Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengendalikan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.
"Berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwaraya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan perdana menteri berkait ketiga-tiga kertas siasatan.
"Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan ditutup," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.
Rasuah, suapan? Tiada keterangan
Berhubung kertas siasatan berkaitan dana RM2.6bilion, Apandi berpuas hati dengan keterangan saksi dan dokumen sokongan yang menunjukkan wang dimasukkan merupakan sumbangan peribadi.
Sumbangan peribadi itu jelasnya daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada anggota parlimen Pekan itu (gambar) tanpa apa-apa balasan.
Malah, katanya, tiada keterangan yang menunjukkan bahawa sumbangan itu berbentuk suapan dan diberi secara rasuah.
"Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah satu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.
"Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai perdana menteri.
"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan itu diberi kepada perdana menteri secara peribadi," katanya.
"Tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan banyuan bersama dalam perkara jenayah kepada mana-mana negara asing bagi tujuan melengkapkan siasatan jenayah yang dijalankan oleh SPRM memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana tersebut," jelasnya lagi.
Sebelum ini, dua kes yang melibatkan RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank Najib dan tuduhan RM42 juta disalurkan daripada SRC International ke akaun perdana menteri itu disiasat oleh SPRM.
Kertas siasatan itu kemudiannya diserahkan kepada peguam negara.
Sebelum ini juga, Najib dilaporkan berkata RM2.6 bilion itu merupakan derma politik yang diterima daripada pelbagai sumber, tetapi enggan mendedahkan penderma berkenaan.
5 comments:
Tolong tunjuk bukti penderma 2.6 billion.
Baru kami caya.
he.. he..
Jika tidak rakyat tak percaya.
Buktikan dengan bukti bergambar admin.
Barulah rakyat caya sama Najib.
tolong tunjuk bukti najib curi duit 1mdb,sec dan bagai.baru rakyat percaya dia menyeleweng.
he he he....
jika tidak rakyat tak percaya.buktikan dengan bukti dokumen.baru rakyat percaya sama pembangkang.pelik juga ye,orang yang menuduh tapi tak ada bukti sahih,sebaliknya tertuduh kena tunjuk bukti yang dia tak buat.macam polis tangkap suspek perompaklah,polis tak ada bukti sebaliknya suruh suspek perompak buktikan dia tidak merompak.apa punya bodohlah pemikiran manusia macam ni.kahkahkahkahkhakah!
Pening.. pening...
Peguam Negara buat keputusan Najib tidak bersalah.
Sepatutnya Hakim yang memutuskan bahawa Najib bersalah atau tidak.
Dunia sudah pening.
hakim hanya boleh buat keputusan kalau bawak ke mahkamah!kalau peguam negara tak ada frima facie untuk dakwa ke mahkamah kerana tak ada bukti kukuh dan meyakinkan macam mana peguam negara nak dakwa ke mahkamah untuk di selesaikan oleh hakim.peguam negara tak kata najib tak bersalah.peguam negara kata najib tak ada bukti melakukan jenayah.kalau tak ada bukti berlakunya jenayah macam mana peguam negara nak dakwa.jangan pening kan diri sendiri hanya kerana dengar orang yang memang suka tuding jari kat orang lain.
Seorang pengarah filem holywood telah berjmpa saya untk membuat kajian dan mau mengarahkan filem mengenai duit2 2.6b dan 42b.Tajuk blm tau lagi,pelakun mungkin leornado d caprio dan Ag,Jh low sbg pelakun undangan.Blh box off ni..
Post a Comment