Tuesday 4 June 2013

DONGENG BURUNG BAYAN: AH JIB GOR SAYANG DONG ZHUANG!!!






Suatu hari Ah Jib jumpa Dong Zhuang. Maka berlakulah dialog spontan.

JIB, U SAYANG I TAK???SAAAAAYANG SANGAT-SANGAT!!!   DONG ZHUANG TETAP DI HATI JIB!!!


Dong Zhuang : Si u Ah Jib (dalam hati mampuslah u Ah Jib).

Ah Jib : See you to. You are so marvelous … I like you. I love you. You are so kind.

Dan dengan penuh teruja dan kasih sayang yang amat  sangat dipeluknya Dong Zhuang. Sambil berulang-ulang berkata : “I love you …”

Sambil tersenyum gembira Ah Jib memandang muka Dong Zhuang. Dan Dong Zhuang memandang Ah Jib dan membalas dengan senyum sinis dan mencebik dengan sekilas.

Melihat senyuman Dong Zhuang itu Ah Jib merasa cukup gembira dan bangga. Merasa seakan dunia dia yang punya. Tidak ternampak pun cebikan dari bibir Dong Zhuang. 

Betapa gembiranya dia. Dan dengan penuh ceria dia mengambil wang sejumlah RM 10,000.00 yang dibawanya dari rumah dan dengan penuh gembira diberinya ke pada Dong Zhuang. Duit itulah satu-satunya yang dia ada dan tiada berbaki lagi.


Ah Jib bertanya kepada Dong Zhuang, “Cukup tak … er I yakin you tak cukup … tak apa …”

Ah Jib memandang kepada mamat disebelahnya dan berkata, “Mat RM berapa you ada”.

Sahut Mamat, “kejap saya cuba tengok dalam dompet saya”

Mamat pun mengeluarkan dompet dari poket seluarnya. Setelah mengeluarkan semua wang dalam dompetnya termasuk duit syiling, duit lama zaman Maharaja Melaka … dan mengira-ngira maka dapatlah jumlah semuanya RM 1,000.00. Mamat pun memberitahu Ah Jib jumlah wang yang dia ada.

Dengan pantas Ah Jib berkata, “Er … itu tak cukup Mat … apa lagi yang kita ada …”

Ah Jib memandang keliling, dan dia ternampak sebuah kereta Wak Segan buruk yang dinaikinya tadi bersama Mamat.

“Hah itu pun dia …”, kata Ah Jib.

Dengan tersenyum gembira Ah Jib berkata kepada Dong Zhuang, “Hem … nih saya tambah RM 1,000.00 dan kereta ini hadiah persahabatan saya kepada kamu Dong Zhuang.

Dong Zhuang hanya tersenyum sinis memandang Ah Jib. Gembira tak terkata Ah Jib melihat senyuman Dong Zhuang. Hatinya berdetuk-detap.

Ah Jib kemudiannya berpaling kepada Mamat, dan berkata, “Mat perjalanan kita masih jauh … jom kita pergi … ”

Kemudiannya Ah Jib memandang mesra kepada Dong Zhuang dan berkata, “Terima kasih kerana sudi menerima pemberian saya”

Ah Jib kemudiannya berkata kepada Mamat, “Hah Mat apa kita tunggu lagi jomlah".

Mamat pun berkata, “Kita mahu meneruskan perjalanan ini dengan apa, semua wang kita dah beri kepada Dong Zhuang, kereta kita pun dah kita beri kepada Dong Zhuang, yang kita tinggal hanya kudrat empat kerat dan kaki yang dah tak larat dan kita perlu wang untuk isi minyak dan untuk isi perut.”

Ah Jib pun berkata kepada Mamat, “Ah … itu small matter sahaja … Dong Zhuang kan ada, kita boleh minta tolong dia”

Ah Jib pun memandang kepada Dong Zhuang dan berkata, “tentu kamu boleh tolong saya … kerana kamu saya kenal sebagai orang yang amat baik.”

Dong Zhuang pun berkata, “Saya boleh tolong kamu … tetapi jika wang yang kamu minta … kamu kenalah bayar balik dan bunga untuk pinjaman tu saya tetapkan sebanyak 10% … kereta yang saya ada tu saya boleh bagi sewa … murah sahaja … RM 100.00 sehari.”

Sambil menunjukkan kepada kereta Wak Segan yang baru diberi oleh Ah Jib tadi dan sambil menunjukkan wang yang baru dihulur oleh Ah Jib sebentar tadi.

Mat terkesima memandang Dong Zhuang ….

Tetapi Ah Jib Gor terus menerpa Dong Zuang dan memeluknya dengan penuh kasih-sayang dan berpaling kepada mat sambil berkata, “Mat inilah manusia yang bijaksana … dia telah menggunakan modal yang kita berikan dengan penuh berkesan … 
walaupun seinci kita tidak bergerak dari tempat perbincangan dan pertemuan ini dia telah membuat untung sebanyak 10% dan keuntungan harian ialah RM 100.00. 

Terima kasih Dong Zhuang … terima kasih … tuan telah memberi ilmu yang amat bernilai kepada hamba … sekiranya ada lagi harta benda milik hamba … akan hamba serahkan kepada tuan … kerana tuan amat bijaksana orangnya …”.   ????????????????????????????????
coretan anonymous.

1 comment:

langsai said...

Lebih kurang macam tu lah perangai ah jib gor dengan kekasih gelapnya..huhuhu