Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang setia dengan blog ini. Minggu ini, saya nak kupas sedikit mengenai tip untuk menhangatkan cinta gaya Nabi Muhammad S.A.W di dalam kehidupan berumah tangga.
Sejak belakang ni ramai tak tahu termasuk saya sendiri banyak kes penceraian berpunca kerenggangan antara suami isteri. Faktor ini lah menjadi mimpi ngeri bagi tiap-tiap pasangan dalam menyemai benih cinta selepas di bergelar suami isteri.
Allah telah mengingatkan, " Dan bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik. Jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, sedangkan Allah menjadikan kebaikan yang banyak daripada-Nya."( al-nisa' 4:19 )
Suami sebagai imam kepada isteri perlu dengan penuh yakin dalam melaksanakan pendekatan dan strategi baharu.
10 tip hangatkan cinta style Nabi Muhammad S.A.W :-
1.MEMBERI HADIAH
Rasulullah menyarankan," salinglah memberi hadiah nescaya akan saling mencintai." ( riwayat al-Tabarani ).
2.MELETAKKAN KEPALA DI PANGKUAN ISTERI
Sayidatina Aisyah berkata." Rasulullah biasanya berbaring di pangkuanku, sedangkan aku masih dalam keadaan haid, kemudian Baginda membaca al-Quran."
( riwayat muslim)
3.TIDUR DALAM SATU SELIMUT
Ummu Salamah bercerita, " ketika aku sedang berbaring bersama Rasulullah dalam satu selimut, tiba-tiba aku haid, lantas aku keluar secara perlahan-lahan untuk mengambil pakaian khas semasa haid. Rasulullah bertanya kepadaku, 'apakah kamu sedang haid?' Aku menjawab 'ya'. Baginda memanggil lalu aku berbaring lagi bersama Baginda dalam satu selimut." ( riwayat muslim)
4.BERSIAR-SIAR PADA WAKTU MALAM
"Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan bincang-bincang dengannya."( riwayat al-bukhari)
5.MAKAN DAN MINUM PADA BEKAS BIBIR ISTERI
Sayidatina Aisyah berkata,"Aku pernah minum. Saat itu aku sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Nabi Muhammad ( dari bekas yang sama). Baginda menempelkan mulut Baginda sama di tempat bekas aku minum, lalu Baginda minum.
Pernah pula aku makan daging yang tersisa dari tulang dengan menggigitnya, sedangkan aku dalam keadaan haid. Kemudian aku memberikan daging itu kepada Baginda, lalu Baginda meletakkan mulut Baginda pada bekas mulutku".( riwayat muslim)
6.MENGHANTAR ISTERI HINGGA KE PINTU
Salah seorang isteri Rasulullah; Safiyyah binti Huyax menuturkan," suatu ketika Rasulullah sedang beriktikaf. Kemudian aku menjenguk Baginda pada malam hari, dan berbincang-bincang dengan Baginda. Ketika aku berdiri hendak kembali, Baginda berdiri bersamaku untuk menghantar. Sabda Baginda: ' Jangan tergesa-gesa hingga aku mengiringmu."( riwayat al-bukhari dan muslim)
7.MEMBANTU ISTERI MENAIKI KENDERAAN
Nabi Muhammad duduk di sisi unta Baginda. Kemudian, Baginda menekuk lutut Baginda. Lalu, isteri Baginda. Safiyyah, meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad hingga dia naik ke atas unta." ( riwayat al-bukhari dan muslim )
8.MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUT ISTERI
Rasulullah pernah mengungkapkan," sesungguhnya apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka hal itu ialah sedekah termasuklah makanan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." ( riwayat al-bukhari)
9.MENEMANI ISTERI YANG SEDANG SAKIT
Sayidatina Aisyah meriwayatkan, " Rasulullah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isteri Baginda sakit."( riwayat al-bukhari dan muslim )
10.MANDI BERSAMA-SAMA
Aisyah berkata," aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi daripama bekas, tangan kami sama-sama berselisih ( ketika menggunakan air dalam bekas itu) ." ( riwayat al-bukhari)
Jangan benarkan isteri bersedih. Banyak jasa isteri kepada suami yang perlu dikenang. Si suami pula perlu serius dalam perhubungan, memugar semangat dan mencabar diri untuk menjadi suami yang mithali.
Sumber: Majalah Agama
1 comment:
kyrie 8
kyrie shoes
air jordan travis scott
hermes
bape clothing
nike sb
goyard bag
goyard outlet
golden goose
supreme
Post a Comment