Sunday, 30 November 2014

KISAH SEMALAM GADIS MALAM!!!

Cerita Benar Gadis MALAM




Memang jarang dapat bertemu seorang gadis berkelulusan peringkat ijazah dari universiti tempatan, memilih kerja sebagai pengawal keselamatan.

Pekerjaan yang kerap dipandang rendah olah masyarakat itu, bukan saja tidak setaraf dengan kelulusan yang dimiliki bahkan seakan tidak sesuai dengan fizikal wanitanya yang kecil molek.

Peluang berkongsi cerita dengan Diana, 26, (bukan nama sebenar) bukan mudah kerana gadis ini awalnya memilih untuk menyimpan segala cerita peribadi tentang dirinya.

Namun setelah dipujuk dan diyakini kisah ini bukan untuk membuka aib sesiapa, dia akhirnya bersetuju.

Kata gadis berkulit cerah ini, kisah hitam dirinya bermula dari zaman universiti, selepas mula mengenal pusat hiburan dan kelab malam.

"Saya memang anak jati Kuala Lumpur, lahir dan dibesarkan di ibu kota ini. Kehidupan keluarga saya memang sederhana, kami tinggal di rumah pangsa yang terletak betul-betul di tengah bandar.

"Sejak memasuki universiti saya dapat rasakan kehidupan saya begitu bebas, umpama burung yang terlepas dari sangkar. Saya rasakan seolah dunia ini saya yang punya.

"Walau seronok ke kuliah bertemu rakan-rakan baru, dunia kelab malam lebih mengujakan saya," katanya memulakan bicara.

Bagi Diana, seakan satu rutin yang tidak lengkap jika sekali dalam seminggu tidak mengunjungi tempat-tempat hiburan tersebut.

Namakan apa sahaja kelab di sekitar Lembah Klang yang terkenal, semuanya pernah dikunjunginya.

Rutin tersebut menjadi-jadi setiap hari Rabu malam Khamis kerana Ladies Night, iaitu pada malam tersebut wanita tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja untuk makan dan minum kerana kosnya dibiayai lelaki.

Sesuai sangatlah untuk pelajar sepertinya yang belum memiliki sebarang pendapatan selain bantuan pinjaman pelajaran.

"Daripada seminggu sekali menjadi dua kali seminggu saya, ada kalanya hampir setiap malam. Memang rasa tidak lengkap hidup jika tidak ke kelab malam. Mulanya hanya minum air berkarbonat kemudian sedikit demi sedikit belajar minum arak.

"Asalnya saya diperdaya tetapi apabila berasakan nikmatnya, saya mula sedap meneguk air haram tersebut. Langsung tiada rasa bersalah, malah makin teruja menikmatinya dengan iringan muzik dan tarian yang melalaikan," cerita Diana dengan nada tersekat-sekat.

Bertemu kekasih

Selepas hampir setahun bergelumang dengan aktiviti kelab, Diana akhirnya dipertemukan dengan seorang lelaki yang dikatakan mengambil berat tentang dirinya.

Perkenalan Diana dan Hafiq (bukan nama sebenar) diatur oleh seorang rakan.

"Saya seronok berkenalan dengan Hafiq. Sejak berkenalan dengan dia yang boleh dikategorikan berada, saya makin dimanjakan, hidup saya juga makin mewah dengan barangan yang berjenama dan mahal.

"Pernah rakan sebilik bertanya aktiviti saya, namun bagi saya rakan sebegitu hanya mahu menjaga tepi kain orang sahaja. Walau sibuk dengan teman baru, saya tidak pernah diabaikan pelajaran. Segala tugasan mampu disiapkan dan keputusan peperiksaan juga boleh dikatakan baik.

"Apapun, aktiviti luar tetap berterusan. Biasanya, setiap kali habis kuliah, Hafiq sudah menunggu saya di luar kawasan universiti dengan kereta mewahnya. Memang saya bangga apabila ada kawan-kawan yang memandang," akuinya.

Namun kegembiraan tersebut tidak lama, apabila Hafiq ditakdirkan menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya yang tragis.

Diana yang sukar menerima hakikat, semakin ligat bertunggu-tangga di kelab malam atas alasan untuk mengubati kesedihan dan kerinduan terhadap Hafiq.

Bertaubat

"Entah kenapa saya jadi begitu, langsung tidak terfikir untuk bersolat atau bertaubat selepas teman lelaki meninggal dunia. Saya semakin hanyut, lelaki silih berganti dalam hidup saya.

"Tidak perlulah saya bercerita pada kakak apa aktiviti saya secara terperinci, cukuplah saya katakan di sini bahawa kehidupan di kelab malam memang menghancurkan," ujarnya dalam nada lebih serius.

Dalam pada itu, Diana mengakui ibunya merupakan insan paling sedih dengan keadaan dirinya yang semakin tidak tentu hala.

Dia tahu setiap hari ibunya berdoa agar dirinya berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Mujurlah, segala yang berlaku tidak membuatkan Diana terkandas dalam pelajaran dan akhirnya memperoleh segulung ijazah.

"Satu petang saya mendengar azan Maghrib yang sayup di balkoni kediaman ibu saya. Ketika itu hati berasa begitu sayu dan malu kepada Allah. Saya menitiskan air mata tanpa henti. Tangisan saya jadi makin kuat dan akhirnya ditenteramkan ibu.

"Alhamdulillah pelbagai peristiwa terjadi dan membuatkan saya jatuh terduduk, namun ibu bapa saya tetap menerima saya dan masih mahu membimbing saya ke jalan yang benar.

"Kenapa saya tidak mahu bekerja mengikut kelayakan saya kerana bagi saya biarlah saya bertugas dekat dengan kediaman ibu bapa saya yang sudah tua, saya mahu menabur bakti kepada mereka dan pada masa yang sama kepada masyarakat juga.

Biarlah, walau saya memiliki ijazah
kalau inilah pekerjaan yang boleh membuatkan saya tenang, saya reda," katanya yang memilih pekerjaan tersebut kerana mahu mengenal erti kepayahan, menguji kesabaran di samping membentuk disiplin diri.

Hampir tiga bulan bekerja, Diana berjaya dinaikkan pangkat dan kini dia bukan sahaja bahagia dengan kerjayanya, malah bakal menamatkan zaman bujang bersama jodoh pilihan ibunya yang berstatus seorang ustaz.utusan
MMI

KALAU MACAM NI PUNYA POMEN,KERETA BARU BELI PUN ROSAK!!!

Pomen yang buat ramai lelaki akan terdiam seketika ! Cantik!!!

Pomen yang mesti akan buat ramai lelaki akan terdiam seketika ! 
Ini lah pertama kali admin tengok pomen yang sangat cantik. Kalau  kereta tak rosak pun ramai yang datang servis keta, kalau macam ni pomennya, hahaha!!!!






suarashiro

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui!!!


Bagi sesetengah masyarakat, pornografi mungkin merupakan bahan lucah yang sering ditemui pada zaman moden..

Namun siapa yang sangka, pornografi juga pernah wujud kira-kira 28,000 tahun yang lampau..Kalau nak tahu, meh baca cerita kat bawah ni.. 



Australia - Sebuah lukisan erotik purba telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi pada bumbung gua di sebuah gurun berdekatan Arnhem Land, Australia Utara. 

Ahli arkeologi, Byrce Barker yang juga merupakan seorang profesor dari University of Southern Queensland mengatakan lukisan yang serupa juga pernah ditemui di Gua Chauvet, Perancis dan gua-gua di Sepanyol utara yang mempunyai usia yang lebih tua iaitu kira-kira 30,000 tahun hingga 40,000 tahun. 

"Apa yang membuatkan ia kelihatan unik adalah kerana ia dilukis pada arang, di mana tarikhnya mudah diperolehi," kata Barker seperti yang dikutip oleh Time of India. 

Gambar erotik tersebut telah dilukis disebuah kawasan berbatu besar bernama Narwala Gabarnmang, di mana keseluruhan tiang dan bahagian bawah batu tersebut mempunyai lukisan gua zaman purba. 

Satu-satunya jalan masuk ke kawasan tersebut adalah dengan menggunakan helikopter iaitu kira-kira 90 minit perjalanan dari bandar pedalaman Katherine. Lukisan tersebut kelihatan amat sederhana berdasarkan cat yang hanya menggunakan warna merah dan putih sahaja. 

Namun, ia jelas menunjukkan imej seseorang sedang bersetubuh. Selain itu, gambar erotik berkenaan tidak hanya menunjukkan satu imej sahaja, malah masyarakat purba pada ketika itu telah membuat satu cerita tentang seks hasil daripada rangkaian gambar-gambar tersebut. 

Kali pertama ahli arkeologi dibawa ke tempat tersebut adalah kira-kira 5 tahun yang lalu oleh penjaga kawasan terbabit. Ia bertujuan untuk menunjukkan hasil seni purba yang terdapat di situ dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia sejarah lukisan berkenaan. 

"Kami baru sahaja menggali sebahagian kecil dari kawasan tersebut dan berharap untuk menemui lebih banyak hasil seni purba yang berusia lebih daripada 28,000 tahun di sini," ujar Barker lagi. Sumber: Inilah.com 










Pelancong Jepun Terkejut Lihat Burger Benjo Di Malaysia!!!











Seorang pelancong dari Jepun menceritakan kembali ketika beliau berada di Bandaraya Kuala Lumpur yang agak terkejut melihat menu di sebuah papan iklan gerai burger dan beliau tertarik untuk mencubanya.

Beliau menceritakan, di suatu hari ketika berjalan-jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dengan perut kosong, beliau menjumpai sebuah gerai burger. 

Memandangkan beliau terbang melakukan perjalan ke Malaysia khusus untuk pengalaman yang eksotik, jadi beliau memutuskan untuk memakan hamburger walaupun ianya membosankan. 

Walau bagaimanapun, beliau tertarik pada satu perkataan di papan menu yang membuatkan matanya terpaku. 

Perkataan itu ialah "Benjo". "Benjo" bermaksud "Toilet" di Jepun, jadi beliau bertanyakan kepada tauke gerai mengenai perkataan "Benjo" apa yang beliau lihat di papan iklan itu. 

Ya, ia sememangnya "Benjo". Harganya adalah 1.80 ringgit Malaysia (kira-kira AS $ 0.60), kira-kira separuh harga hamburger mereka. 

Beliau tertanya-tanya jika itu adalah semata-mata harga yang mereka kenakan untuk penggunaan bilik mandi mereka,Ia seolah-olah terlalu mahal, memandangkan kos hamburger mereka. 

Beliau berdiri untuk beberapa minit memutuskan sama ada beliau perlu bersusah payah mencari jawapan itu. 

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk mencubanya, "Satu Benjo, sila", kata beliau. Bukan menjawab dengan jangkaan, beliau menceritakan bagaimana telur "Benjo" dibuat di dalam acuan cincin di panggangan, ditambah beberapa kubis dan sos pedas Asia yang dipanggil sambal. 

Akhirnya, "Benjo" diapit dengan roti biasa. Ia adalah sandwic yang mudah, tetapi cukup lazat. Itu adalah Benjo saya, Jelas beliau. 


Di akhir cerita, beliau mengatakan "Anda perlu berhati-hati apabila anda mengembara di Malaysia. 

Jika anda secara tidak sengaja bertanyakan "Benjo" (dalam bahasa jepun " tandas") untuk menggunakan bilik air, seseorang mungkin membuat anda menunggu dan kemudian memberikan anda sandwich telur hangat. -penamerah.

Lantai Mozek Berusia 2000 Tahun Di Turkey!!!




Turkey Has Uncovered These 2,000 Year Old Mosaics. 
These mosaics in Turkey were buried because of 
flooding but they’ve finally been uncovered and 
they look incredible.





























Saturday, 29 November 2014

JANJI TETAP JANJI!!! JANGAN LUPA PADA JANJI!!!


Dari Blog Parlimen81.


Mane Kampus Universiti di Jerantut ?



Admin p81 masih ternanti-nanti bilakah iklan seperti berikut akan terpapar di dada akhbar bagi mengiklankan sebuah projek kerjasama swasta dan kerajaan bagi membina sebuah kampus dan penempatan pelajar yang boleh menampung 5000 pelajar pada satu satu   masa di daerah Jerantut.


Dah beberapa kali p81 menasihati ahli parlimen, ahli politik melalui blog ini supaya seat down dengan pegawai daerah dan kakitangan kerajaan yang lain untuk reservekan sekurang-kurangnya 50-100 ekar tanah bagi tujuan hub pendidikan ini.

http://parlimen81.blogspot.com/2010/12/tanah-di-perlukan-luas-50-hingga-100.html?m=1

Bila tanah dah direservekan barulah pergi memanjat  pejabat-pejabat canselor seluruh negara bagi menawarkan tanah tersebut untuk dibangunkan sebagai kampus cawangan mereka . 

Kemudian bantu canselor dengan memanjat pula pejabat kementerian pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dan kewangan bagi merealisasikan impian itu ..... 

Ayuhhhh ahli parlimen, realisasikan impian rakyat jerantut ini . Yang penting reservekan tanah dulu .... 

Kalau perlu ambil ladang sawit atas tapak lapangan terbang di Temin itu ayuhhh persilakan ...  

Cuba rakyat jerantut bayangkan 5000 buying power dan 5000 pelajar pintar yg akan berada dalam masyarakat jerantut setiap hari... 

Bayangkan peniaga-peniaga yang sibuk menguruskan keperluan harian pelajar ini. Bayangkan rangsangan ekonomi yang akan terjadi di Jerantut .

p81 dapat bayangkan pertumbuhan ekonomi Raub dalam tahun 2016 dan seteruskan akan lebih hebat dari Jerantut . Sebab apa ? 

3000 student baru kampus UiTM Raub akan mula membanjiri bandar Raub pada suku ketiga dan keempat tahun 2015 nanti....

Cepatlah bertindak wahai ahli parlimen Jerantut!!!

WANITA SEKSI JADI UMPAN!!!

Terpedaya Diumpan Wanita Seksi.

 


Bahaya! Bahaya! Bahaya!
 
Haa..tu la yg mampu aku perkatakan..Wanita berpakaian seksi mengumpan lelaki balik ke rumah.. 

Kejadian ni boleh berlaku di mana-mana. Lelaki yang terpedaya akan mengikut wanita itu balik ke rumah. 

Apabila sampai di rumah wanita itu, dalam 5 minit 2 orang lelaki yang bersenjatakan parang dan pisau akan masuk ke rumah itu. 

Seorang daripadanya mengaku yang wanita itu isterinya dan menuduh lelaki terbabit menceroboh rumahnya. 

Untuk tebus kesalahan, lelaki terbabit meminta lelaki malang itu menyerahkan semua wang dan barang berharga.

Kira kes peras ugut la ni..Tapi dengan cara mengumpan Wanita seksi.. Macam-macam..

Kalau dia tak mencederakan kira bernasib baik la..Berhati-hatilah wahai lelaki di luar sana..jangan cepat terpedaya.. 

Bahaya...!!!!

Friday, 28 November 2014

BIARKAN SAJA,LARANG PUN DIA TETAP NAK JUGA!!!


RATU CANTIK ISLAM YANG DILARANG 

BERTANDING MISS WORLD MALAYSIA 

TAHUN LALU KINI BERTANDING DI FILIPINA.



Kecoh seketika tahun lalu apabila empat gadis 
Islam jadi finalis Miss World 2013 (gambar) 
dilarang oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) daripada mengikuti pertandingan untuk memilih wakil Malaysia 
ke Miss World 2013 yang di adakan di Indonesia. Mereka boleh didenda RM3,000 atau 2 tahun 
penjara.

(Ketika menjadi finalis Miss World Malaysia 
tahun lalu)

Kini salah seorang daripada finalis itu iaitu 
Miera Sheikh mewakili Malaysia ke Mister 
and Miss Diversity Culture International 2014 
bersama tiga peserta lain yang diadakan 
di Manila.



Ini merupakan gambar mereka daripada 
acara swimwear competition.





Sumber: Miss Malaysia Pageant Fb

Untuk info tambahan, Dewi Liana bekas 
Mentor (protege Lisa Hanim) kini berada 
di London mewakili Malaysia ke Miss 
World 2014. Dewi memenangi pertandingan 
Miss World Malaysia 2014 Ogos lalu.

FAHAMI JIHAD SEBENAR!!! BUKAN MAIN DENGAR-DENGAR!!!







Banyak perkara lain yang jauh LEBIH BERMANFAAT 
di lakukan di dalam negara Malaysia ini sendiri JIKA 
DI BANDINGKAN dengan menyertai perjuangan IS 
atau ISIS yang agak KELAM matlamat perjuangan 
mereka!


Sebagai contohnya:



(1)Membenteraskan dakyah Communist Malaya yang 

kelihatan di wujudkan semula dewasa ini sepatutnya 
yang lebih afdal di laksanakan terlebih dahulu.


(2)Menghapuskan fahaman Syiah, Qaddiani melampau, 

Ahmaddyah serta Militan IS sepatutnya yang lebih 
afdal di laksanakan terlebih dahulu.


(3)Melunturkan sokongan kepada LGBT, Libralisma, 

penggunaan kalimah Allah oleh puak kristian DAP 
Malaysia sepatutnya yang lebih afdal di laksanakan 
terlebih dahulu ?


(4)Menuntut ilmu fardu Ain serta melaksanakan 

tuntutan fardu Kifayah di mukim/daerah tempat 
tinggal masing-masing sepatutnya yang lebih 
afdal dilaksanakan terlebih dahulu.


*** Yang sebenarnya inilah di antara JIHAD yang 

baru mendatang yang perlu di laksanakan oleh 
seluruh umat Islam di Malaysia ini. 


BUKANNYA pergi membunuh diri berperang di 
Syria atau di Iraq!


 Perkuatkan pegangan tauhid Ahli Sunah wal 
jamaah Dan tasawuf agar Islam bertambah kuat.