Thursday 28 January 2016

HUKUM KARMA BUAT MAHATHIR!!!



Datuk Seri Mahdzir Khalid mengungkit sejarah pemecatan Tan Sri Osman Aroff pada 1996 semasa pentadbiran Dr Mahathir. – Gambar The Malaysian Insider oleh  Hasnoor Hussain, 25 Januari, 2016.


Datuk Seri Mahdzir Khalid mengungkit sejarah pemecatan Tan Sri Osman Aroff pada 1996 semasa pentadbiran Dr Mahathir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Januari, 2016.


Datuk Seri Mahdzir Khalid mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mempertikaikan langkah menukar menteri besar Kedah kerana beliau pernah melakukan perkara sama tanpa mendapat sokongan wakil rakyat ketika itu.


Ahli Parlimen Padang Terap itu mengungkit sejarah pemecatan Tan Sri Osman Aroff pada 1996 semasa pentadbiran Dr Mahathir yang dibuat walaupun tidak mendapat persetujuan wakil rakyat Kedah waktu itu.


"Saya ingat di zaman Tun sendiri dulu waktu jadi perdana menteri, 22 wakil rakyat Kedah sebenarnya sudah menurunkan tandatangan mempertahankan Tan Sri Osman Aarof sebagai menteri besar."


Tetapi beliau pada waktu itu adalah perdana menteri dan Tun buat keputusan menukar juga," kata Mahdzir yang juga ahli majlis Tertinggi Umno pada sidang media di kawasan parlimennya.

Semasa kemelut itu, Dr Mahathir membuat keputusan menukar menteri besar dengan menggantikan Osman dengan pengikut setianya, Tan Sri Sanusi Junid.

Dr Mahathir hari ini mengatakan cubaan pimpinan Umno Kedah menyingkirkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir selaku menteri besar negeri itu akan memakan diri, kerana Barisan Nasional (BN), akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.
Dr Mahathir mempertahankan anaknya dengan mengatakan pihak yang cuba menjatuhkan Mukhriz juga tidak mempunyai rekod kepimpinan yang baik.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Mahdzir berkata sebarang penyelesaian yang dibuat dalam organisasi politik adalah berbeza.

"Suasana mungkin berbeza, saya kira dalam mana-mana organisasi akan ada penyelesaian yang boleh dibuat bila berlaku kalau boleh dianggap sebagai krisis.

"Jadi saya ingat keadaan itu bila datang pada suatu keadaan tentu ada kaedah dan penyelesaian waktu itu, jadi saya ingat itu jawapan saya," katanya.

Mukhriz ketika ini berdepan penentangan apabila sekumpulan pemimpin Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan hilang keyakinan dan memintanya berundur daripada jawatan menteri besar.

Dalam perkembangan terkini, media melaporkan terdapat pengakuan bersumpah (SD) berjaya dikutip daripada 19 wakil rakyat Umno yang menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz. 

16 comments:

Anonymous said...

Biarlah Dewan Undangan Negeri memutuskan.
Sama ada Mukhriz MB atau tidak.
Yang lain jangan jadi Bodoh dan Bangang.

Anonymous said...

Betul anon 19:08
Jika tak mahu Mukhriz jangan dilantik beliau sebagai Menteri Besar dari awal lagi.
Jika tak mahu Najib sebagai PM jangan dilantik beliau sebagai Perdana Menteri.

Tunggu pilihanraya la...

Anonymous said...

Bapak buat perjanjian bodo dan bangang demi waris dan kroni hidup mewah....
Hebat mana pon...kuasa Allah swt lbh hebat....
Bapak cuma merancang...takdir yg menentukan....
Mgkin tiada lagi mb part time di kedah yg terkejar sana sini dgn bisnes warisan legasi 22 tahun....
Hikmahnya....mukhriz dpt beri tumpuan dgn bisnes dan keluarga di kl berbanding pentadbiran di kedah....
Errrr....tak ada ker anak2 kedah yg layak jadi mb selain mukhriz?????

Anonymous said...

sokong anon 19.29. nasihat buat tun harap jangan buat kenyataan yang akan memakan diri. Beri peluang pada pimpinan yang lain buat keputusan. Kenyataan demi kenyataan akan mendapat balasan yang sebaliknya dari pihak lain. Takut-takut banyak rahsia bocor nanti. Duduk diam diam cukup. Nanti imej negarawan makin teruk tercalar.Betul kata blogger. hukum karma dah menjelma

Anonymous said...

Maaf...
Saya penyokong UMNO BN.
Mengikut firasat saya Tun M dan anaknya Dato Mukhriz lebih dekat dihati rakyat Malaysia.
Jika di Kedah hampir kesemua orang-orang Kedah menyokong kepimpinan Dato Mukhriz sebagai Menteri Besar. Cuma KB dan sebahagian ADUN yang memprotes Mukhriz mungkin atas sebab tekanan pihak atasan. Keseluruhannya rakyat Kedah yang berparti UMNO dan PAS sangat sayang kepada Dato Mukhriz. Mungkin beberapa kerat berkepentingan yang cuba menolak Mukhriz. Tetapi Mukhriz tetap dihati rakyat Kedah.
Percaya atau Tidak.
Lebih 90 peratus rakyat Kedah menyokong kepimpinan Dato Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Anonymous said...

anon atas sekali,siapa yang bodoh dan bangang sebenarnya!kena anak sendiri baru nak ikut keputusan DUN kedah.bila kena kat osman arof yang dapat sokong majoriti Adun kedah seramai 22 orang tak ikut pulak keputusan DUN kedah? kerana kroni osman arof jadi mangsa! betul hukum karma tu.

Anonymous said...

kalau dah 90 % rakyat kedah sokong mukhriz apa nak di takutkan.mukhriz dan mahathir sendiri boleh join pakatan harapan atau tubuh parti baru.sebab sekarang pun anak beranak dah tentang presiden umno.ajak shafie afdal dan muhyiddin sekali lawan BN dalam PRU 14 nanti.ada telur ke?

Unknown said...

Lantak kau la Umno.Bergaduh la sesama sendiri smpai lingkup.Kami rakyat nak tggu Pru ni aje.Tau la kau org langit tggi rendah.Time kau org kuat pun bkn blh menang penang,sgor dan kelantan pun.Ni kan lagi skrg??

Anonymous said...

ini semo saloh DAP..cilako..cilako..cilako..bona DAP

Anonymous said...

Saya sokong Mukhriz letak jawatan MB Kedah.
Saya sokong Mukhriz dan Tun Mahathir tubuh parti baru pasal diaorang ada pengalaman. Atau join PAN ke PAS ke DAP ke. Mesti ramai yang berebut2 nak kan mereka. Boleh tarik Shfie, Muhyidin dan sape2 untuk join.

Pasal PRU yang akan datang, insyaAllah kerajaan yang ada sekarang kekal.

Anonymous said...

X suka Tun dn Mukhsis. Suka cantas orang....x baik tau....

Anonymous said...

Umno is a sick party la..

Anonymous said...

If UMNO is sick put medicine to cure but DAP is the worst and most cauvanist party.

Anonymous said...

Dap is true party,xde mcm Umno rasuah,gila talak jwtn,tikam sana sini,ego bnyk tggi.Kalau ada telur kasi menang la penang sama sgor!! Stupid party.Hidup pakatan rakyat..Kasi menang Perak,kedah n tgganu.Umno apa lagi gaduh2 la sampai k.o..

Anonymous said...

buktikan,jangan cakap aje lebih!cakap2 macam ni dah lama aku dengar sejak pru 1 sampailah pru 13.tapi tak dapat juga nak tawan kerajaan persekutuan.menyalak seumur hidup gunung tak runtuh2 jugak.dah memang kerja pembangkang asyik bercakap seumur hidup tapi buat kerja satu pun tak tahu.jangan cakap aje,buatlah kerja kempen seumur hidup.makna kempen,tidur kempen berak pun kempen jgn berhenti.barulah nampak hasilnya bodoh!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Umno bodoh xde telur,ckp lebih..main besar aje 2.6b,42b la..kejap derma kejap pulang balik.Mcm kartun.Kejap gabung dgn Pas sbb takut kalah.Tggu dan lihat je pru 14.Kau org jd la mcm parti Golkar tu.