Kasihan, Remaja Ini Sentiasa Diikat.
Seorang
remaja dilihat sentiasa diikat setiap kali keluar ke mana sahaja
bersama dengan seorang lelaki tua. Namun persoalannya, mengapakah lelaki
tua itu sanggup mengikat remaja tersebut?
Apabila kita melihat seorang lelaki bergelar datuk bertindak mengikat
cucunya, adakah kita mahu terus menghukum kejam terhadapnya?
Sebenarnya remaja ini diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, dan terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual. Kasihan bukan? Terpaksa berhadapan dengan situasi yang sukar.
JIANG terpaksa diikat pada kenderaan datuknya bagi memudahkan dia diawasi pada setiap masa.
TANPA ibu bapa, Jiang terpaksa bergantung kepada datuknya untuk segala keperluan di rumah mereka yang serba daif di Fuzhou.
Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah
menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk
Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di
wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit
setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima
Jiang belajar.
Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari
bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai
punca pendapatan.
Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang
diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan
tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari.
“Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.
“Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.
“Saya satu-satunya tempat dia bergantung,” katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.
Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang.
No comments:
Post a Comment