Kajian: 7 Kebaikan Onani Untuk Wanita.
Seks
pada dasarnya bukan hanya semata-mata pada tuntutan nafsu atau
mencapai kepuasan. Apa yang anda perlu ketahui, aktivti hubungan seks
antara pasangan yang telah berkahwin adalah demi mencapai kebahagiaan
dalam hubungan.
Salah satu faktor menentukan kebahagiaan rumahtangga
adalah melalui hubungan seks yang berjaya dan mencapai orgasm.
Kebanyakan masalah rumahtangga mudah diselesaikan ketika sesudah
melakukan hubungan seks. Ini adalah fakta yang nyata melalui kajian
yang dibuat oleh pakar.
Ketika
selesai melakukan hubungan seks, otak akan lebih bersedia untuk
berfikir dengan jelas. Oleh itu, masa ini adalah sangat sesuai bagi
suami isteri untuk berbincang tentang hal rumah tangga ketika ‘mood’
berada dalam keadaan jelas dan bersedia.
Selain itu, ia memupuk dan
mengeratkan lagi hubungan suami isteri yang pada kalanya terjadinya
kerengangan akibat masalah yang di hadapi.
Namun
begitu, ada kalanya ia serba tidak menjadi walaupun selepas pasangan
suami isteri melakukan hubungan seks. Kunci jawapan untuk membuka pintu
ini adalah dengan mencapai orgasm hubungan seks itu sendiri.
Bagi si
suami, ia berkemungkinan amat mudah untuk mencapai jika keadaan dalam
sihat namun berbeza bagi isteri yang pada kalanya sukar untuk mencapai
orgasm pada waktu tertentu.
Oleh itu, suami perlulah memainkan peranan yang serius dalam
menjalankan tugas ini. Kenapa orgasm pada isteri begitu sangat penting?
Seperti yang dimaksudkan dengan kunci tadi, ia adalah salah satu punca
kebahagiaan isteri kerana orgasm merupakan faktor pengubat tekanan yang
dihadapi isteri pada waktu itu dengan masalah dan situasi yang
dihadapi.
Berikut adalah kenyataan yang suami perlu sedar bagi mencapai orgasm isteri.
Pertama
Isteri akan rasa seronok dan gembira kerana alami perasaan yang sensasi.
Percayalah setiap kali suami berjaya berikan isteri orgasm, isteri
akan sentiasa tersenyum dan gembira.
Hasilnya suami akan sentiasa di
sayangi. Pada tahap ini, ia akan sentiasa meningati suami sebagai
tempat bergantung harapan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi
seharian.
Kedua
Isteri akan rasa semua keperluan hidupnya berjaya di penuhi. Amat mudah
bukan? Namun itulah kenyataanya, isteri sebenarnya lebih mementingkan
diberi perhatian oleh suami lebih dari segala apa yang dimahukan. Suami
adalah harta yang paling berharga buatnya.
Ketiga
Isteri akan rasa perasaan teruja di mana perasaan ini hanya akan datang
melalui kepuasan seks dan mencapai orgasm. Membuatkan isteri teruja
adalah amat penting bagi menaikan semangatnya demi mengadapi kehidupan
sehari-harian.
Keempat
Isteri akan lebih yakin kerana telah alami hubungan yang sangat nikmat
pada waktu itu melalui orgasm yang berjaya. Ia merupakan pemakin
semangat kepadanya.
Apabila isteri melepaskan segalanya dan menikmati
kebahagiaan ketika itu melalui hubungan seks yang berjaya, sudah
pastinya hal ini membuatkanya berasa lega dan bangun dengan penuh
bertenaga.
Kelima
Pada ketika orgasm berjaya, isteri akan merasa tekanan seksual telah di
lepaskanya. Ketika melakukan hubungan seks, suami isteri akan
menyimpan ledakan seksual di hati dan fikiran masing – masing.
Apabila
isteri alami orgasm, ledakan seksualnya akan terlepas seperti gunung
berapi yang telah lama bertapa dan mengeluarkan isinya yang panas, dan
kemudiannya sejuk dan tenang.
Keenam
Isteri akan waras dan kurang beremosi negatif kerana semua beban yang ditanggung sudah terlepas apabila mengalami orgasm.
Ketujuh
Isteri akan rasa dirinya di cintai. Semasa hubungan seks berlangsung,
dia sangat inginkan kepuasan dan apabila suami memberikan orgasm yang
padu, sudah pastinya isteri akan rasa sangat di cintai dan dihargai.
Seterusnya dapat memberikan impak kesetiaan dan kepercayaan yang tidak
berbelah bagi kepada suami.
Pendek kata, suami haruslah berusaha untuk memberikan sebaik mungkin
nafkah batin kepada isteri dan memastikannya betul-betul mencapai
orgasm ketika hubungan seks berlangsung.
Ia juga bolehlah diertikan
sebagai ubat yang menyembuhi isteri yang sangat terluka dengan tekanan
yang dihadapi. Oleh itu memastikan isteri mencapai orgasm adalah misi
utama suami bagai mencapai seks yang berjaya.
No comments:
Post a Comment