Tuesday 26 January 2016

Ayah dan Ibu Rasulullah, Muslim atau Kafir?




Ada orang  menyatakan bahawa Ayah dan Ibu Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah muslim. Bahkan ia mengatakan, orang yang meyakini keduanya meninggal sebagai musyrik dan kafir terancam akidahnya. Betul ke kenyataan tersebut???


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya.

Kedua orang tua Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bernama Abdullah dan Aminah. Keduanya meninggal sebagai musyrik sehingga Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dilarang memintakan ampun dan memohonkan rahmat untuk keduanya.

Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, berkata: 


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menziarahi kubur ibunya, lalu beliau menangis sehingga orang-orang yang ada di sekitar beliau-pun ikut menangis. Kerananya beliau bersabda, 


“Aku telah meminta izin kepada Rabb-ku untuk saya beristighfar (memintakan ampun) baginya, namun Dia tidak mengizinkan. Dan aku meminta izin untuk menziarahi (mengunjungi) kuburnya, maka Dia mengizinkan untukku. Kerananya, lakukan ziarah kubur, sebab hal itu boleh mengingatkan kepada kematian.”

Dalam riwayat lain yang disebutkan dalam Tafsir Ibnu Katsir, dari hadits Ibnu Mas’ud bahawa kisah ini menjadi sebab turunnya firman Allah,


 مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam.” (QS. Al-Taubah: 113)


Dan Baginda shallallahu 'alaihi wasallam mengutarakan bahawa kesedihan ini merupakan naluri sayang seorang anak terhadap orang tuanya. (Lihat: Al-Hakim dalam Mustadrak: 2/336 beliau mengatakan, “Shahih sesuai syarat keduanya –Bukhari dan Muslim-; Al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwah: 1/189)

Dan terdapat tambahan keterangan dalam al-Mu’jam al-Kabir milik al-Thabrani rahimahullaah, bahawa Jibril 'alaihis salam berkata kepada beliau,


فَتَبَرَّأَ أَنْتَ مِنْ أُمِّكَ، كَمَا تَبَرَّأَ إِبْرَاهِيمُ مِنْ أَبِيهِ

Berlepas dirilah engkau dari ibumu sebagaimana Ibrahim berlepas diri dari bapaknya.” 


(Lihat juga Tafsir Ibni Katsir dalam menafsirkan QS. Al-Taubah: 113-114)


Maka sangat jelas status Aminah (ibunda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam), meninggal di luar Islam dan berada di neraka.


Sedangkan riwayat yang menunjukkan bahawa ayah beliau (Abdullah) meninggal sebagai musyrik dan berada di neraka adalah hadits yang diriwayatkan Muslim dari Anas: 


Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, “Di manakah bapakku?” Beliau menjawab, “Di neraka.” Maka ketika ia berbalik, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memanggilnya dan bersabda:

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Sesungguhnya bapakku dan bapakmu berada di neraka.


Hadits ini menunjukkan bahawa ayah beliau meninggal sebagai orang kafir. Dan siapa yang meninggal di atas kekafiran maka dia di neraka, hubungan kekerabatan tidak berguna dan tidak boleh menyelamatkannya. (Lihat: Syarah Shahih Muslim, Imam al-Nawawi: no. 302)


Maka hadits-hadits yang shahih di atas sangat jelas menyebutkan bahawa kedua orang tua Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meninggal sebagai musyrik dan kafir, keduanya berada di neraka. Kenabian dan kerasulan beliau tidak boleh menyelamatkan keduanya dari neraka sehingga dilarang memintakan ampun untuk keduanya. Kerana itu kita wajib meyakini khabar-khabar yang berasal dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ini dan membenarkannya.


Adapun hujah-hujah yang dijadikan sandaran orang yang berpendapat keduanya adalah mukmin dan meninggal di atas Islam sehingga mereka berada di syurga adalah hujah yang lemah yang bertentangan dengan hadits-hadits shahih yang telah disebutkan di atas.


Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah menyebutkan beberapa hadits yang mereka jadikan sandaran, namun beliau menyatakan hadits tersebut sebagai hadits gharib/asing dan konteksnya sangat aneh. 


Dan hadits yang paling aneh dan mungkar adalah apa yang diriwayatkan al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Saabiq wa al-Laahiq dengan sanad yang majhul, dari ‘Aisyah dalam sebuah kisah bahawa Allah telah menghidupkan ibunya, lalu ia beriman kemudian kembali meninggal. (Ditinjau dari sanadnya, hadits ini dhaif sehingga tidak boleh dijadikan sandaran keyakinan. Ditambah lagi dia bertentangan dengan hadits Muslim yang shahih di atas).

Keterangan serupa juga diriwayatkan al-Suhaili dalam al-Raudh, dengan sanad yang di dalamnya terdapat sekumpulan perawi yang majhul (tidak dikenal): 


“Bahawa Allah telah menghidupkan kembali bapak dan ibunya, lalu keduanya beriman.”

Al-Hafidz Ibnu Dahiyyah mengatakan, “Hadits ini adalah maudhu’ (palsu), Al-Qur’an dan sunnah telah membantahnya.” Lalu beliau menyebutkan firman Allah Ta’ala,


وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآَنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ


Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang" Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran.” (QS. Al-Nisa’: 18)


Imam al-Qurthubi mengingkari kesimpulan Ibnu Dahiyah di atas, bahawa secara syar’i dan ‘aqli memungkinkan Allah untuk menghidupkan lagi keduanya. 


Beliau berpendapat, kehidupan ini adalah kehidupan yang baru sebagaimana kembalinya matahari setelah terbenam sehingga  boleh melaksanakan shalat ‘Ashar. Beliau juga menguatkan kesimpulannya dengan keterangan yang pernah beliau dengar bahawa Allah menghidupkan kembali pak saudara Nabi (Abu Thalib), lalu dia beriman kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam


Namun, pendapat ini (yang beliau sebutkan dalam al-Tadzkirah, hal. 17) adalah tidak benar dan bertentangan dengan hadits shahih riwayat Muslim dari Anas di atas yang menyebutkan bahawa bapaknya berada di neraka dan juga hadits yang melarang beliau dari memintakan ampun untuk ibunya.

Sedangkan pendapat beliau, pernah mendengar keterangan bahawa Allah menghidupkan kembali  Abu Thalib, adalah jauh dari benar. Kerana di dalam Shahih al-Bukhari, dari hadits Abu Sa’id disebutkan, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memberikan syafaat untuknya di sisi Allah sementara dia (Abu Thalib) berada di neraka dengan dijadikan bara api di bawah telapak kakinya seketika itu otaknya mendidih. 

Dan dalam Shahihain disebutkan, dari Al-Nu’man bin Basyir radhiyallahu 'anhu secara marfu’, Bahawa penghuni neraka yang paling ringan siksanya adalah Abu Thalib, yakni di bawah telapak kakinya diletakkan bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Kalau begini keadaan Abu Thalib, bagaimana boleh ia disebut beriman?. Wallahu a’lam.


Penutup

Dari huraian di atas, ada beberapa point yang boleh di simpulkan, sebagai berikut:

1. Larangan Allah terhadap Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam untuk memintakan ampun bagi ibunya, kerana ibunya meninggal di atas kekufuran sehingga jelas tempat tinggalnya di neraka. Begitu juga beliau dilarang memintakan ampun untuk bapaknya, kerana dia juga meninggal di atas kekafiran dan bertempat di neraka.

2. Status keduanya yang kafir dan musyrik disandarkan kepada riwayat-riwayat yang shahih, salah satunya yang disebutkan Imam Muslim dalam Shahihnya.

3. Pendapat orang yang mengatakan bahawa bapak-ibu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang berada di neraka dinasakh (dihapus) dengan hadits ‘Aisyah yang diriwayatkan al-Khatib, tidak dapat diterima. Kerana hadits tersebut dhaif dan juga bertentangan dengan hadits shahih lainnya.

4. Pendapat yang mengatakan bahawa ayah-ibu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berada di syurga bertentangan dengan sunnah shahihah yang sangat jelas dan nyata yang menerangkan keduanya berada di neraka dan tidak boleh dimohonkan ampun untuk keduanya. Wallahu Ta’ala a’lam.

5. Kerana itu, siapa yang mengatakan bahawa keduanya sebagai orang kafir atau musyrik sehingga tempat tinggal mereka di neraka telah sesuai dengan dalil-dalil shahih. 


Maka orang yang menuduh orang yang memiliki keyakinan seperti ini sebagai orang yang lancang terhadap Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan akidahnya terancam dan batal adalah tuduhan orang bodoh dan jahil. Tuduhannya tidak perlu diperhitungkan kerana bertentangan dengan hadits shahih.

6. Disarankan kepada orang yang memiliki keyakinan bahawa kedua orang tua Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang mukmin agar segera bertaubat, kerana pendapatnya bertentangan dengan dalil-dalil shahih dan berlawanan dengan pendapat para ulama. (PurWD/voa-islam.com)
Oleh: Ust. Badrul Tamam

7 comments:

Anonymous said...

Jadi agama apa yang patut ibubapa Nabi anuti. Agama Alhli Kitab ke.

Anonymous said...

berdasarkan dalil hadis dan qur'an ternyata mereka berdua tidak menganut agama samawi (ahli kitab).mungkin termasuk dalam kalangan tak sampai seru.itu akan ditentukan oleh Allah sahaja.

Anonymous said...

Anak Nabi Nuh a.s. yg tak ikut ajaran Nabi Nuh a.s. pun Tuhan sebut "ghaira soleh", ust yg terlbh alim ni sedap dia jer sebut kafirlah, musyriklah.
Kat ayat mana, hadis mana yg terang jelas, mak ayah Nabi saw tu disebut sbg kafir atau musyrik ? Kalau disebut "finnar", manusia mana yg tak masuk neraka ? Cer semak tafsir ayat 71 surah Maryam.
Yg tak Islam, tak semestinya kafir, bahkan yg tak sampai seru, belum ada dakwah Islam, serah ajer kpd Tuhan, full stop.

Anonymous said...

apalah kau ni.carilah sendiri ayat dan hadis tu.kau akan jumpa.hadis dalam artikel ni pun kau tak faham akan kejelasan isu sebenar.macam tak menerima hadis kau ni. yang tak islam mestilah kafir!bukak surah ankabut,surah naml dan beberapa surah bersebelah dengan surah2 ni,banyak dinyatakan kafir akan masuk neraka melainkan kalau dapat rahmat allah.ustaz ni bukan terlebih alim tetapi dia lebih banyak mengkaji berbanding dengan kau.

Anonymous said...

Dari Ibnu Mas'ud radliyallaahu anhu ia berkata : Datang dua orang anak laki-laki Mulaikah – mereka berdua dari kalangan Anshar – lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu kami semasa hidupnya memelihara onta dan memuliakan tamu. Dia dibunuh di jaman Jahiliyyah. Dimana ibu kami sekarang berada?" Maka baginda shallallaahu alaihi wasallam menjawab: "Di neraka" Lalu mereka berdiri dan merasa berat mendengar perkataan baginda. Lalu Rasulullah shallallaahu alaihi wasallam memanggil keduanya lalu berkata: "Bukankah ibuku bersama ibu kalian berdua (di neraka) ?" [Lihat Tafsir Ad-Durrul-Mantsur juz 4 halaman 298 – Diriwayatkan oleh Ahmad no. 3787, Thabarani dalam Al-Kabiir 10/98-99 no. 10017, Al-Bazzar 4/175 no. 3478,shahih].

Anonymous said...

Kena berakhlak dgn Nabi saw. Ungkapan ungkapan yg menyinggong atau yg menyedihkan peribadi Baginda saw harus dielakkan. Nabi saw sendiri begitu berakhlak menyantuni umatnya utk tidak menyinggong umatnya yg merasa sedih bila diberitahu, ayah atau ibunya di Neraka, mk utk menenangkan yg bertanya, Baginda saw menambah, ayah dan ibu Baginda saw juga sedemikian.

Anonymous said...

Kafir bila bersikap "aba was takbara" enggan dan angkuh, tidak menerima, menolak utk patuh terhdp Kebenaran, terhdp ajaran Islam, terhdp perintah Tuhan.

Syirik pula, bila Allah swt disekutukan pd Dzat, Sifat atau PerbuatanNya.

Ada ke nas sahih kedua ibubapa Nabi saw melakukan kedua perkara di atas ?

Dan Tuhan tidak mengazab sesuatu kaum hingga diutuskanNya rasul.

Ungkapan "finnar" pula diterjemah sbg di Neraka atau berada di Neraka. Berada di Neraka tidak semestinya menjadi ahlinya, sbgmn seseorg yg berada di penjara tidak semestinya seorg banduan yg menjadi ahli atau penghuni penjara berkenaan. Berdasarkan tafsiran ayat 19:71, semua org akan berada di Neraka, tanpa pengecualian, tp tak semua menjadi ahlinya, yg diazab di dlmnya.

WaAllahu'alam !