Friday, 22 January 2016

Keturunan Dari Isteri Ke 3 NABI Ibrahim, Keturah.


Menurut sebuah manuskrip kuno, bangsa Melayu 
berasal dari keturunan Nabi 
Ibrahim dengan isteri 
ketiga beliau bernama Siti Qatura/Keturah.


Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah 
merayu Nabi Ibrahim a.s.
untuk berkahwin dengan 
ibu angkat baginda dari kerajaan Champa Kuno 
(bukan
Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan 
berkahwin dengan Siti 
Keturah dan telah dikurniakan Allah 6 orang anak:

- Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah 
menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.

Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa 
asas Keturah). Nama ini 
sama dengan nama yang 
tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph
Olssen. 

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang 
ramai tinggal di 
Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, 
Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat
ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari
tulisan Semitik Purba. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan
Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. 
Agama rasmi Melayu adalah 
agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Penggalian di sebuah
daerah di Jordan menemukan kota purba yang 
bernama Jawi/Jawa.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah 
adalah daripada bangsa Mala. Melayu adalah bangsa Mala yang mempunyai darah
keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Semua bangsa seperti Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya 
adalah merupakan bangsa 
asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini
menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu 
kerajaan purba yang sedia ada 
di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.

Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu 
pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese
(Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah 
moden orang-orang Barat hanya 
sampai di dunia 
sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan
Portugis seperti Magellan? 

Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling
misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat 
sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani,
sebahagiannya dari era Firaun kuno.

Suku kaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam 
kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi 
telah 
mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba 
Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan Parsi-India,lebih utara
dari Bactria.

Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di 
mana kaum Kambuja 
berasal.

Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum 
Aryan ini sehingga ke inkripsi 
purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan diraja.

Kambujiya 
adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah 
Cambyses. Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja 
Parsi dalam dinasti Achaemenid.

Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea)
telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.

Lihat puzzle setakat ini:
Keturah,
Nabi Ibrahim,
Jawi,
Cambyses
Kambuja
Scythia
Manessah
Mala
Malai
Mada
Mada-yu
Mala
Mala-yu

Siapakah The Lost Tribe of Mala? Apa kaitan The Lost Tribe of Israel
(Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala? 

Apakah 
yg berlaku antara bangsa Melayu dan Yahudi 2,000 tahun sebelum masehi? 

Jika 
Red Indian dan Tanah Amerika bukan 'The 
Promised Land' jadi dimanakah 'The 
Promised Land' sebenar?

"Menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam 
terkenal, bangsa Melayu 
dikatakan berasal dari 
keturunan Nabi lbrahim a.s. 

Bangsa Melayu, menurut 
beliau, ialah Bani Jawi, 
iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang
ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari 
keturunan Qatura ini, baginda 
telah memerintah
kan agar berpindah ke timur dengan memberikan
bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup 
baru, maka mereka pun 
meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur. 

Dikatakan bahawa Nabi 
Ibrahim a.s, itu melahirkan 
tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa
Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s, kedua ialah bangsa Israel dari 
keturunan Ishak a.s, dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari 
keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. 

Sejak dari zaman 
dahulu lagi orang-orang Arab 
memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai
Tanah Jawi. Bani itu bererti anak-anak atau 
keturunan, sebagaimana juga nama 
Bani Lavi 
(Levi) dari puak Israel (ibid)."



Yahudi yang mengenal Qatirah
Tertulis di 2 Chronicles 32
New International Version (NIV):
"Now the sons of Keturah, Abraham's concubine: she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Sekarang anak Keturah, isteri Abraham: dia melahirkan Zimran, dan Jokshan, dan Medan, dan Midian, dan Ishbak, dan Shuah. Dan anak dari Jokshan; Sheba, dan Dedan)

Pernikahan antara Nabi Ibrahim As dan Qanthura tidak seperti pernikahan Nabi Ibrahiim dengan Hajar dan Sarah yang merupakan suatu hal yang pasti dalam sejarah. Namun pada sebahagian literature terdapat beberapa hal yang akan di singgung dalam tiga point :

    1. Sesuai dengan nukilan dari sebahagian orang Nabi Ibrahim memiliki delapan putera. Ismail adalah putra Hajar Qibti, Ishaq berasal dari ibunya Sarah dan enam putra lainnya yang merupakan anak-anak dari Qanthura binti Yaqthan Kan’ani yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim As pasca wafatnya Sarah. Adapun nama keenam putra Ibrahim dari Qanthura ini adalah sebagai berikut: Madyan, Madain, Zamran, Yaqsyan (Yahsyan), Yasbaq dan Nukh.[1]

  2. Penulis kitab Anwâr al-Masyâriq berkata, “Akar keturunan orang-orang berbahasa Turki adalah berasal dari anak-anak Qanthura. Ia merupakan kaniz (budak) Nabi Ibrahim As dan melahirkan anak-anak yang di antaranya adalah orang-orang Turki sebagai keturunannya.[2]

 3. Allamah Majlisi berkata, “Disebutkan bahwa Qanthura adalah budak Nabi Ibrahim al-Khalil yang melahirkan anak-anak. Di antara anak-anak tersebut adalah orang-orang Turki dan Cina sebagai keturunannya.”[3]

Patut untuk diketahui bahawa sekali pun secara lahir terdapat perbedaan antara riwayat pertama dan ketiga namun dengan sedikit meneliti persoalan ini maka akan menjadi jelas bahawa tidak terdapat perbedaan di antara dua riwayat tersebut. Kerana boleh jadi Qanthura tadinya adalah budak Nabi Ibrahim As kemudian dinikahi olehnya.


[1]. Ismail Haqqi Burusuwi, Tafsir Ruh al-Bayân, jil. 1, hal. 238, Dar al-Fikr, Beirut.  
[2]Ibid, jil. 5, hal. 297.  
[3]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 18, hal. 114, Muasssah al-Wafa, Beirut, 1404 H.  

No comments: