.

Memang benar, Melayu dan Bumiputera wajar dikenakan hukuman lebih berat dan lebih pantas apabila menghina Sultan-Sultan mereka sendiri kerana faktor Melayu dan Bumiputera mereka yang berada di bawah kuasa sultan-sultan. 

Namun atas sebab DYMM Sultan-Sultan Melayu telah memberikan persetujuan agar 1 juta kaum imigran diberikan kerakyatan dan hak kerakyatan di negara ini bermula dari tahun 1955 sehingga 1957, seharusnya tindakan yang sama perlu dibuat kepada mereka. Bahkan lebih-lebih lagi, mereka seharusnya menanggung kesan daripada perbuatan mereka untuk generasi akan datang sebagai teladan.

Pihak berkuasa Malaysia seharusnya mula mengkaji dan mengaplikasikan sebarang undang-undang bagi mencegah perbuatan menghina raja-raja Melayu sepertimana yang berlaku sekarang. 

Kalau Kampuchea yang pernah menolak sistem raja, turut mempunyai undang-undang penghinaan terhadap raja-raja mereka, mengapa pula Malaysia yang kononnya mempertahankan sistem raja-raja Melayu, mengambil mudah akan hal ini, terutama yang membabitkan bukan Melayu-Bumiputera?

Majoriti Melayu termasuklah yang menyokong Pakatan Rakyat, bukannya menuntut perkara besar-besar tentang raja-raja Melayu, sebaliknya pemeliharaan hak dan sistem sedia ada dengan penguatkuasaan sebenar dan bukan sekadar lepas batok di tangga.

Apa yang berlaku sekarang, amat mengecewakan.
Serah diri untuk diambil keterangan bersama-sama peguam?
Sememangnya berita itu, sudah dijangka keputusan dan pengakhirannya!

One Response to Kenapa Double Standard Dalam Tindakan Hina Sultan Bila Babitkan Cina?

  1. abu says:
    Memang dari dulu lagiperkara ini berlaku, kadang2 agak heran jugak mengapa macam double standard saya perhukuman ini berlaku, bila nak tubuh  kerajaan , orang  melayu yang capik datang menghesot, tempang datang mengengkang, tua datang bertongkat, yang muda datang berpanas, yang beranak datang berdukung, yang buta datang berpimpim, yang cacat datang berkerusi roda untuk apa? 

    Untuk mengundi membentuk kerajaan melayu hari ini, namun bila berkuasa cuba tgk apa jadi pada melayu2 ini, macam tulah mereka hidup macam dalam dunia kelas ke dua, Polis tentera semuanya melayu, peguam banyak melayu, majistret banyak melayu, hakim banyak melayu, tapi kalau bab nak hukum melayu huh memang cepat saja melentiknya, kalau bangsa lain, ambil keterangan bebas dengan jaminan polis, lepas tu diam jele…..entah dakwa atau tidak kita pun tak tahu. 

    Malang sungguh aku menjadi melayu dalam dunia melayu dibawah kerajaan melayu, yang layuuuuuu selayu layu nya

3 comments:

Anonymous said...

najib ngan muhyidin kata ok. maka cina kata ok gak.

Anonymous said...

dengan Kepimpinan KDN Serta KePolisan Yang dilihat cukup Tegas mudah mudahan Kedaulatan Raja Raja Melayu dapat dilindungi dari penghinaan...Penjara lah hukuman paling setimpal ..denda...tak heran bolih bayar..kepada yang menghina kedaulatan raja raja melayu... dimana
(Kesetiaan kepada raja dan negara) rukun Negara ke 2....

Anonymous said...

dengan Kepimpinan KDN Serta KePolisan Yang dilihat cukup Tegas mudah mudahan Kedaulatan Raja Raja Melayu dapat dilindungi dari penghinaan...Penjara lah hukuman paling setimpal ..denda...tak heran bolih bayar..kepada yang menghina kedaulatan raja raja melayu... dimana
(Kesetiaan kepada raja dan negara) rukun Negara ke 2....