Monday, 24 September 2012

Adakah Mayat Yang Telah Diawet Dikira Najis?


Adakah Mayat Yang Telah Diawet Dikira Najis? |


 Sebagai orang Islam, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling. Hal ini kerana ada sesetengah perkara atau benda tersebut dianggap najis. Sama seperti kepada pelajar perubatan  yang mempunyai pertanyaan mengenai mayat yang diawet. Persoalan mereka adalah adakah mayat yang telah diawet dikira najis. Bagi mendengar jawapan itu, jom kita baca.

Huraian ustaz di bawah ini.


Soalan :


Assalamualaikum.
Saya ada satu soalan. Saya merupakan pelajar perubatan. Saya akan membedah mayat dua kali seminggu. Soalan saya adakah mayat yang telah diawetkan dengan bahan kimia dikira sebagai najis? 


Adakah bau (bahan kimia pada mayat) yang melekat di baju (bau sahaja) juga dianggap janis, kerana walaupun menggunakan pelindung pakaian (apron), tetapi bau masih melekat di baju.

Sekian, terima kasih.


Jawapan :


Mayat manusia adalah tidak najis walaupun ia seorang yang musyrik. Ini berdasarkan firman Allah SWT :


” Dan Kami (Allah) telah memuliakan anak Adam”. Adapun darah, najis, kencing dan sebagainya dari mausia itu adalah najis. 


Adapun ayat Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis. bermaksud akidah mereka yang bathil itu adalah najis. Adapun bau yang melekat di pakaian adalah dianggap tidak najis.


Jadi sudah jelas bahawa mayat manusia adalah merupakan tidak dikira sebagai najis walaupun mayat tersebut bukan seorang yang musyrik. Semoga jawapan ini dapat membantu anda. Insya Allah.

No comments: