Friday, 24 May 2013

HINDARILAH NASIB POMPEY DAN GEMORAH!!!

 

Dr Asri Tolong Jawab: Bolehkah Seorang Peliwat Menjadi Pemimpin Dalam Islam?

                                                                                                                                                  
Seorang bekas mufti menulis dalam sebuah portal yang dibiayai oleh badan-badan bukan kerajaan dari luar negara yang sentiasa menunjukan kurang senangnya mereka terhadap Islam. 

Beliau bukannya menulis menyanggah propaganda kumpulan ini. Sebaliknya, beliau menulis menggunakan lapik-lapik Islam untuk memenuhi agenda kumpulan ini.

Dalam tulisan terbaru bekas mufti ini mmeetik panjang lebar perbincangan mengenai semangat patriotisme dari segi Islam sebelum memasuki jarum politik beliau,
Jangan Nafikan

Tiada pihak yang boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang berkuasa dalam watannya atas nama semangat patriotisme. Tiada siapa pula yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya. Kuasa politik boleh datang dan pergi. Boleh bertukar ganti.

Sultan dan menteri juga boleh dibuang ataupun dipasang. Hanya keadaan yang menentukan. Namun hakikat bahawa tanahair dan watan ini adalah milik kita, lahir di sini, berketurunan di sini, membesar dalamnya adalah sesuatu yang tidak boleh diubah dan dinafikan oleh mana-mana pihak pun.

Justeru, penentangan terhadap kuasa politik di watannya yang seseorang tinggal dalamnya tidak menafikan cinta dan sayangnya dia kepada tanahairnya. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dihalau keluar dari Mekah.

Mereka kemudian berpakat dengan orang Madinah memerangi kuasa politik Mekah yang zalim. Bahkan mendapat bantuan luar menawan Mekah dan membebaskan Mekah dari kuasa yang zalim tersebut. Itu semua tidak menafikan cinta Nabi SAW kepada Mekah.

Orang Kelantan yang tidak suka PAS bukan bererti tidak sayang Kelantan. Orang Penang yang tidak suka DAP bukan bererti tidak sayang Pulau Pinang. Orang Selangor yang tidak suka PKR bukan bererti tidak sayang Selangor. Orang Malaysia yang tidak suka BN bukan bererti tidak cintakan negara.

Begitulah seterusnya. Mungkin yang rakyat tidak suka itu ialah penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan harta rakyat oleh mereka yang memegang tampuk-tampuk tersebut. Namun, sayang negeri dan negara tetap kekal.

Jadi mereka jangan cuba menafikan kecintaan seseorang kepada tanahair; negeri ataupun negara mereka hanya kerana tidak mendapat sokongan politik yang idamkan.

Bukan main bangga lagi beliau kononnya rakyat yang menentang pemimpin atas sebab rasuah dan penyelewengan dengan menunjuk arah kepada BN. Sampai menyamakan kumpulan yang mencetuskan huru-hara dalam negara ini seperti perjuangan Nabi Muhammad s.a.w yang meninggalkan Mekah. 

Saya fikir beliau tentu mendapat wahyu atau mimpi dari Allah sehingga berani mendakwa orang tertentu rasuah tanpa bukti atau melihat dengan mata kepala sendiri. 

Ulama yang mmenuduh dan menulis berdasarkan syak wasangka lebih hina daripada penulis biasa yang menulis kerana menyokong kumpulan tertentu.

Orang yang beriman kuat tidak akan menulis yang boleh menimbulkan fitnah. Tapi ulama ini bukan main lagi hebat, mengalah penyair majusi dalam mencipta propaganda.

Oleh kerana bekas mufti ini telah beberapa kali membuat tuduhan jahat terhadap kerajaan, UMNO dan BN sebagai rasuah, meneyeleweng dan menyalahguna kuasa berdasarkan persepsi beliau, bukannya dari sudut etika keilmuan Islam, saya ingin bertanya:

Bolehkah kita seorang Islam melantik Anwar Ibrahim seorang peliwat menjadi Perdana Menteri? 

Jika dilihat daripada sudut keilmuan Dr Asri ketika menuduh pemimpin BN rasuah, saya fikir hujah menyatakan Anwar seorang yang mengamalkan seks songsang ini jauh lebih kuat.
Telah ada dua orang mangsa tampil ke hadapan melaporkan kepada mahkmah, ada bukti DNA, Anwar juga enggan bersumpah sehingga sekarang dan adanya rakaman video yang jelas menunjukkan wajah Anwar bin Ibrahim idola bekas mufti ini.

Belum ada dalam sejarah Islam, pemimpin yang kaya raya dimusnahkan sekelip mata olah Allah seperti mana Allah memusnahkan kaum seks songsang. Jadi mana yang lebih wajar dibuang? Pemimpin yang dituduh rasuah atau pemimpin yang melakukan hubungan seks songsang ini?

Sama-sama kita menunggu jawapan Asri. Selamat berdalih dan berdalil-mykmu.net

2 comments:

'ibadurRahman said...

Selagi ada yg memakmurkan masjid, zakat(semua jenis zakat) ditunaikan, sedekah diamalkan, istighfar dan taubat jadi amalan, dua ayat terakhir surah Al Baqarah dilazimi, amar ma'ruf nahi mungkar dilakukan, selagi ada insan insan yg sentiasa bersyukur dan beristighfar, bertaubat, bala massa insyaAllah ditangguhkan, hinggalah insan insan soleh berkenaan dipisahkan dr org org yg fasik, zalim dan kufur sahaja yg tinggal.

FAHRUGHAZI said...

Kalau lah betul apa yang tertulis itu adalah daripada seorang yang pernah menjadi mufti dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, saya rasa beliau telah menghina jawatan yang pernah beliau pegang dahulu dan telah tidak amanah dengan ilmu yang Allah kurniakan kepadanya.
Apa yang dikatan itu adalah fitnah dan tohmahan semata-mata, kerana ianya tidak disertai dengan bukti yang kukuh. Bukankah negara ini mempunyai sistem undang-undang dan kehakiman yang mantap. Sekiranyanya pernah kerajaan yang memrintah disabitkan dengan jenayah rasuah, salah-guna kuasa dan sebagainya, barulah boleh dibuat penuduhan.
Sungguh hina se seorang yang berkedudukan yang tinggi dari segi mencapaian ilmu agamanya dengan sewenang-wenang membuat penuduhan tampa bukti dan fakta.