Sunday 30 September 2012

Orang Melayu Bukan Pengecut!!!!

TAHUKAH ANDA?? Bagaimana Tentera Jepun Tahu Orang Melayu Bukan Pengecut.

Menurut penulis buku “Memoir Mustapha Hussain: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum Umno“;
 
  • Beberapa hari sebelum meletusnya peperangan dunia kedua di Tanah Melayu, Tentera Jepun telah melaungkan di radio-radio bahawa Tentera Jepun akan dibantu oleh “KAME” untuk menakluki Malaya. “KAME” dikatakan sebagai sayap kelima Jepun yang terdiri daripada rakyat tempatan tanah Melayu.
  •  
  •  
  •  Tentera British yang mendengar laungan Tentera Jepun ketika itu mula menjalankan siasatan siapakah KAME yang dimaksudkan oleh Jepun dan akhirnya pegawai perisik cawangan khas British mendapati bahawa mereka itu adalah daripada Kesatuan Melayu Muda (KMM). Maka habis semua ahli KMM telah diberkas dan disumbat ke dalam penjara di Singapura.
  •  
  •  
  • Ibrahim Yaakub rupanya telah menjalinkan hubungan dengan Tentera Jepun menawarkan KMM sebagai sayap kelima mereka tanpa pengetahuan ahli-ahli KMM seorangpun. Ibrahim Yaakub juga telah diberkas oleh British bersama dengan iparnya Onan Haji Siraj yang juga ahli KMM. Ibrahim Yaakub telah menipu British mengatakan Onan bukan ahli KMM lalu British melepaskannya.
  •  
  •  
  • Onan Haji Siraj kemudiannya membawa Jepun menemui Mustapha Hussain yang merupakan Naib Presiden KMM yang selamat daripada tangkapan British. Mustapha Hussain terpaksa mengambil alih menjadi ketua KAME sayap kelima Jepun menggantikan Ibrahim Yaakub walaupun dia tidak tahu menahu tentang perjanjian bersama Jepun.
  •  
  •  
  • Mustapha Hussain kemudiannya dibawa menemui Mejar Fujiwara yang bertindak sebagai ketua kepada kumpulan F Kikan yang akan mengetua pergerakan mereka melawan British. Mustapha diminta mengumpulkan semua ahli KMM untuk mula menjalankan tugas mereka. Malangnya sudah tidak ada lagi ahli KMM yang boleh dikumpul kerana semuanya dan ditangkap British.

  • Mustapha Hussain tidak memberi tahu Jepun perihal tersebut sebaliknya berusaha mencari beberapa orang pemuda Melayu untuk dijadikan pengganti ahli KMM. Dia bertemu dengan Persatuan Pemuda Melayu Perak (PPMP). Mereka ini kemudiannya dilatih oleh Jepun selama 3 hari selok belok peperangan.
  •  
  •  
  • Salah seorang daripada ahli PPMP itu bernama Mohd Mustafa Bin Ali. Dia seorang yang sentiasa kelihatan tenang dan tersenyum dalam apa jua keadaan. Ketika berlatih seorang Kapten Tentera Jepun menghampiri Mustapha Hussain bertanyakan samada ahli-ahli KMM ini berani belaka.
  •  
  •  
  • Dengan berpura-pura marah Mustpha Hussain lalu menunjukkan pemuda Mohd Mustafa itu dan berkata, ‘cuba lihat muka pemuda itu! adakah anda nampak dia itu penakut?’. Jepun itu terus bangun dan mendapatkan budak muda tersebut.
  •  
  • Dia menghampiri budak itu dan tangan kanannya menepuk-nepuk bahu budak itu. Tiba-tiba tangan kirinya terus menyeluk kemaluan budak tersebut dan memegangnya. Selepas itu dia berpaling kepada Mustapha Hussain dan berkata, ‘Yoroshi!’, maknanya bagus!.
  •  
  • Begitulah cara Jepun mengenal pasti samada seseorang itu pengecut ataupun berani. Logiknya mereka yang kemaluannya masih lanjut dan tidak kecut mengecil tentulah seorang yang tidak penakut kerana dalam keadaan cemas itupun keupayaan seksnya masih berupaya berfungsi dengan baik.

  • Mungkin itu juga asal usulnya perkataan pengecut tersebut.

No comments: