Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah
rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak
dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat
dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai
anggota pencegah maksiat.
“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil
menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa
mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.
“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.
“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.
Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan
tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang,
manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.
“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama,
teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala
mangsa akan dibawa ke balai polis.
“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah
kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya.
JADI BERHATI-HATILAH PASANGAN YANG KEMARUK MEMADU KASIH.
KALAU DAH GIAN SANGAT NIKAH AJE HABIS CERITA!!!
No comments:
Post a Comment