Sunday, 26 January 2014




ISU KALIMAH ALLAH


NGO Islam berkumpul di luar Istana Kehakiman Putrajaya untuk mendengar keputusan Mahkamah Rayuan terhadap penggunaan kalimah `Allah'. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 September, 2013.


Bismillah.


Ada dua pihak sekarang tengah gaduh pasal isu kalimah ni. Satu pihak bantah, satu pihak sokong (macam biasalah politik, apa pun isunya tetap lah begini). Bila parti politik berfatwa, mereka ni terjerut leher sebab tak nak kurang undi. Yang satu pihak nak menang undi orang Islam, yang satu lagi nak menang undi orang bukan Islam.


Pening kepala orang kafir tengok, macam mana dua orang Islam baca Kitab sama tapi lain-lain keputusan? Haruskah? Tak sepatutnya terjadi. Kalau Rasulullah ada, ini takkan berlaku. Jadi, bila Rasulullah takda, berlaku selisih pendapat begini,bagaimana nak menentukannya?


Jangan tanya orang politik soalan ni. Kalau tanya parti A pastilah dia akan kata A betul, parti B kata B betul. Takkan habis, sebab mereka saling berbangkang. Ini cuma salah satu isu tarik undi saja. Nampak saja macam obses tegak agama, memang lah pun tapi inti dia sebenar nak jaga undi.


ISUNYA  sekarang boleh ke orang Kristian guna kalimah Allah? Jawapan saya boleh, apa salahnya. Bukankah Allah Tuhan Sekalian Alam. Jangankan Kristian, Budha, Hindu, haiwan bahkan syaitan iblis pun boleh saja nak sebut Allah. Iblis pun banyak kali sebut nama Allah. Dalam Surah An Nas, Allah disebutkan sebagai Tuhan Manusia, maka semua manusia bertuhankan Allah.


Jika mereka tak boleh sebut, macam mana kita nak dakwahkan siapa Allah pada mereka? Sampai mereka nak tau pasal Islam dan bertanya, bagaimana sifat Tuhan Allah....takkan tak boleh? Susahlah kerja dakwah. Mana dalil kata mereka tak boleh sebut Allah?


Pun begitu, had dibolehkan sebenarnya bergantung kepada untuk apa mereka gunakan. Boleh guna, tapi jangan salahguna.


Dalam kes Bible, sebenarnya meredhai mereka menggunakan nama Allah untuk mensyirikkan Allah dengen mngatakan Allah punya Anak adalah tidak wajar sama sekali. Ia sama dengan menyokong kesyirikan. Ia mengizinkan Allah disekutukan.


Allah dalam Bible dan Quran tak sama? Allah yang sama tapi kisahnya tak sama. Macam kamu tulis kisah saya, satu kamu kata saya ni ada anak, satu lagi tak ada anak. Kisah tu tentang saya, salah satu adalah kisah palsu tentang saya. Maka pemalsuan adalah satu kesalahan. 





Membenarkan pemalsuan adalah satu kesalahan apatah lagi jika yang dipalsukan itu Maha Suci Allah yang tidak beranak dan diperanakkan. Jika kamu kata Allah beranak atau Allah ada 3 (trinity) ini syirik, dan perbuatan menyuburkan perkara syirik adakah Allah suka? Apatah lagi ianya tentang Allah. Allah suka ke kamu bantu org sekutukan Dia? Tepuk dada tanya selera.




Lagipun takde masalah pun kalau gereja nak hapuskan nama Allah dalam Bible Bahasa Melayu. Kerana Bible ini diterjemah daripada Bible Bahasa Inggeris. Manakala Bible English diterjemah daripada Bible Hebrew.



Dalam Bible English tiada satu pun nama Allah dalam tu. Yang ada Lord atau God. Lord atau God diterjemahkan sepatutnya sebagai Tuhan. Kamu beritau saya bagaimana Lord/God boleh diterjemah jadi Allah atau Allah Ta'ala?


Tuhan adalah individu. Allah adalah nama individu. Macam saya lah, saya manusia, nama saya Amirul. Bagaimana kamu boleh translate Human-being (manusia) sebagai Amirul? Sepatutnya terjemahannya manusia. Boleh tangkap tak? Ini satu penterjemahan yang tak jujur.


Dalam Bible saya mengesahkan bukan sekadar Allah bahkan ditulis Allah Ta'ala. Bukan sekadar Allah menjadi bapa Tuhan, malah dikatakan Allah itu satu dalam tiga. Jesus itu ialah Allah juga. Ruh Kudus juga Allah. Bukan tiga dalam satu, tapi satu dalam tiga.


Ini konsep Trinity, dan konsep ini sebenar tiada dalam Bible. Ahmad Deedat pernah menawarkan sejumlah wang kepada hadirin Kristian dalam satu dewan di Amerika bagi sesiapa dapat tunjukkan mana-mana ayat menerangkan konsep trinity dalam Bible maka dapat duit, tiada seorang pun mampu.


Kesimpulannya, orang kafir boleh guna nama Allah, tapi tak boleh salahguna, samada untuk tujuan mensyirikkan atau menghinakannya. Wallahua'lam.


Mohon berlapang dada.

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

1 comment:

Anonymous said...

Jika ada yg bukan Islam yg baca, sesiapa yg ingin menjadikan Allah (swt) sbg Tuhannya, berSyahadahlah dan ikut serta bersama kami dlm Islam dan kamu semua menjadi saudara saudara kami. Jika tuan tuan menganggap Allah (swt) sbg Tuhan, sesungguhnya agama yg diterima Allah swt hanyalah Islam, dan barangsiapa yg mencari agama selain Islam sekali kali tidak akan diterima Allah swt. Dan boleh juga ditanya kpd ketua ketua agama tuan tuan, akan masuk nerakakah tuan tuan jika tuan tuan memeluk Islam, jika mrk menjawab ya, mk mintalah mrk tunjukkan bukti ayat ayatnya dlm kitab suci pegangan tuan tuan. Jika tiada mk apa ruginya memeluk Islam ?
Manakah yg lebih benar tuhan tuhan yg banyak, yg bermacam macam, tuhan tuhan yg beranak berbapak, yg tidak bernama hingga manusia yg memberi namanya, namanya pun boleh ditukar tukar, di M'sia lain, di US lain, di UK Eropah lain, ataukah, bahkan sebenarnyalah Tuhan itu adalah Allah swt, yg Esa, Maha Berkuasa, Maha Hebat mengatasi segala galanya, yg disebutnya namaNya, Allah (swt) oleh sekelian manusia muslim, jin muslim dan malaikat, bahkan sekelian makhluk (selain manusia dan jin yg kafir) di mana pun mrk berada, di M'sia, US, Eropah, China, India atau di mana pun, di bumi di langit, di Akhirat, di Syurga, di Neraka, di mana sekali pun Allah (swt) jugalah namaNya.