Sunday 2 June 2013

KERAJAAN HARUS BERHATI-HATI DAN BERKERAS TERHADAP DAP YANG DIANGGOTAI 100% CINA RASIS!!!


ISU PERKAUMAN WUJUD SEJAK MUNCULNYA DAP!!! 






Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-
calon pilihan raya serta ahli-ahli politik 
dari kalangan parti pembangkang, 
telah membangkitkan soal-soal Bangsa 
Malaysia berkaitan dengan Bahasa 
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan 
istimewa orang Melayu sebagai 
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang 
bukan Melayu. 


Hal ini telah memberi kesempatan kepada 
ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan 
faedah dalam pilihanraya.



Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan 
yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) 
telah gagal memperolehi majoriti 2/3 
diparlimen, walaupun masih berjaya 
membentuk kerajaan persekutuan. 


Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang 
sebagai satu kemenangan yang besar buat 
mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya 
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah 
menurun daripada 89 kerusi pada 
tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.


Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), 
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 
dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 
25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat 
manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh 
pencapaian gemilang dalam pilihanraya 
telah meraikan kemenangan mereka pada 
11 Mei 1969. 



Perarakan tersebut sebenarnya tidak 
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. 
Malah terdapat segelintir pengikut 
perarakan (identiti mereka tidak dapat 
diketahui) telah mengeluarkan slogan-
slogan sensitif berkenaan isu perkauman 
semasa mengadakan perarakan di jalan-
jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan 
turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana 
kaum Cina berarak menerusi kawasan 
Melayu, melontar penghinaan sehingga 
mendorong kepada kejadian tersebut.



[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian 
besar darinya kaum Cina dari Democratic 
Action Party dan Gerakan yang 
menang, mendapatkan permit polis bagi 
perarakan kemenangan melalui jalan 
yang ditetapkan di Kuala Lumpur. 
Bagaimanapun perarakan melencong 
dari laluan yang ditetapkan dan melalui 
kawasan Melayu Kampung Baru, 
menyorak penduduk di situ.



[2] Sesetengah penunjuk perasaan 
membawa penyapu, kemudiannya 
dikatakan sebagai simbol menyapu keluar 
orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara 
yang lain meneriak slogan mengenai 
tenggelamnya kapal Perikatan — the 
coalition's logo.


[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum 
Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan 
meminta maaf pada 13 Mei di atas 
kelakuan penyokong mereka. Menteri 
besar Selangor, Dato' Harun Idris 
telah mengumumkan bahawa perarakan 
balas meraikan kemenangan UMNO akan 
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.



PEMBANGKANG 
MERAIKAN KEMENANGAN

Peristiwa ini berlaku berikutan 
pengumuman keputusan Pilihanraya Umum 
pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari 
parti Gerakan telah menang besar di kawasan 
Batu, Selangor. 

Beliau minta kebenaran polis untuk 
berarak meraikan kemenangan parti tersebut 
di Selangor yang menyaksikan 50:50 di 
Selangor. Perarakan tersebut 
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar 
Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan 
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke 
Kampung Baru. 


Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 
30,000 orang Melayu yang menjadi kubu 
UMNO, berasa terancam dengan kemenangan 
pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah 
Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun 
Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah 
berarak dengan mengikat penyapu 
kepada kenderaan mereka sebagai 
lambang kemenangan mereka menyapu 
bersih kerusi sambil melaungkan slogan. 


Ada pula pendapat yang mengatakan 
penyapu tersebut sebagai lambang mereka 
akan menyapu ('menyingkir') orang-orang 
Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, 
penyapu mempunyai konotasi yang negatif 
(sial). Ada yang mencaci dan meludah dari 
atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi 
jalan.



PERARAKAN KEMATIAN CINA


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, 
kesesakan jalanraya turut berlaku.Di 
Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina 
akibat sakit tua diarak sepanjang jalan 
dengan kebenaran polis. Namun 
perarakan kematian bertukar menjadi 
perarakan kemenangan pilihan raya 
dengan menghina Melayu.


Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye 
selaku Presiden Gerakan memohon maaf 
di atas ketelanjuran ahli-ahlinya 
melakukan kebiadapan semasa perarakan. 
Yeoh menang besar di kawasan Bukit 
Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan 
maaf sudah terlambat.


RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada 
pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan 
terjadinya peristiwa ini.Orang Melayu berkumpul 
di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan 
Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, 
Kuala Lumpur. 


Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar 
Selangor ketika itu cuba mententeramkan 
keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang 
berkumpul telah membawa senjata pedang 
dan parang panjang dan hanya menunggu 
arahan daripada Dato' Harun Idris 
untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang 
kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan 
meluap-luap. Jam 3.00 petang datang 
berita kejadian pembunuhan orang 
Melayu di Setapak, hanya dua kilometer 
dari rumah Menteri Besar Selangor. 


Terdapat cerita mengenai seorang 
wanita mengandung dibunuh dan 
kandungannya dikeluarkan dari perut 
dengan menggunakan besi penggantung 
daging babi.Sebelum menghembuskan 
nafas terakhir wanita tersebut sempat 
memasukkan semula janin yang terkeluar 
itu ke dalam perutnya.


4.00 petang dua penunggang motosikal 
Cina yang melalui Jalan Kampung 
Baru telah dipancung. Sebuah van membawa 
rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. 
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari 
PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak 
balas. 


Mereka membunuh orang-orang Melayu di 
sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang 
Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan 
pelbagai senjata besi, tombak dan 
lembing berparang di hujung seperti dalam 
filem lama Cina.


Cerita-cerita telah menyemarakkan 
lagi api permusuhan di antara Melayu 
dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah 
darurat dikeluarkan, semua orang tidak 
dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan 
polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. 
Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal 
dikerahkan menjaga keselamatan sekitar 
Kuala Lumpur.



REJIMEN RENJER


Anggota FRU semasa rusuhan 
13 Mei berlaku.Pasukan FRU di keluarkan 
dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen 
Renjer ambil alih. 


Malangnya pasukan ini terdiri dari 
orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, 
Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak 
orang-orang Melayu dan ini 
menyebabkan kemarahan orang Melayu 
semakin meluap-luap. Menurut laporan, 
ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan 
berbangsa Cina.


Pemuda-pemuda Melayu yang 
mempertahankan Kampung Baru dan 
yang lain-lain mengamuk merasakan 
diri mereka terkepung antara orang 
Cina dengan askar Rejimen Renjer. 
Beberapa das turut ditujukan ke arah 
rumah Menteri Besar Selangor.


PANGGUNG ODEON

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak 
mengepung Panggung Odeon, di 
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
Kuala Lumpur. Beberapa iklan 
disiarkan dalam bahasa Cina di skrin 
pawagam menyuruh penonton dari 
kalangan Cina keluar dari panggung. 



Penonton Melayu di panggung tersebut 
langsung tidak tahu membaca tulisan cina. 
Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina 
tersebut telah menyerbu masuk ke dalam 
panggung dan menyerang dan 
menyembelih penonton yang ada dan 
membakar pawagam tersebut. 



Hampir semua penonton di dalam 
panggung tersebut mati di dalam keadaan 
yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua 
orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai 
Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula 
askar melayu telah menembak orang cina 
yang melanggar perintah berkurung dengan 
kereta perisai mereka. 



Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk 
melayu Kampung Kerinchi telah membuang 
pasu di atas lebuhraya tersebut dan 
mengakibatkan kesesakan lalulintas 
dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa 
cina ditetak dan dibunuh. 



Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual 
bunga berdekatan habis dibunuh. Di 
lapangan terbang Sungai Besi waktu itu 
yang merupakan lapangan terbang 
antarabangsa, askar melayu telah menembak 
orang Cina yang baru balik dari luar negeri 
dengan tanggapan bahawa mereka 
melanggar perintah berkurung.


Pemuda yang bernama Rahim Desa 
bersama seorang kawannya yang 
berjawatan kapten ketika itu yang tinggal 
di Kuala Lumpur yang turut menonton 
wayang di Odeon terkena tetakan di 
kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih 
hidup hingga sekarang. 


Sementara Mohd Radzi mengalami 
pengalaman yang sama di Pawagam Federal, 
Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika 
menonton filem They Came To Rob Las 
Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.


Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya 
dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur 
turut terperangkap dan terkejut dengan 
rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka 
pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-
langkah mayat mereka yang telah terbunuh 
di atas jalan.


Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari 
Sungai Manik hendak datang ke Kampung 
Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan 
Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu 
Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai 
Polis Kajang dan Cheras.


Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru 
mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, 
iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak 
mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi 
kebal dan boleh terbang. 


Apa yang pasti, Askar Melayu juga 
telah menyelamatkan orang Melayu di 
Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga 
ramai yang pernah mendengar kisah 
parang terbang yang terbang di Kampung 
Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.


Namun rusuhan kaum tidak terjadi di 
Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, 
Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada 
sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan 
Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa 
kerana telah diberi amaran oleh PKM.




Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di 
Betong ada tembakan dilepaskan oleh 
PKM dan mereka memberi amaran jika 
askar melayu menembak orang cina, mereka 
akan memberi senjata api kepada orang cina.


PERSEPSI

Kalangan orang melayu mempunyai 
pandangan yang negatif terhadap kaum 
cina yang dilihat sebagai tidak mengenang 
budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan 
pada mereka pasca kemerdekaan. 


Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap 
kaum Cina juga berlaku kerana orang 
Cina merupakan majoriti menganggotai 
pasukan Bintang Tiga yang ingin 
menjadikan negara ini sebagai negara 
komunis berpaksikan negara komunis China.



Pada tahun 2007, satu buku — May 13: 
Declassified Documents on the Malaysian 
Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, 
bekas ahli Democratic Action Party, dan 
bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah 
diterbit oleh Suaram. 


Berdasarkan dokumen yang baru 
'declassified' di pejabat maklumat awam 
London, buku tersebut mengatakan 
bahawa rusuhan tersebut bukannya 
disebabkan parti pembangkang sepertimana 
cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan 
tersebut dimulakan oleh "ascendent state 
capitalist class" di UMNO sebagai 'coup 
d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul 
Rahman.


Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu 
cerita yang diputarbelitkan oleh 
pembangkang sahaja.


ANGKA KORBAN

Polis dan tentera sedang mengawal 
Panggung Odeon yang menjadi sasaran 
rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 
439 cedera, 39 hilang dan 9,143 
ditahan. 211 kenderaan musnah.



Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu : 86 orang

Cina : 342 orang

Lain-lain : 3 orang


Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana 
daripada kacamata orang ramai yang menjadi 
saksi, mereka melihat berderet-deret lori 
membawa mayat yang tidak sempurna 
ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

[perlu rujukan][sunting]Lokasi Tunku 
Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei.

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman 
baru pulang dari Alor Star meraikan 
kemenangan beliau di sana.


6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis 
Trafik Kuala Lumpur memaklumkan 
kejadian pembunuhan kepada Tunku 
Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada 
jam 7.00 malam 13 Mei 1969.


MAGERAN

Negara diisytiharkan darurat pada malam 
16 Mei 1969. Dengan pengistiharan 
ini, Perlembagaan Persekutuan telah 
digantung. 


Negara diperintah secara terus oleh Yang 
DiPertuan Agong dibawah undang-undang 
tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan 
Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku 
Abdul Rahman telah menarik diri dari 
mengetuai majlis tersebut. 


Tempat beliau telah digantikan oleh 
Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul 
Razak. Berikutan itu, Parlimen juga 
digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran 
telah melakukan pelbagai tindakan untuk 
mencari punca dan penyelesaian agar 
tragedi tersebut tidak berulang. 


Antara tindakan yang diambil ialah 
membentuk satu Rukun Negara bagi 
meningkatkan kefahaman rakyat 
tentang perlembagaan negara. 


Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar 
Ekonomi Baru untuk menghapuskan 
pengenalan kaum dengan satu aktiviti 
ekonomi dan membasmi kemiskinan 
tegar dan membentuk Barisan Nasional 
yang bersifat sebagai sebuah kerajaan 
perpaduan. Hampir kesemua parti yang 
bertanding pada 1969 telah menyertai 
BN kecuali DAP dan PAS.

No comments: