Friday, 8 January 2016

Ramalan Nostradamus Tentang Akhir Zaman-Imam Mahadi.



Ramalan Peramal-Peramal Terkemuka

Selain daripada keterangan dari setiap agama besar 
di dunia ini, terdapat pula sekumpulan peramal yang 
terkenal di dunia yang turut meramalkan kedatangan 
Imam Mahdi atau seorang pemimpin yang bertaraf 
dunia, yang akan turun untuk menjalankan pemerintahan 
yang sangat adil, pada zaman ini, pada abad ini, kurun 
ini dan alaf ini.

Memang meramal sesuatu ramalan adalah sesuatu yang 
buruk, boleh mendatangkan impak besar kepada akidah 
kita.

Namun ramalan yang bertepatan maksudnya dengan 
perkhabaran hadis-hadis, berita-berita dari asar para 
sahabat r.a, kasyaf para wali dan firasat para mukmin 
tidak salah jika disebutkan kerana keterangan mereka 
ini sebenarnya membantu menjelaskan lagi maksud 
hadis-hadis, asar-asar, kasyaf-kasyaf dan firasat-firasat 
itu. Hal ini sebenarnya tidak menjejaskan iman kita jika 
betul cara dan tempatnya.

Sebahagian mereka ini adalah peramal semata-mata, 
manakala sebahagian lagi adalah orang-orang besar 
bagi agama masing-masing, yang telah mencapai taraf 
kasyaf pula, iaitu menurut pandangan agama mereka.

Antara peramal yang bertaraf antarabangsa yang amat 
terkenal pada hari ini adalah Michel de Nostredame atau 
Nostradamus, suatu nama yang hampir sudah tidak perlu 
diperkenalkan lagi, kerana sudah begitu terkenalnya. 

Ramalan-ramalannya sudah umum tersebar dan bukan 
sedikit pula yang sudah menjadi kenyataan. Antara 
ramalannya yang amat menggoncangkan dunia Barat 
ialah bahawa seorang pemimpin baru bertaraf dunia 
akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada 
alaf baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian – 
Eropah.

Ramalannya bahawa seorang pemimpin baru beragama 
Islam akan muncul dan seterusnya menguasai seluruh 
dunia adalah berdasarkan ramalan beliau seperti berikut :
——————————————————————
In the year 1999 and seven months
from the sky will come the great King of Terror.
He will bring back to life the King of the Mongols;
Before and after, war reigns.
——————————————————————
Pada tahun 1999, bulan tujuh
dari langit akan turun seorang Raja Agung.
Dia akan menghidupkan kembali Khalifah
sejak itu dan seterusnya, perang meletus.
——————————————————————-
Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah 
negara di sebelah Timur bukan di negara Arab atau 
di sebelah Barat, berdasarkan ramalan berikut:
——————————————————————-
From the three water signs (seas) will be born a man
Who will celebrate Thursday as his feast day
His renown, praise, reign, and power will grow
On land and sea, bringing trouble to the East
——————————————————————-
Dari pertemuan tiga laut, akan lahir seorang lelaki
Yang merayakan hari Khamis Namanya, kemuliaan, 
jajahan dan kuasanya naik Di darat dan laut, 
menggoncangkan seluruh Timur.
* Pertemuan tiga laut itu mungkinkah bermaksud 
sebuah SEMENANJUNG?
——————————————————————
Pemimpin berkenaan akan memimpin pasukan 
tenteranya yang besar jumlahnya untuk menyerang 
dan menakluki Eropah, dan dibantu oleh seluruh 
umat Islam.
——————————————————————-
One who the infernal gods of Hannibal
Will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nors the newspapers tell of worse 
in the past Then will come to the Romans through 
Babel (Iraq)
——————————————————————-
Dialah dewa pembunuh manusia
Membangkitkan ketakutan kepada manusia
Tidak terbayangkan sebelumnya kengerian ini
Kemudian mendatangi Barat melalui Iraq.
——————————————————————
* Mungkin ini sebabnya para pembuat dasar Amerika 
[Yahudi] beria2 menakluk Iraq dan berkubu di situ 
kerana diprekdisikan bahawa Eropah serta dunia Kristian 
akan mula diserang di situ.
Pemimpin berkenaan memerangi, mengalahkan dan 
memasuki Eropah dengan memakai serban biru, 
membawa undang-undang Islam untuk diamalkan 
seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah 
yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian 
dan Yahudi.
——————————————————————
This King will enter Europe wearing a blue turban,
He is one that shall cause the infernal gods of Hannibal 
to live again
He will be the terror of mankind
Never more horror
——————————————————————-
Raja ini memasuki Eropah memakai serban biru
Dia menjadi dewa pembunuh seluruh manusia
Dia menakutkan seluruh kemanusiaan (sikafir)
Tiada lagi yang lebih menakutkan.

——————————————————————–
Anak murid Wali Songo yang amat terkenal di Pulau 
Jawa, Sabdopalon, turut menyebutkan bahawa Imam 
Mahdi akan dibaiat oleh sembilan tokoh Wali Ghausul 
Alam yang diketuai oleh seseorang dari Malaysia yang 
disebutkan sebagai Syeikh Malaya. 

Beliau menyebutkan bahawa:

“Imam Mahdi datang dengan pakaian serba putih 
dibantu oleh Rijalu’llah Ghaib atau juga disebut Wali 
Ghosul’alam sembilan yang di antaranya adalah Seh 
Malaya yang turun dari tanah Arab.”

Salah seorang Wali Songo iaitu Sunan Gunung Jati, 
turut membuat ramalan berdasarkan kasyaf dari Allah 
bahawa kebangkitan Islam kali kedua ini akan dipimpin 
oleh seorang tokoh yang memakai serban. 

Dia dikatakan amat berpegang teguh pada sorban 
kanjeng (ekor serban) Nabi Muhammad s.a.w. Yang 
dimaksudkan dengan sorban kanjeng itu adalah 
pemimpin umat yang terakhir, sesuai dengan kedudukan 
ekor serban yang terletak di hujung sekali. 

Sorban kanjeng juga bermaksud mengikut benar-benar 
setiap sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah 
s.a.w. semasa hayatnya dahulu.

Peramal dari Jawa yang disebut sebagai Pangeran Wijil, 
yang mengarang Kitab Rangka Jayabaya, turut 
membuat ramalan bahawa pemimpin yang dimaksudkan 
itu lahir di Makkah, memakai serban yang berlambang 
bunga tujuh cabang, orangnya selalu kesandung kesampar. 

Dia tidak pernah diduga akan menjadi pemimpin umat 
manusia pada suatu hari nanti. Dikatakan lebih lanjut 
lagi bahawa sebelum raja baru ini muncul akan berlaku 
huru-hara dan kerusuhan. Dan raja itulah yang akan 
menjadi orang tengah atau pengaman di antara pihak 
yang bergaduh itu.

Tanpa diduga-duga, orang ramai pun bersetuju 
melantiknya sebagai pemimpin mereka kerana 
jasanya yang amat besar itu dan keupayaannya 
yang menakjubkan itu.
Link :
Kemunculan Penyelamat Islam, Barat diambang 
KETAKUTAN!TAKE A BREAK! With NoStRaDamUS
Dicatat oleh 

No comments: