Friday 21 December 2012

Nik Aziz Jangan Takabur! Bermuhasabahlah!!!



SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."


Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.


Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.


"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.


"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.


"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.



Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.



Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.


"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.


Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".

"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.Sumber klik sini




 INILAH MAKSUD POLITIK SUKU AGAMA SUKU DALAM AMANAT HJ HADI.



JADI MUDAH CERITA NIK AZIZ PERLU LETAK JAWATAN MB.JANGAN BERPOLITIK KERANA DIA ULAMAK AGUNG.ULAMAK KENA JAGA AGAMA BUKAN CAMPUR TANGAN DALAM HAL POLITIK SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA!!!!!!!




INILAH SEBENARNYA NIK AZIZ



Makin lama makin taksub, makin meninggi ego, makin kuat nada berbohong malah makin bongkak kononnya dialah Ulama yang disayangi rakyat Kelantan dan digeruni oleh Ulama Malaysia yang lain.
 


Makin berumur makin menjadi liciknya dalam politik dan makin serius bila bercakap isu fatwa agama yang semua sudah sedia maklum bahawa beliau bukanlah ahlinya (fatwa). 


Buka saja mulut maka rakyat Malaysia sudah tahu mesti ada kontroversi, terutama yang melibatkan 'fatwa politik' atau helah untuk kekalkan sokongan terhadap beliau khasnya dan parti Pas amnya.


 

Yang paling sedih, bila umur dah senja, kubur dah jemput, rumah dah halau, beliau masih belum lepas dari belengu kebejatan akal singkatnya sendiri. 


 Beliau ingat beliau mampu berbohong selamanya dan rakyat akan diperbodohkan selamanya. Itulah dia manusia yang bernama Nik Aziz, yang begitu licik menyusun strategi untuk berkuasa dan untuk kaya.
 


Beliau dari awal lagi sudah menunjukkan taring bisa dalam menyusun untuk 'merampas' kuasa dalam parti Pas, beliau sudah nampak resepi apa yang wajar dipakai untuk menanam kepercayaan rakyat Kelantan terhadap beliau. 


Supaya rakyat Kelantan nampak bahawa beliaulah yang paling layak menerajui Pas Kelantan ketika itu. Sementelah hanya Kelantan sahaja yang terima Pas dan di negeri lain Pas tidak laku.
 


Nik Aziz nampak kelemahan rakyat Kelantan ketika itu adalah 'tak cerdik' dan ramai yang tak sekolah tinggi atau masuk Universiti kerana belengu kemiskinan yang terpaksa dilalui oleh Negeri yang amat kurang sumber ekonominya. 



Sektor pertanian ketika itu menjadi nadi penggerak utama di Kelantan. Di sinilah beliau mengambil peluang 'menjual minyak' dan menggunakan kononnya kedudukan beliau sebagai lepasan pelajar dari Mesir yang amat jarang ketika itu rakyat Malaysia belajar di sana.
 


Rancangan akal jahat Nik Aziz yang pertama adalah menguasai parti Pas Kelantan. Beliau mula menyusun rancangan iblis untuk merampas kuasa dari kepimpinan Pas Kelantan ketika itu dengan mula mencanang betapa pentingnya Ulama menjadi teras kepada kepimpinan parti Pas yang berlabelkan ISLAM.
 


Gerak kerja pertama beliau adalah menanamkan rasa berdosa kepada agama kerana tidak menjulang Ulama sebagai pemimpin.

No comments: