Sunday, 2 December 2012

PUISI "RATU ANJING" BERNILAI JUTAAN RINGGIT!!!






Puisi ‘Ratu Anjing’ boleh dikira karya agung dunia persuratan penggal ini kerana nilai samannya berjumlah RM30juta yang di saman oleh seorang YB. 
Diharapkan Dr Ibrahim berhati-hati agar tidak termasuk di dalam perangkap seperti apa yang berlaku kepada cerpen YBJ karya Chamil Wariya. 

Di bawah disiarkan puisi yang bernilai RM30 juta:- 



RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU - 
(Panggak Binasa Terlajak Kata) 



Ratu anjing itu pun melengking, menyalak galak mengasah taring, 
setelah lepas tersepit pengancing, lalu keluar dari akal yang sinting, 
munci; Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling 
menunjuk telunjuk berkait kelinking. 
Makhluk juga; Takdirnya dia ... anjing 
tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'. 


II 

Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh 
dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh 
pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh, 
alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh menggadaikan kabilah mudah diperbodoh 


III 

Suci suatu subuh itu terganggu, salak anjing antara azan yang syahdu 
melihat kelibat siluman dan hantu, tawakal muazin menuju nawaitu 
tertip titipan taqwa pada yang satu biarkan ratu anjing itu menyalak waktu, bukit bukau tetap jitu 
gunung-ganang tetap padu, manusia perlu berakal dan berilmu 


IV 

Alam maya bukan mutlak milik kita 
dipinjamkan cuma sementara 
dipentas ini kesempatan bersama berjuta makhluk berbagai rupa 
ketentuan anjing-anjing juga ada



Kok anjing biar menyalak 
kok bukit diar berpuncak 
kok terasa menyelar bijak bumi juga tempat berpijak 
padah kata bila kata terlajak 


(Dr Ibrahim Ghaffar, Bukit Kapar Selangor. 22 September 2008)
Petikan dari Utusan Malaysia 16 Oktober 2008 



 

No comments: