Saturday, 9 January 2016

Kisah Nabi Sulaiman AS.





Dalam kisah Nabi Sulaiman AS, diceritakan 
bahawa baginda mengajak seorang Ratu 
(pemerintah) dari sebuah negeri untuk 
mengikuti agamanya, iaitu hanya menyembah 
Allah SWT dan bukan yang lain (maksud 
al-Quran, surah al-Naml: 10-44).


Negeri itu adalah Saba dan Ratunya bernama 
Balqis. Kisah tentang negeri Saba dan 
penduduknya terdapat di dalam al-Quran, 
iaitu surah Saba ayat 15-21. Surah Saba 
diturunkan di Mekah, mengandungi 54 ayat. 
Dinamakan surah Saba (perihal penduduk 
Saba), kerana kisah mereka ada disebutkan 
pada ayat-ayat 15 hingga 21. 


Pada awal 
surah ini, Allah menegaskan 
bahawa segala puji bagi-Nya kerana Dialah 
yang menciptakan dan menguasai seluruh 
alam, dan Dialah yang maha melimpah 
nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada 
sekalian makhluk-Nya di alam kehidupan 
ini, dan yang maha melimpah nikmat-Nya 
dan rahmat-Nya kepada orang-orang 
beriman pada hari akhirat.


Setelah menolak fahaman kaum kafir 
musyrik yang menentang Nabi Muhammad 
SAW dan yang tidak percayakan kedatangan 
hari kiamat, dan setelah menerangkan 
keistimewaan-keistimewaan yang telah 
diberikan kepada nabi-nabi yang telah lalu, 
maka Allah SWT memberi amaran kepada 
golongan musyrik itu, sekiranya mereka 
masih berdegil dengan kekufuran, maka 
mereka akan dibinasakan sebagaimana 
penduduk negeri Saba yang telah 
dibinasakan kerana mereka kufur ingkar.


Kemudian Allah SWT menujukan firman-
Nya kepada Nabi Muhammad SAW dan 
menerangkan bahawa baginda adalah 
diutus kepada umat manusia seluruhnya 
sebagai Rasul pembawa berita gembira 
kepada orang-orang yang beriman dan 
pemberi amaran kepada orang-orang 
yang ingkar.


Sebagai penutup, digambarkan keadaan 
orang-orang yang bersalah pada hari 
kiamat. Mereka kelihatan cemas takut 
dan gerun gementar apabila menyaksikan 
azab seksa yang disediakan untuk mereka. 
Semasa mereka diseret untuk menerima 
balasan, mereka berkata: 

“Sekarang kami beriman…” tetapi 
pengakuan mereka yang demikian tidak 
ada gunanya kerana tempat beriman 
ialah di dunia, sedang mereka telah 
terpisah dari dunia dan tidak mungkin 
kembali lagi.


Dalam surah tersebut dijelaskan bahawa 
negeri Saba dikurniai Allah SWT dengan 
kemewahan, dengan tanah yang subur 
sehingga penduduknya hidup dengan 
aman makmur. 


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “… 


(Negerimu) adalah negeri yang baik dan 
(Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha 
Pengampun.” (Surah Saba: 15).

Namun, kerana ingkar kepada Allah SWT, 
penduduk Saba ditimpa azab berupa banjir 
besar yang menghancurkan negeri mereka. 
Kisah pengingkaran kaum Saba dan turun
nya azab Allah SWT ini terjadi setelah Ratu 
Balqis mengikuti agama Nabi Sulaiman AS.

Sebuah hadis sahih daripada Ibnu Abbas 
menjelaskan bahawa Rasulullah SAW 
pernah ditanya seseorang, yang bermaksud: 

“Apakah Saba itu nama negeri atau nama 
seseorang?” 

Nabi menjawab, “Dia adalah 
manusia 
beranak sepuluh. Enam tinggal di 
Yaman dan empat di Syam. Yang di Yaman 
ialah Mudzhij, Kindah, Alazad, Asa’ariyum, 
Anmar dan Himyar. Yang di Syam adalah 
Lakham, Judzam, Amilah dan Ghassan.”

Nenek moyang mereka dikatakan berasal 
daripada kabilah-kabilah Arab Yaman. 
Asal kediaman mereka bernama Saba, 
kemudian menjadi nama negeri atau 
keRajaan dengan 
ibu kota Maarib.

Kerajaan Saba pernah dipimpin oleh 
seorang 
Ratu yang bernama Balqis. 
Kepimpinan Balqis menunjukkan bahawa 
seorang wanita boleh terlibat dan 
berperanan dalam mengelola 
pemerintahan. Balqis termasuk 
seorang 
Ratu 
yang bijaksana, suka 
berunding dan berdamai. 

Negeri Saba 
yang dipimpinnya 
disebut di dalam al-Quran sebagai 
negeri 
yang baik dengan Tuhan Yang 
Maha 
Pengampun (Surah Saba: 15), 
kerana Allah 
SWT telah mengurniai 
tanah Saba dengan 
ladang-ladang 
yang amat subur.

Allah SWT melimpahkan rezeki-Nya 
kepada penduduk Saba dengan memberi 
mereka 
dua kumpulan kebun yang luas 
lagi amat 
subur. Namun kerana mereka 
tidak 
mensyukuri nikmat yang telah 
diberikan, 
Allah SWT menggantikan 
pohon-pohon di 
kebun itu dengan 
pohon yang berbuah pahit, 
iaitu pohon 
Asl dan Sidr. Asl adalah pohon 
yang 
berakar kuat sehingga sukar dicabut. 
Adapun pohon Sidr adalah pohon 
yang tidak mengenyangkan untuk 
dimakan.

Kisah negeri Saba dengan penduduknya 
merupakan petunjuk, pengajaran dan 
tanda 
akan nyatanya kekuasaan Allah 
SWT, sebagaimana firman-Nya:

 “… Sesungguhnya 
bagi kaum Saba 
ada tanda (kekuasaan 
Tuhan) di tempat 
kediaman mereka…” 
(Surah Saba: 15).

Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT 
tidak mereka syukuri, bahkan mereka 
menganiaya 
diri mereka sendiri dengan 
mengingkari 
seruan Allah SWT sehingga 
mereka diazab 
Allah SWT. Azab berupa 
banjir dan pohon 
berbuah pahit menjadi 
pengajaran berharga 
bagi kaum Saba.




















Prinsip Ketaatan, Syura Dan Sikap Raja-Raja


Ketika Ratu Balqis menerima sepucuk 
surat daripada Raja Sulaiman AS, Ratu 
itu telah bermesyuarat terlebih dahulu 
dengan mengumpulkan pendapat 
berhubung 
pendirian yang harus 
ditegakkan untuk mendepani seruan 
Tauhid oleh Raja Bani 
Israel tersebut.

Ratu Balqis menyedari akan perihal 
kekuatan 
bala tentera Raja Sulaiman. 
Ratu telah 
mendengar kekuasaan dan 
kekuatan Raja Sulaiman itu bukan 
calang-calang. Bani 
Israel itu pernah 
ditakluk Jalut. Kemudian dibangkitkan 
Talut untuk mendepani Jalut.

Setelah itu, Jalut terbunuh oleh salah 
seorang tentera bernama Daud. Dan 
dengan kerana itulah Daud akhirnya 
diangkat sebagai Raja yang bijaksana. 
Kini, anaknya Sulaiman telah mengambil 
takhta dan kedudukannya sebagai Raja 
Bani Israel yang baru.

Ratu Balqis pernah mendengar kehebatan 
Daud. Baginda boleh melembutkan besi 
keras dengan tangannya. Tetapi, Daud 
juga gemar bersuluk sendirian menyanyi
kan lagu pujian kepada Tuhan dengan 
kitab Zabur (Mazmur).

Suaranya yang gemersik itu menyebab
kan 
haiwan dan burung-burung yang 
berterbangan menjadi jinak, terpaku lalu 
ikut sama bertasbih mengelilingi Daud 
tatkala gurindam lagu pujian kemesraan 
kepada Tuhan itu didendangkan.

Pada zaman anak Daud, iaitu Sulaiman, 
burung-burung itulah yang menjadi bala 
tentera anak-anaknya. Sulaiman 
memahami 
jalan bahasa haiwan.

Dan, tadi Ratu Balqis telah menerima 
sepucuk surat daripada burung Hud 
Hud yang kini 
diangkat sebagai 
'wartawan ' baru bagi 
mewakili 
Raja Sulaiman itu.

Ratu Mula Bermesyuarat

Lalu bermesyuaratlah baginda sang 
Ratu bersama-sama para pembesar
nya guna 
mencari keputusan dan 
mencapai kata 
sepakat berhubung 
isi kandungan surat 
Raja Sulaiman itu.

"Aku penyembah matahari walhal 
Sulaiman menyembah Tuhan yang 
tidak kelihatan, 
tak dapat dicapai 
pancaindera," si Ratu 
berbisik sendirian 
sambil menunggu 
kehadiran para 
pembesar. "Agama kedua
-dua 
keRajaan ini berbeza."

Balqis melihat surat Sulaiman itu 
berulang
kali. Pada awal-awal surat 
itu tertulis nama 
Allah, Tuhan Raja 
Sulaiman yang bersifat pemurah, 
penyayang dan mengasihani.

"Apakah Sulaiman itu juga bersifat 
penyayang seperti Tuhannya?" hatinya 
berbunga dan dia tersenyum sendirian.

Para pembesar sudah bersedia 
mendengar
kan titahnya. Tetapi, 
baginda Ratu bukanlah watak yang 
suka menitahkan hal-hal yang 
tidak masuk akal dan baginda tidak 
akan melangkah lebih jauh membuat 
keputusan 
tanpa mengambilkira 
pendapat para pembesarnya.

"Sesungguhnya surat itu dari Nabi 
Sulaiman, 
dan kandungannya (seperti 
berikut): 'Dengan nama Allah, Yang 
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

"Bahawa janganlah kamu meninggi 
diri terhadapku, dan datanglah kamu 
kepadaku dengan menyerah diri 
(beriman dan mematuhi ajaran ugama 
Allah).

Raja perempuan itu berkata lagi: 

"Wahai 
ketua-ketua kaum, berilah 
penjelasan 
kepadaku tentang perkara 
yang aku 
hadapi ini; aku tidak pernah 
memutuskan 
sesuatu perkara sebelum 
kamu hadir 
memberi pendapat dan 
mempersetujuinya."

Mereka menjawab: 

Kita adalah orang
-orang 
yang kuat 
gagah dan amat berani merempuh 
peperangan; dan perkara itu (walau 
bagaimanapun) terserahlah kepada
mu; oleh 
itu fikirkanlah apa yang 
engkau hendak perintahkan.

Raja perempuan itu berkata: 

"Sesungguh
nya Raja-Raja, apabila 
masuk ke sebuah 
negeri, mereka 
merosakkannya, dan mereka 
menjadikan penduduknya yang 
mulia hina
-dina; dan sedemikian 
itulah mereka akan lakukan.

"Dan bahawa aku hendak 
menghantarkan 
hadiah kepada 
mereka, kemudian aku akan 
menunggu apakah balasan yang 
akan 
dibawa balik oleh utusan-
utusan kita." 
[Surah an-Naml: ayat 30 - 35]

Sikap Sang Ratu Patut Diteladani

Baginda sang Ratu mengutamakan 
pandangan pembesar, pemimpin 
kaum dan rakyat jelata sebelum 
menitahkan sesuatu. Daulat sang 
Ratu terletak di atas restu, suara, 
pendapat, pandangan rakyat yang 
mewakili jiwa, ruh 
serta pemikiran 
bangsa.

Baginda tidaklah sesuka hati membuat 
keputusan tanpa merujuk orang-orang 
di sekelilingnya terlebih dahulu. Sikap 
dan 
pendirian ini sangat Islami dan 
cenderung 
ke arah pendirian Tauhid 
walaupun baginda 
sang Ratu bukan
nya memeluk agama Tauhid. Allah 
SWT merakam pendirian Balqis ini 
sebagai contoh teladan kepada Raja
-Raja 
dan pemerintah.

Kedua, dalam fikiran Ratu sudah 
tersemat 
andaian dan sepekulasi 
bahawa Raja-Raja 
zalim akan selalu 
merosakkan negeri lalu menyebab
kan orang yang paling mulia 
menjadi hina-dina.

Dengan penuh hati-hati, walaupun 
diasak 
oleh para pembesar untuk 
berperang, maka 
Balqis tetap menolak 
saranan supaya keRajaannya berperang 
dengan keRajaan Sulaiman. Baginda 
bimbang nasib rakyat 
jelata yang lebih 
banyak terkorban.

Lalu baginda Ratu memilih jalan 
perdamaian dengan mengirimkan 
hadiah sebagai cara 
melihat tindak
-tanduk Raja Sulaiman apabila 
melihatkan hadiah-hadiahnya yang 
serba 
mewah dan barang perhiasan 
yang 
berkilauan bak mutiara itu.

Maka apabila (utusan pembawa hadiah 
itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, 
berkata
lah Nabi Sulaiman (kepadanya): 

"Tidaklah 
patut kamu memberikan 
kepadaku pemberian harta-benda, 
kerana apa yang telah diberikan 
Allah kepadaku lebih baik dari apa 
yang telah diberikanNya kepada 
kamu; (bukan aku yang memandang 
kepada pemberian hadiah) 
bahkan 
kamulah yang bergembira dengan 
hanya kekayaan yang dihadiahkan 
kepada 
kamu (atau yang kamu 
hadiahkan dengan perasaan megah).

"Kembalilah kepada mereka, (jika 
mereka 
tidak juga mahu beriman) 
maka demi sesungguhnya Kami akan 
mendatangi 
mereka dengan angkatan 
tentera yang 
mereka tidak terdaya 
menentangnya, dan 
kami akan 
mengeluarkan mereka dari 
negeri 
Saba' dengan keadaan hina, menjadi 
orang-orang tawanan."

Giliran Raja Sulaiman 
Bermesyuarat

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada 
golongan bijak pandainya): 

"Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah 
di antara kamu yang dapat membawa 
kepadaku singgahsananya sebelum 
mereka datang mengadapku dalam 
keadaan berserah 
diri memeluk Islam?"

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: 

"Aku 
akan membawakannya kepada
mu sebelum engkau bangun dari 
tempat dudukmu, dan sesungguh
nya aku amatlah kuat gagah 
untuk 
membawanya, lagi amanah."

Berkata pula seorang yang mempunyai 
ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: 

"Aku 
akan membawakannya kepada
mu dalam 
sekelip mata!" Setelah Nabi 
Sulaiman 
melihat singgahsana itu 
terletak di sisinya, berkatalah ia: 

"Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, 
untuk mengujiku adakah aku 
bersyukur 
atau aku tidak mengenangkan 
nikmat 
pemberianNya. Dan sesiapa yang 
bersyukur maka faedah syukurnya itu 
hanyalah terpulang kepada dirinya 
sendiri, 
dan sesiapa yang tidak 
bersyukur (maka 
tidaklah menjadi 
hal kepada Allah), kerana sesungguh
nya Tuhanku Maha Kaya, lagi 
Maha 
Pemurah."

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada 
orang-orangnya): 

"Ubahkanlah keadaan 
singgah
sananya 
itu, agar kita melihat 
adakah ia 
dapat 
mencapai pengetahuan yang sebenar 
(untuk mengenal singgahsananya itu) 
atau 
ia termasuk dalam golongan yang 
tidak 
dapat mencapai pengetahuan 
yang demikian."

Maka ketika ia datang mengadap, Nabi 
Sulaiman bertanya kepadanya: 

Serupa 
inikah singahsanamu?" 

Dia menjawab: 

"Boleh jadi inilah dia; 
dan kami telah 
diberikan ilmu pengetahuan 
sebelum 
berlakunya (mukjizat) ini, dan 
kami 
pula adalah tetap berserah diri 
(menjunjung perintah Allah)."

Dan ia dihalangi (daripada memeluk 
Islam pada masa yang lalu): apa yang 
dia pernah menyembahnya (dari benda
-benda) yang lain dari Allah; 
sesungguhnya adalah ia (pada masa 
itu) dari puak yang kafir.

(Setelah itu) dikatakan kepadanya: 

"Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." 

Maka ketika ia melihatnya, disangkanya 
halaman istana itu sebuah kolam air, 
serta dia pun menyingsingkan pakaian 
dari dua betisnya. 

Nabi Sulaiman berkata: 

"Sebenarnya ini adalah sebuah istana 
yang diperbuat licin berkilat dari kaca". 
(Mendengar yang demikian), Balqis 
berdoa: 

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku 
telah menzalimi diri sendiri dan 
(sekarang aku menegaskan) aku 
berserah diri memeluk Islam bersama
-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah 
Tuhan sekalian alam." 
[An-Naml: 36 - 44]

Rendah Diri Sulaiman AS

Apabila ada kalangan rakyatnya yang 
berjaya pindahkan singgahsana Ratu 
Balqis itu, Raja Sulaiman memuji dan 
bersyukur kepada Allah dengan 
sebanyak-banyaknya kerana diberi
kan rakyat yang gagah perkasa dan 
taat pula pada perintahnya.

Raja Sulaiman berikhtiar keras 
menimbulkan rasa kagum dalam hati 
pihak yang didakwahnya agar baginda 
Ratu itu berasa tertarik kepada agama 
Tauhid.

Antaranya ialah dengan cara mengambil 
singgahsana Ratu Balqis itu. Singgahsana 
lambang kepada kekuasaan seseorang Raja. 
Apabila singgahsana Raja boleh dialihkan, 
bererti pihak yang mengalihkan singgahsana 
itu tentunya memiliki kekuasaan yang lebih, 
mengatasi keRajaan yang lain.

Paling penting, baik Raja Sulaiman dan 
Ratu Balqis, kedua-duanya melakukan 
musyawarah terbuka bersama para 
pembesar serta rakyat untuk mencari 
buah fikiran yang berguna dalam 
menangani masalah kenegaraan dan 
urusan dakwah.

Taat Terangkat Selepas 
Musyawarah

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu 
supaya menyerahkan segala jenis 
amanah 
kepada ahlinya (yang berhak 
menerimanya), 
dan apabila kamu 
menjalankan hukum di 
antara manusia, 
(Allah menyuruh) kamu menghukum 
dengan adil. Sesungguhnya 
Allah dengan 
(suruhanNya) itu memberi pengajaran 
yang sebaik-baiknya kepada 
kamu. 
Sesungguhnya Allah Maha 
Mendengar 
lagi sentiasa Melihat.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah 
kamu kepada Allah dan taatlah kamu 
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" 
(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan 
kamu. Kemudian jika kamu berbantah-
bantah (berselisihan) dalam sesuatu 
perkara, maka hendaklah kamu 
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah 
(Al-Quran) dan (Sunnah) 
RasulNya - 
jika kamu benar beriman kepada 
Allah 
dan hari akhirat. Yang demikian adalah 
lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok 
pula kesudahannya. 
[Surah an-Nisa': ayat 58 - 59]

Dalam konteks pemerintahan Islam, 
ketaatan kepada pemerintah, Raja-Raja 
itu didahului oleh musyawarah bersama 
rakyat. Maka, dalam konteks Alam Melayu 
yang mana Melayu itu beragama Islam, 
maka perihal ketaatan kepada Raja-Raja 
itu mesti dirujuk kepada musyawarah 
terlebih dahulu.

Raja-Raja, pembesar dan pemerintah 
perlu bermesyuarat mengambil pandangan, 
membuka ruang terbuka untuk mengambil 
undi rakyat jika mahu menaikkan pemimpin 
atau menjatuhkan mereka.

Demikianlah juga.. jika ada pemerintah 
yang lompat partinya, maka hendaklah 
rakyat yang terlebih dahulu diminta kata 
putus persetujuannya. Pendek kata, apa-
apa pun projek kenegaraan, menaikkan 
dan menjatuhkan pemerintahan dan 
lompat parti, perlulah mendapatkan 
pandangan umum rakyat terlebih dahulu 
sebelum berbicara lanjut mengenai 
ketaatan.

Ini kerana, menurut surah an-Nisa', hal 
prinsip ketaatan (ayat 59) DIDAHULUI 
nas yang terkait dengan prinsip 
penyerahan urusan amanah pemerintahan 
kepada 
semua rakyat (ayat 58). 

Wallahu'alam.. 



Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya 
Nabi yang memperoleh keistimewaan 
dari Allah SWT sehingga boleh memahami 
bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan 
burung Hud Hud dan juga boleh memahami 
bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An 
Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari 
sebahagian ayat yang menceritakan 
akan keistimewaan Nabi yang sangat 
kaya raya ini.



Firman Allah,

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan 
dia berkata, “hai manusia, kami telah 
diberi pengertian tentang suara burung 
dan kami 
diberi segala sesuatu. 
Sesungguhnya 
(semua) ini benar-benar 
suatu kurnia 
yang nyata.” 

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentera
nya dari jin, manusia dan burung, lalu 
mereka itu diatur dengan tertib (dalam 
barisan) sehingga apabila mereka sampai 
di lembah semut berkatalah seekor semut, 
“hai semut-semut, masuklah ke dalam 
sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak 
oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan 
mereka tidak menyedari.”

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan 
tertawa kerana mendengar perkataan 
semut itu.Katanya,

“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia 
untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah 
Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada 
kedua orang tuaku; kurniakan padaku 
hingga boleh mengerjakan amal soleh 
yang Engkau redhai; dan masukkan aku 
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan 
hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu 
hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada 
seekor semut, “Wahai semut! Berapa 
banyak engkau perolehi rezeki dari Allah 
dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut 
sebiji gandum lalu memeliharanya dalam 
sebuah botol. Setelah genap satu tahun, 
Sulaiman membuka botol untuk melihat 
nasib si semut. Namun, didapatinya si 
semut hanya memakan sebahagian biji 
gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan 
sebahagian dan tidak menghabiskannya?” 
tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri 
kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan 
tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa 
Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku 
berpasrah kepadamu, aku tidak yakin 
apakah engkau akan ingat kepadaku 
pada 
tahun berikutnya sehingga boleh 
memperoleh sebiji gandum lagi atau 
engkau akan lupa kepadaku. Kerana 
itu, 
aku harus tinggalkan sebahagian 
sebagai 
bekal tahun berikutnya.”

Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat 
kaya 
raya, namun kekayaannya adalah 
nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya 
secara mutlak 
hanyalah Allah SWT 
semata-mata. Nabi 
Sulaiman, meskipun 
sangat baik dan kasih, 
namun yang 
Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh 
pengasih hanyalah Allah SWT semata. 
Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan 
sifat 
terbatas dan kenisbian yang tidak 
dapat dipisahkan; sementara dalam 
Zat Allah sifat mutlak dan absolut. 

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, 
dia tetap manusia biasa yang tidak 
boleh sepenuhnya dijadikan tempat 
bergantung. Bagaimana kasihnya 
Nabi Sulaiman, dia 
adalah manusia 
biasa yang menyimpan 
kedaifan-
kedaifannya tersendiri. 

Hal itu 
diketahui oleh semut Nabi 
Sulaiman. 
Kerana itu, dia masih tidak 
percaya 
kepada janji Nabi Sulaiman 
ke atasnya. 
Bukan kerana khuatir Nabi 
Sulaiman 
akan ingkar janji, namun 
khuatir Nabi 
Sulaiman tidak mampu 
memenuhinya 
lantaran sifat 
manusiawinya. Tawakal 
atau berpasrah 
diri bulat-bulat hanyalah 
kepada Allah 
SWT semata, bukan kepada manusia.

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang 
sangat cantik dan mempunyai akal yang 
cerdas, oleh sebab itulah golongan jin 
merasa iri hati dengannya. Mereka 
mengatakan bahawa Ratu Balqis itu 
mempunyai dua aib, pertama tubuhnya 
pendek dan kedua betisnya seperti betis 
unta.

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan 
supaya 
para Jin mengubah sedikit 
singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau 
menyuruh pula membangun sebuah 
mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian 
bawah mahligai tersebut dan kelilingnya 
mengalir sungai-sungai dengan berisikan 
ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah 
jambatan daripada kaca. 

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, 
Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: 

“Apakah ini singgahsanamu? 

Ratu Balqis menjawab: 

Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, 
kerana dilihatnya ada 
sedikit perubahan. 
Tetapi tidak mengatakan bukan, 
disebabkan ada sebahagian yang 
serupa dengan singgah-sananya. Dari 
jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi 
Sulaiman as bahawa ia adalah seorang 
wanita yang berakal sempurna serta 
bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman AS menyuruh 
tamunya itu masuk ke dalam istana. 
Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam 
istana, ia melihat seakan-akan ada 
aliran air, sehingga ia mengangkat 
kainnya, sehingga betisnya tersingkap. 
Nabi Sulaiman ASmelihat betisnya itu, 
maka tidak ada satu aibpun seperti 
yang disampaikan oleh golongan jin. 

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: 

“Ini adalah sebuah mahligai yang licin, 
ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu 
Balqis menyaksikan betapa hebatnya 
Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: 

“Walaupun keRajaanku luas, singgahsana
ku indah dan megah, bala tenteraku ramai, 
namun jika dibandingkan dengan semua 
yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku 
tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkap
kan di dalam Quran, firman Allah SWT surah 
An Naml ayat 44 bermaksud: 

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah 
berbuat zalim terhadap diriku dan aku 
berserah diri bersama Sulaiman kepada 
Allah Tuhan semesta alam”. 

Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin 
dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa 
pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu 
Balqis ini terjadi pada 
hari Jumaat.

Begitu besarnya keRajaan Nabi Sulaiman 
as. yang mana angin sebagai kenderaannya, 
manusia dan jin sebagai tenteranya, 
burung sebagai pembantu dan teman-
teman bercakapnya, binatang-binatang 
buas 
sebagai buruhnya dan para malaikat 
sebagai utusannya. 

Nabi Sulaiman AS mempunyai satu 
padang, sebahagian tanahnya terbuat 
daripada emas dan sebahagian lagi 
daripada perak. Jika tenteranya berbaris 
di padang itu, maka panjang barisan itu 
tidak kurang dari seRatus parsakh. 
Sedangkan luas tempat tinggalnya 
adalah 
sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat 
untuknya sebuah permaidani daripada 
emas dan 
perak. Pada permaidani 
tersebut terdapat 
dua belas ribu 
mihrab, pada setiap mihrab terdapat 
kursi daripada emas dan perak, 
kemudian duduk di atas tiap-tiap 
kursi 
tersebut seorang yang alim 
dari ulamak 
Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira 
seribu 
unta, empat ribu lembu dan 
empat puluh 
ribu kambing. Nabi 
Sulaiman juga mempunyai piring-
piring yang besar bagaikan kolam 
dan periuk yang tetap berada di 
atas tungku.


Firman Allah SWT:

“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman 
apa yang dikehendaknya dari bangunan 
yang tinggi dan patung-patung dan piring
-piring yang besarnya seperti kolam dan 
periuk yang tetap berada di atas tungku.” 
(Saba’: 13).

Begitu besarnya nikmat dan kelebihan 
Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan 
dan kenikmatan umat Nabi Muhammad 
SAW 
yang beriman, di dalam Syurga nanti 
disediakan tempat-tempat tinggal dan 
darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan 
buah-buahan. Di dalamnya diperolehi 
segala sesuatu yang menyenangkan jiwa 
dan mata. Di dalamnya juga terdapat 
sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh 
fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah 
darjat tempat umat Nabi Muhammad 
SAW di dalam Syurga itu ialah seRatus 
kali luas keRajaan Sulaiman as. Malah 
lebih baik, kerana Syurga adalah 
tempat yang abadi. Di dalamnya tidak 
ada matahari, kesejukan, kesakitan, 
kesusahan serta lain-lain penderitaan. 
Di Syurga adalah tempat yang abadi, 
kesenangan tanpa batas, pemberian 
tanpa dihitung, penerimaan tanpa 
ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan 
Darussalam, di dalamnya mempunyai 
keselamatan tanpa adanya kebinasaan, 
kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan 
tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa 
kehinaan serta bermacam-macam lagi 
kenikmatan yang sukar untuk 
diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. 
Sesungguh
nya bagi orang-orang 
yang bertakwa 
disediakan di sisi 
Tuhan mereka Syurga kenikmatan. 
Di dalamnya para hamba-
hamba-Nya 
bertempat tinggal, para nabi 
menjadi 
sahabatnya, tinggal kekal dalam
nya dengan kurnia yang berlimpah 
ruah. 
Tidak ada kesusahan di dalam
nya, terdapat bidadari cantik dan 
jelita, mahligainya 
tinggi dan tempat 
yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-
orang yang tidak menyekutukan Allah 
SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri 
daripada perbuatan maksiat, tidak 
membuat kemungkaran serta menjalan
kan segala 
yang diperintahkan Allah 
SWT. Allah SWT menjadikan penghuni 
Syurga ini sebagai kekasihNya.

Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat 
sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai 
dari air susu yang tidak berubah rasanya, 
sungai dari air arak yang lazat rasanya dan 
sungai air madu. 

Di dalamnya juga diperolehi berbagai 
macam buah-buahan. Ada lagi empat 
mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq 
dan Tasniim. Ada lagi dua mata air 
yang mengalir 
dan dua mata air yang 
memancar, iaitu 
Al-kaafuur dan Al-
kautsar. 

Di dalamnya 
juga diperolehi segala 
sesuatu yang tidak 
pernah dilihat 
oleh mata dan didengar oleh 
telinga 
dan tidak pernah terlintas dalam hati.


Sumber: Halaqah

No comments: