Thursday, 27 September 2012

MARI KITA LAYAN REPEKAN PUAK PEMBANGKANG!!!!!

Najib dalam bahaya, sukar untuk selamatkan BN, kata PR.


 Walaupun populariti peribadi Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak dapat menyelamatkan Barisan Nasional (BN) dari tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata mereka tidak mahu merasa selesa sebagai respon kepada survey terbaru Merdeka Center.

 

Perdana menteri (PM) dan pemimpin kepada 13 parti komponen BN tertinggal sebatu dibelakang kerana sokongan merosot di kalangan pengundi Melayu, yang berpengaruh terbesar - mewakili lebih daripada 60 peratus penduduk daripada 28 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kata Rafizi Ramli dari PKR dan sekutu beliau dari DAP, Tony Pua.
 


“Jika kita bandingkan sokongan yang diterima Pak Lah sebelum PRU 2008 dan angka yang diperolehi oleh Najib sekarang, menunjukkan beliau dalam bahaya,” kata Tony Pua kepada The Malaysian Insider semalam.

 

Setiausaha publisiti DAP itu membandingkan peratus kelulusan Najib dalam tiga kajian lepas yang dijalankan oleh Merdeka Center pada tahun ini berbanding dengan keputusan survey PM sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi. PM kelima dikenali sebagai Pak Lah mendapat sokongan sebanyak 71 peratus sebelum brtanding dalam pilihan raya Mac 2008 di mana parti pemerintah itu mendapat keputusan terburuk dalam sejarah.

 

Terdapat spekulasi mengatakan Najib (gambar) akan mengadakan pilihan raya mengejut sebelum mandat BN berakhir pada bulan April 2013.

 
"Bilangan yang menyokong perdana menteri tidak menjadi pengukur bagi sokongan pada PRU akan datang, petanda yang menentukan keputusan PRU akan datang adalah bilangan yang menyokong BN," kata Pua.

 

Pengarah strategi PKR, Rafizi mempunyai pandangan selari dengan ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu, mengatakan bahawa Najib telah menonjolkan dirinya sebagai "nadi dan penyelamat BN" tetapi pada masa yang sama, tidak mempertahankan parti komponen lain dalam gabungan itu.
"Ia bukan satu usaha berpasukan, ia sebenarnya beliau secara peribadi. Beliau percaya kekuatan peribadinya yang kini akan mengangkat BN.

 

"Jika saya Najib, saya akan menjadi sangat muram. Saya akan menjadi sangat bimbang," kata Rafizi dalam sidang akhbar semalam.

 

Tetapi rakan sekerja mereka dari PAS, Salahuddin Ayub, mengingatkan pakatan pembangkang agar tidak merasa selesa, dengan mengatakan tinjauan dari Merdeka Center sahaja tidak cukup kuat untuk menilai kekuatan atau kelemahan Najib.

 

"Walaupun hasil kajian Merdeka Center itu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), kita tidak boleh merasa selesa.

 

"Kita (PR) jangan terlalu berseronok dengan hasil kajian tersebut sehingga tidak berkerja keras untuk memenangi pilihan raya," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

 

Mengenai penurunan sokongan Melayu terhadap BN pula, Salahuddin menganggp ini adalah kerana pengundi atas pagar merasa bosan dengan isu-isu seks dan moral yang dimainkan oleh media arus perdana dan blog-blog pro Umno.

 

"BN mainkan isu moral secara keterlaluan sehingga menyebabkan pengundi-pengundi Melayu atas pagar merasa bosan dan muak.

 

"Apabila kalah berhujah, isu moral dan akhlak dengan memfitnah pemimpin PR dimainkan sehingga orang ramai melihat pimpinan BN tak reti untuk berhujah secara matang," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider.

 

Akan tetapi Salahuddin berhati-hati dalam memberikan komen mengenai peningkatkan sokongan dikalangan pengundi Cina terhadap Najib, dari 37 peratus pada bulan Mei meningkat sehingga 42 peratus dalam bulan Jun dengan mangatakan tidak mustahil ini berlaku kerana kerja keras yang dilakukan oleh Najib untuk memenangi kembali hati pengundi Cina, yang beralih menyokong pembangkang pada PRU 2008 dan semakin padu menyokong PR kini.

 

Pua walaubagaimanapun menolak corak perubahan di kalangan pengundi Cina sebagai signifikan,dengan mengatakan bahawa sokongan daripada masyarakat cenderung untuk turun naik.
 


"Meningkat dan menurun bukanlah satu isu besar. Tetapi untuk orang Melayu, ia mencerminkan sifat sementara itu Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Semasa mula-mula terima, mereka amat gembira, tetapi kini mereka sudah lupa, "katanya, merujuk kepada wang tunai RM500 dari Putrajaya kepada mereka yang mempunyai berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Mreka dibayar pada awal tahun ini.

 

“Bagi masyarakat India, saya yakin Ambiga adalah faktor, tetapi saya tidak pasti berapa besar faktor beliau,” tambahnya.

 

Sokongan popular untuk peguam dan aktivis terkemuka, Datuk Ambiga Sreenevasan yang telah menganjurkan dua perhimpunan besar-besaran untuk reformasi sistem pilihan raya tahun lepas dan tahun ini, terutamanya di kalangan pengundi bandar kelas pertengahan dan masyarakat India, yang juga menjadi masalah kepada Najib dan perlu dimenangi sebelum pilihan raya.
 


Tinjauan pendapat Merdeka Center yang dijalankan di kalangan pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap prestasi PM keenam merosot di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing daripada 79 peratus kepada 75 peratus, dan daripada 72 peratus kepada 69 peratus.-themalaysianinsider

 

'NAJIB NAZAK MUHYIDDIN BACA YASIN'
 

siap jebik wa cakap luuuu!
Perdana Menteri Malaysia yang kini menghadapi pelbagai tekanan dari luar dan dalam negara memang sedang begitu nazak. 

Banyak isu dan permasalahan yang perlu diselesaikan olehnya. Masalah-masalah parti politik dan masalah peribadinya terutama berhubung tuduhan terbabit dengan rasuah dan pembunuhan Atlantuya dalam skandal scorpene adalah punca utama Najib nazak.

Namanya kini telah dipaparkan di beberapa suratkhabar dan laman web beberapa negara sebagai orang yang perlu hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah skandal scorpene di Perancis menambahkan Najib nazak
.
Terbaru terbongkarnya rahsia pertemuan Najib Razak dengan Abdul Razak Baginda yang bersama dengan Atlantuya di Perancis yang didedahkan oleh pnompenhpost pastinya menbuatkan Najib nazak senazak-nazaknya.

Ini diikuti dengan tuduhan-tuduhan meyalahgunakan dana kerajaan untuk majlis pertunangan anak perempuannya yang menelan belanja RM409,767 dan majlis harijadinya yang menelan belanja RM 79,053.Nasib memang tidak menyebelahi Najib apabila hari ini 11 Jun 2012 NEWYORKPOST melaporkan bahawa bakal menantu Najib didakwa menipu. 

Kejatuhan popularitinya ke aras yang sangat rendah terutama di kalangan pengundi bukan melayu amat meresahkannya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan popularitinya di kalangan pengundi dengan pelbagai cara termasuk bantuan BR1M, Klinik 1Malaysia, Pasaraya 1Malaysia, Perhimpunan Raksaksa Merah, Perhimpunan Sejuta Belia dan terbaru memaparkan gambarnya di tin aluminium minuman tenaga 100 plus sebagai usaha mempromosikan dirinya untuk kembali popular.

Isu-isu yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansur juga tidak ketinggalan membelenggu kepala wotak Najib. Isu pening kepala wotak buat Najib berkaitan Rosmah ialah isu cincin berlian RM24 juta.

Pendedahan salahlaku mentornya, mahathir oleh George Soros yang disiarkan beberapa blog pro PR juga menambah nazak Najib. Masalah sendiri tak habis kena pulak fikirkan masalah orang lain. 'Adudu, kepala... rasanya mau pecah..' dangdut sikit bro, hahaha!

Pelbagai skandal yang membabitkan menteri-menteri kabinetnya juga tidak kurang penting dalam menazakkan najib ketika ini. Skandal NFC, PKFZ dan tuduhan Skandal Hubungan Shapie Apdal dengan artis jelita Zahida Rafik yang diberitakan membabitkan wang jutaan RM adalah antara isu terhangat dibicarakan sehingga hari ini turut memainkan peranan menazakkan Najib.

Tak lupa juga kemarahan melayu dalam umno sendiri kerana kewujudan mamak dalam parti terutama mamak-mamak yang mendominasi wanita umno, umno Penang dan Perak. Nazak terus Najib. Semua isu terbeban di batu jemalanya.  

Dalam masa yang sama Muhyiddin Yasin menunggu masa yang sesuai untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.  Muhyiddin tidak dilihat sebagai bersatu hati dengan Najib bermula daripada kritikannya terhadap slogan 1malaysia ciptaan Najib yang nazak.
buat-buat sedih

Diikuti dengan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang ditukar kembali kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek teras itu.Ini juga dilihat sebagai penentangan Muhyiddin Yassin terhadap Najib dan Mahathir.

Muhyiddin juga didapati tidak pernah mahu memberi sebarang komen tentang isu-isu yang sedang melanda bosnya itu malah hanya berdiam diri seolah-olah tidak ambil peduli dengan apa yang menimpa Najib. Muhyiddin digambarkan oleh beberapa penulis blog sebagai gembira dengan situasi yang dihadapi Najib.

Tulisan yang menyatakan terdapat perebutan kuasa antara kedua-dua taiko besar dalam umno ini mungkin ada kebenarannya. Malah jika benar berlaku ia merupakan suatu yang boleh diharapkan untuk menghentikan amalan mempusakakan jawatan PM kepada anak PM-PM terdahulu atau lebih tepat lagi sistem dinasti dalam umno.

Dengan terhapusnya sistem dinasti dalam pemerintahan negara pastinya negara akan lebih selamat daripada penyelewengan , korupsi dan jenayah halal yang selama ini membawa kepada kerugian bertrillion RM wang pembayar cukai. 
Siapa sahaja pastinya akan berani berbuat demikian jika mengetahui penganti mereka sebagai peneraju kepimpinan negara adalah anak-anak mereka sendiri.

Daripada sudut politik dalaman parti, memang kejatuhan moral dan kredibiliti Najib memberi keuntungan kepada Muhyiddin. Sekiranya Najib mengundur diri atau kalah dalam PRU13 di Pekan maka calon PM yang seterusnya adalah dirinya sendiri. Mana mungkin ahli politik yang sudah sampai sejauh itu tidak punya cita-cita untuk menjadi PM.

Tidak mustahil 
Ketika Najib Nazak , Muhyiddin Baca Yasin 
Malah Bersedia Mentalkinkannya.



No comments: