Asal Usul kasanova.
Perkataan
"kasanova" memang cukup fobia bagi orang perempuan kerana ia
melambangkan jenis lelaki yang kaki perempuan dan suka mempermainkan
perasaan perempuan.
Tetapi tahukah anda perkataan kasanova atau dalam
bahasa Inggeris "casanova" itu di ambil daripada nama seorang pengembara
Itali iaitu Giovanni Giacomo Casanova.
Beliau dilahirkan di Venice,
Itali pada tahun 1725 dan merupakan anak kepada seorang aktres
bernama Zanetta Farussi, isteri kepada pelakon bernama Gaetano Giuseppe
Casanova yang merupakan sepupu kepada tokoh muzik dunia, Wolfgang
Amadeus Mozart. Di dalam biografinya, beliau mengakui telah mula
melakukan hubungan seks pada seawal usia 16 tahun.
Pada usia tersebut
juga beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang perundangan dari Universiti Padu. Dia juga mengambil kursus dalam falsafah moral, bidang kimia dan matematik di universiti yang sama. ( peerrgghh pada usia tu dah dapat Ph.D).
Inilah potret Casanova yang dikatakan raja segala kaki perempuan |
Pada 1740 Casanova kembali ke Venice di mana dia memulakan kerjayanya
sebagai pendakwah bagi hal yang berkaitan undang-undang di gereja.
Tetapi dia tidak menghabiskan banyak masa dengan kerjayanya di gereja
oleh kerana sifat semulajadinya yang agak liar dan lebih banyak
terdorong dengan aktiviti-aktiviti seksual.
Kerjayanya di gereja juga
banyak terpalit dengan skandal-skandal akibat tabiat buruknya tersebut.
Selepas meninggalkan gereja, dia memasuki perkhidmatan tentera sebagai
pegawai rendah tentera bagi Republik Venice.
Dia dihantarkan ke
Constantinople (Istanbul sekarang) untuk berkhidmat. Oleh kerana dia
merasakan bosan dan menganggap kariernya dalam bidang ketenteraan tidak
menjamin masa depannya, maka sekali lagi dia menukar karier.
Kembali ke Venice,
dia menjadi seorang pemain biola dalam Teater San Samuele. Pada usia 21
tahun, dia telah menyelamatkan nyawa seorang bangsawan Venice dari
keluarga Bragadin, yang mana mereka inilah yang menjadi tempatnya
bergantung dan seterusnya mereka inilah yang menjadikannya sebagai salah
seorang lelaki yang kaya raya.
Casanova sekali lagi meninggalkan
Venice pada 1748, kali ini juga disebabkan oleh satu lagi skandal di
mana dia dituduh memperkosa seorang gadis. Bagaimanapun pertuduhan ke
atasnya ini ditarik balik dan dibersihkan namanya.
Pada tahun 1756, beliau mengembara ke paris dan menjadi pemegang amanah Loteri Kebangsaan yang pertama. Kedudukannya
ini menjadikannya dapat mengumpul kekayaan yang amat besar.
Bagaimanapun sebahagian dari kekayaan yang terkumpul hilang akibat
banyak kegiatan tidak bermoralnya dengan wanita-wanita yang menjadi
pekerjanya. Akibat dari itu, dia menanggung hutang piutang yang banyak
lalu dipenjarakan selama 4 hari atas sebab ini.
Casanova juga
berhasrat untuk menjadi seorang paderi Katolik. Bagaimanapun niat itu
ditukar dan beliau kemudiannya mengunjungi Albrecht von Haller dan
Voltaire.
Bermula 1760, dia mula mengelarkan dirinya dengan gelaran
Chevalier de Seingalt (Chevalier merupakan gelaran bagi pangkat seperti
panglima) dan terkadangnya dia menggunakan gelaran Count de Farussi
(Farussi merupakan nama asal ibunya) dengan niat mengelabui mata orang
ramai dan mencari kedudukan dalam masyarakat.
Bagaimanapun, Pope
Clement XIII akhirnya pada satu ketika menganugerahkannya dengan
anugerah pingat Éperon d'Òr. Akhirnya Casanova memperolehi gelaran
Chevaliar yang diidam-idamkannya secara sah menerusi pemberian angurah
dari Pope tersebut.
Pada tahun 1785, dan seterusnya dia berkhidmat sebagai pustakawan kepada Count Joseph Karl von Waldstein, seorang chamberlain
(pengurus kediaman diraja) bagi Maharaja di Istana Dux, Bohemia (kini
dikenali sebagai Istana Duchov, Republik Czech).
Disinilah tempatnya di
mana dia memulakan usahanya menulis autobiografinya. Kehidupan
diakhir-akhir penghujung usianya sangat membosankan, menyakitkan dan
mengecewakan dirinya.
Semua yang bekerja di Istana Dux tersebut
membenci sikap dan perangainya dan dia bukanlah merupakan seorang yang
dihormati di sana malah dibenci. Pada 1798 akhirnya dia menghembuskan
nafas yang terakhir di tempat di mana ramai manusia disekelilingnya
membenci dirinya.
Begitulah riwayat hidup seorang lelaki yang matinya tanpa disanjung
malah di benci oleh masyarakat pada zamannya. Akan tetapi sekarang ini
namanya diabadikan bagi gelaran lelaki yang kaki perempuan dan suka
mempermainkan perasaan perempuan. Wassalam....
No comments:
Post a Comment