Akhirnya Anwar Ibrahim Disahkan Gila Babi... Babi Pun Tak Gila Macam Dia!!!
Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana
beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal. Harga
minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan
ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah
mengambil-alih kuasa.
Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya
apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato’ Seri
Najib yang ‘terpaksa’ turun dari takhta, katanya.
Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah
negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee.
Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana
membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar
sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan
negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.
Atau mungkin Anwar benar-benar terlupa untuk ‘berkongsi’ dengan
rakan-rakannya yang lain seperti Kit Siang dan Hadi Awang serta membolot
kuasa secara mutlak untuk dirinya semata-mata. Justeru itu, segala
keputusan akan dibuat secara sendirian tanpa perlu dibawa ke meja
perbincangan.
Namun, apa yang membuatkan kita lebih ‘cuak’ dengan Anwar ialah apabila
beliau memberi masa yang tepat iaitu jam 2.30 petang untuk membuat
mengumumkan kejayaannya menawan Putrajaya.
Kata beliau, “"Jam 2.30
petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah
dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan
telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak
SPR,"
Rasanya tidak salah jika ada yang meragui kewarasan Anwar dengan
kenyataan di atas. Anwar bukan lagi gila kuasa tetapi sudah benar-benar
gila.
Beliau mula menganggap imaginasinya sebagai realiti. Keputusan
pilihanraya hanya akan dikeluarkan seawal 5 petang, bagaimana Anwar
mampu menilik kemenangannya pada jam 2.30 petang?
Mungkin ada yang berkata bahawa ini adalah kenyataan ‘pre-emptive’ Anwar
untuk mengambil-alih kuasa melalui jalan belakang iaitu dengan
menjatuhkan kredibiliti SPR.
Namun, kita tidak boleh mengenepikan terus
kemungkinan Anwar telah tidak berpijak di bumi nyata dan apa yang
diperkatakannya bukanlah strategi ‘pre-emptive’ tetapi fantasinya.
Anwar membayangkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas PRU nanti
tetapi di masa yang sama beliau tahu yang beliau sukar untuk menang.
Justeru, imaginasinya memberitahu bahawa beliau boleh terus bersikap
seperti Perdana Menteri, mengambil tindakan terhadap SPR serta
memerintahkan Dato’ Seri Najib agar turun dan berundur.
Bagaikan seorang kanak-kanak melayan imaginasi ingin menjadi superhero,
Anwar juga membayangkan yang beliau boleh berbuat dan menjadi apa saja
yang beliau mahukan.
Memandangkan imaginasi tidak mempunyai batasan
maka kerana itulah Anwar mampu menabur janji-janji setinggi bintang di
langit dan membayangkan senario PRU sesuka hatinya.
Sedar atau tidak, nampaknya akhir-akhir ini cakap-cakap Anwar sudah
semakin merapu. Semakin banyak beliau bercakap, semakin terserlah
bahawa beliau tidak lagi bercakap menggunakan akal yang waras.
Sikapnya yang tidak tenang dan sering menunjuk marah terhadap wartawan
dari media pro-kerajaan selama ini adalah simtom-simtom awal
ketidakwarasannya.
Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada PRU nanti. Apakah
kegilaan Anwar akan terserlah dengan lebih jelas pada ketika keputusan
diumumkan dan tidak memihak kepadanya?
Atau apakah beliau akan
benar-benar bertindak mengikut imaginasinya iaitu mengabaikan
undang-undang, peraturan dan logik dalam membuat tindakan dengan
mengumumkan kemenangannya walaupun proses pengundian belum lagi tamat?
HUH!!!GILA MACAM-MACAM GILA!!!!
No comments:
Post a Comment