Thursday 20 September 2012

RASA MACAM KENA GIGIT SEMUT AJE......

Kanak-kanak Cina Tak Takut Khatan.

Sekarang cuti sekolah banyak orang buat majlis berkhatan. tapi pilihan kali ni terarah kepada seorang kanak-kanak cina ni hehehee..tengok ada berani? 

 semua yang nak berkhatan tahun ni relaks je lah tak sakit pun, bak kata orang rasa macam kena gigit semut api je hehehee...

BERI SEMANGAT...  Wai Hoong (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Jun Hau ketika kanak-kanak itu dikhatankan oleh Dr Shahrizal.
BERI SEMANGAT... Wai Hoong (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Jun Hau ketika kanak-kanak itu dikhatankan oleh Dr Shahrizal. 

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berbangsa Cina langsung tidak menampakkan rasa gerun, sebaliknya masih mampu menunjukkan isyarat bagus selepas selesai dikhatankan doktor.


Ng Jun Hau, 7, yang juga anak kepada Setiausaha Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Pauline Wong, antara 39 kanak-kanak yang berkhatan beramai-ramai di Wisma Rozali, di sini, semalam.


Mereka adalah anak kepada ahli Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka).


Jun Hau tidak menunjukkan rasa sakit dan turut menunjukkan tanda bagus kepada jurukamera yang mengambil gambarnya selepas selesai dikhatankan oleh Dr Shahrizal Azwan Samsudin.


Bapanya, Ng Wai Hoong berkata, beliau mengkhatankan anaknya kerana mengetahui kebaikan berkhatan daripada segi kebersihan dan kesihatan diri seseorang.


“Saya mula memujuk anak saya untuk berkhatan Khamis lalu. Mula-mula dia takut tetapi lama-lama dia teruja untuk datang,” katanya.


Bagi Muhammad Nur Alid Mohd Sabri, 5, kanak-kanak termuda yang dikhatankan, dia juga berasa seronok dan langsung tidak berasa sakit.


“Mak janji nak beri hadiah duit selepas saya dikhatankan,” katanya yang ditemani ibu, Rosliza Hasan Rahmat, 37.
Majlis itu dirasmikan oleh Puan Sri Faridah Idris, isteri kepada Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail. — Bernama

No comments: