Monday, 24 September 2012

RATU CANTIK BANDUAN!!!!!

Pertandingan Ratu Cantik Di Penjara Columbia.

Negara Amerika Latin memang terkenal dengan model-model mereka yang cantik. Tidak kira berkulit hitam atau putih, semuanya memang cun habis. 
 Negara Amerika Latin memang obsesi dengan dunia peragaan ini. Setiap tahun, finale ratu cantik dimonopoli oleh negera latin ini terutamanya Venezuela, Argentina, Brazil dan Columbia.



Terdapat di satu penjara membuat pertandingan ratu cantik kepada banduan mereka. Ia terletak di Penjara El Buen Pastor, Columbia. 
Di penjara mereka ini bukannya banduan mereka tidak cantik malah cantik dan bertubuh yang boleh mengiurkan anda. Ianya dianjurkan sempena hari Virgin of Mercedes, santo pembela (patron saint) untuk penjara.



Sebanyak sembilan orang banduan menyertai pertandingan ratu cantik tahun ini. Mereka terdiri dari wanita yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menjadi keldai dadah, pencuri dan pembunuh. Tahun ini pertandingan dimenangi oleh Emma Urdinola. Hadiahnya, aku pun  tidak tahu.

No comments: