Friday, 7 September 2012

Alat Kelamin Remaja Putus Ketika Dikhatankan!




Alat kelamin seorang remaja terputus ketika  dikhatankan dalam majlis khatan beramai-ramai di Padang, Sumatra Barat. 

Akibatnya remaja bernama Irfan itu perlu dirawat di Rumah Sakit Umum Muhammad Djamil, Padang. 

Keadaan remaja berusia 10 tahun itu terus memburuk semenjak peristiwa itu. Demikian hasil pantauan pasukan SCTV.

 Ibu bapa Irfan, Yoskani dan Herlina gusar memikirkan masa depan anak sulungnya kerana kemaluannya hanya tinggal paras pangkal. Kini untuk membuang air, lubang zakar Irfan harus ditanam tiub.

Kedua-dua mereka mengakui tidak menerima kenyataan ini. Mereka kemudiannya melaporkan kes ini kepada pihak  polis. 

Irfan disunatkan oleh bakal doktor dari fakulti kedoktoran sebuah universiti negeri di Padang.

No comments: